KEMBARA DESTINASI

SUKA MENGEMBARA & JALAN-JALAN CARI MAKAN

Tuesday, 30 September 2014

BEIJING PART 2 : Tiananmen Square-National Theater-Forbidden City-Jingshan Park-China Millennium Monument - Pearl Factory - Beihai Park - Hutong Tricyle Tour - Shenshahai Bar Street-Acrobatic show

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
28.05.2013
Entry kali ini dan seterusnya aku akan menukar panggilan namaku kepada KD aka Kembara Destinasi. Bukan aa-apa pun tapi KD rasa lebih manja dan rapat dengan sahabat-sahabat yang sudi membaca blog yang tak seberapa ini dan selalu bersawang. Hihihi...

Hari ke 2 trip Beijing..Banyak juga tempat-tempat yang perlu kami lawati sepanjang hari ini. Perlukan stamina dan tenaga yang tinggi supaya tidak letih. Destinasi pertama ialah ke Tiananmen Square. KD memang sukakan tempat ini. Dataran Tiananmen adalah tempat tumpuan ramai. Dataran ini merupakan tempat sejarah yang menjadi tempat pengistiharan negara China sebagai sebuah republik. Dataran ini juga merupakan dataran terbesar di dunia.



Sampai jer KD kat sini, hujan mulai turun. Sejuk tapi sangat best. Hihihi..


Papan iklan digital yang sangat panjang dan menarik. Pertama kali KD tengok papan iklan yang begitu panjang.



Bergambar kenangan di hadapan Potret Mao Zedong yang digantung di menara Tiananmen. Potret ini melambangkan simbol pemodenan kepada rakyat China. Seronok dapat berkenalan dengan keluarga Abang Khairil dan Kak Tiah yang tinggal di Taiping. Moga ukhwah kita akan berkekalan...



Dari Dataran Tiananmen, kami hanya berjalan kaki ke Kota Larangan atau Forbidden City. Forbidden City ini merupakan kediaman rasmi bagi maharaja China dari Dinasti Ming hingga Dinasti Qing. Dalam hujan semakin lebat pun, sangat ramai pengunjung yang datang ke sini.


Kebanyakannya berpayung dan berbaju hujan. KD pun dah mula berpayung. Sangat luas dan banyak sungguh bangunan yang serupa sahaja bentuk dan warnanya tapi nama dan fungsinya berbeza.



KD dah mula berangan nak jadi permaisuri dan memakai skarf bunga di atas kepala. Mr hubby pula pakai topi maharaja.




KD tak puas hati lah posing dan berfotografi kat sini kerana hujan masih tak berhenti. Kebanyakan gambar kelihatan payung jer.





National Theater - singgah bergambar saje di sini. Masa suntuk kerana masih banyak tempat yang perlu kami lawati.



Selepas itu, kami terus dibawa ke Silk Factory. Pada asal perancangan KD nak beli banyak juga kain sutera cina memandangkan sepupu KD pun telah mengirim supaya membelinya.



KD tertarik hanya 6 pasang sahaja..Bagi KD kain sutera cina selesa, tak perlu digosok dan kainnya juga tidak panas. Nak beli banyak lagi, tetapi corak bunganya terlalu besar pula. Nanti KD kelihatan gemuk pula bila memakainya. Huhuhuhu...




Kami juga diberi penerangan bagaimana sutera dihasilkan. KD dah kurang fokus untuk mendengarnya kerana tak sabar nak tinggalkan tempat ini dan nak ke tempat lain pula.


Destinasi seterusnya ialah ke Hutong Tricyle Tour. Kami berpeluang ronda-ronda dengan menaiki beca. Melaka tempat terakhir KD naik beca dulu tapi di Beijing seronoknya mestilah berganda-gandabila dapat naik beca.




Suasana kedai-kedai dan rumah kediaman penduduk setempat Hutong. Ermmmm kotor dan tidak selesa. 



Selepas meronda satu pusingan di celah-celah bangunan Hutong tu, kami terus ke Acrobatic Show.


Perlukan tiket untuk menyaksikan show ini tetapi maaf KD dah lupa bayaran memandangkan ejen telah menguruskan semua bayaran tiket masuk. Bagi KD berbaloi masuk menyaksikan acrobatic show kerana ianya sangat menakjubkan dan AMAZING!


Korang tengok sendiri bagaimana aksi2 mereka..Banyak lagi sebenarnya gambar2 show ini tapi dah tak terlarat KD nak upload kesemuanya.







Seronokkan tengok aksinya. Betapa ramainya boleh dimuatkan dalam satu basikal. Kalu kita praktik begini, sangat menjimatkan kerana hanya beli satu basikal tapi boleh bawa muatan sehingga 7 orang!



KD lupa apa nama bangunan ini. Kami hanya berhenti di tepi jalan dan bergambar dari jauh sahaja. Posing jerlah kan bukan kena bayar pun. Kihkihkih..





Jika tak salah KD nama tempat ini ialah Min City Wall Ruins Park..Maaf banyak2 jika ada tersalah info nama tempat kerana KD keliru memandangkan banyak sangat taman-taman yang telah KD lawati. Huahuahua...





Sebelum berakhirnya itinerary hari ke dua di Beijing, kami ke restoren untuk makan malam. Perutpun dah lapar kerana banyak betul tempat kami lawati hari ini. Kita bertemu lagi di entry seterusnya..




2 comments:

Jari Manis said...

Ye..JM suka dgn panggilan KD tu hiksss

Org lain semua berpayung..KD selama je bergambar tanpa payung hiksss
Kalau ikut agen mesti dorang akan bawak ke Acrobatic show ni yang tidak menghampakan kan?..kagus dgn show dorang

Bila tgk gambar makanan ni ..JM mmg suka sgt masakan China Musim ni mmg kena lah dgn tekak..pastu makanan Korean dan Jepun jugak my feveret..hamoi..tekak Universal katanya ahahaah

kembara destinasi said...

wahh tekak universal betul JM..tak heranlah tiap2 bulan g travel.kena cari partner universal gak ni nanti tau