TRIP FAMILI KE BANDUNG & JAKARTA
2018
Assalamualaikum pembuka bicara..
Alhamdulillah pada tahun ini,KD berpeluang kali ke 3 ke Bandung dan kali ke 2 ke Jakarta.Banyak tempat menarik yang baru di Bandung berbanding KD ke sana dulu pada tahun 2009 dan 2013.KD target untuk jalan2 membuat lawatan dan juga agenda wajib iaitu bershopping.
Trip kali ini selama 5 hari iaitu bermula 21.3.2018-25.3.2018 semasa cuti sekolah.KD hanya mengupah supir dan yang lain KD uruskan sendiri.KD membeli tiket KL ke Jakarta pada harga rm180 return seorang tidak termasuk berat luggage,no seat dan makan.Bagi KD cukup murah kerana cuti sekolah biasanya tiket mahal.Supir dari Dedi transport dan pak drivernya cun budaknya,iras muka Salman Khan.Dendi nama panggilannya.Jom ikut KD cuti cuti Bandung & Jakarta...
HARI 1: Tiba di airport Jakarta dan dijemput oleh Dendi supir pada jam 11 lebih. Kami terus ke Bandung dalam masa 4 jam lebih..Kami tidur jer keletihan,lambat perjalanan kerana ada banyak konstruktion lrt.Dendi kata kita teruskan shopping di rumah Kain Sulam.Lapar pulak perut kerana kami tidak singgah makan pun sepanjang perjalanan.
Tempat pertama KD singgah ialah Kedai Sulam.Rambang mata tengok banyak pilihan kain-kain sulam yang cantik.KD hanya membeli 5 pasang kain sulam kerana baru hari pertama sampai.Nanti ke tempat lain ada lagi kain lagi cantik dan murah,menyesal KD nantikan.
Destinasi ke dua,masih lagi agenda shopping.Kedai D Fasion menawarkan banyak pilihan kain lace yang sangat cantik dengan harga yang murah berbanding di sini.Rambang mata sangat nak pilih.KD terpaksa tanpa dipaksa membeli 4 psg.Tak pastilah nak pakai bila.
Pilih pilih mana pilihan hati
En suami rembat satu helai levis.Harga takdelah murah sangat.Toko 3 tetap sama tetapi harga tak semurah KD ke Bandung dulu.
Perut pun dah lapar.KD memilih menu ini sebagai makanan malam.Sedap dan mengenyangkan.Alhamdulillah.
Check in 2 malam di hotel Green Batara.Bolehlah bilik hotel ini.