KEMBARA DESTINASI

SUKA MENGEMBARA & JALAN-JALAN CARI MAKAN

Wednesday 5 October 2016

HARI RAYA AIDILFITRI 2016 - TERENGGANU




Alhamdulillah syukur kepada Allah...Pada tahun ini, dipanjangkan umur KD menyambut hari raya aidilfitri bersama keluarga tersayang. Gambar kat atas itu, kami posing di Nami Island, UITM Dungun...hahaha


Pandai Si Hero Kecik ini selpie. Kami bertiga memakai warna sedondon pada kali ini iaitu royal blue.



Bonda dan Hero di pagi syawal.. Susah betul nak ambik gambar Si Hero..Aduss


Nampaknya kami jerlah berposing kerana adik dan abang sekeluarga semuanya beraya di rumah mertua masing-masing.


KD hantar gambar ini ke peraduan aidilfitri sedondon di laman web Bank Muamalat , tapi keputusannya KD tak ada rezeki untuk menang.


Bersyukur KD masih berpeluang bersalaman, berpelukan dan bergambar bersama-sama ayah dan bonda KD.



Aksi kamera kandid hero bersama neneknya.

Hari raya ke 4, baru ada peluang berjumpa dan bergambar dengan keluarga Mami Jaa.


Raya ke 4, KD berposing sekali lagi di nami island tetapi upgrade sikit guna motor klasik..hahaha



Ini sahaja celoteh KD beraya bersama keluarga tersayang..Moga Allah panjangkan umur kami semua bertemu lagi Ramadhan Kareem dan Aidilfitri pada tahun depan.