KEMBARA DESTINASI

SUKA MENGEMBARA & JALAN-JALAN CARI MAKAN

Wednesday, 8 October 2014

BEIJING PART 3 : Jade Factory - Great Wall - 

29.05.2013 - Assalamualaikum & salam sejahtera.


Pada hari ini, KD dan teman rombongan telah ke Jade Factory. Pada mulanya teruja tetapi bila dah lama jadi 
geram dan sakit hati pula. Ermmm...

Demonstrasi cara membuat jade..



KD dah mula terjebak dengan penerangan dan jatuh hati ingin memiliki pula.


Nak masuk dalam bilik pameran ini perlu pakai tag ye..Mahal sungguh harga jade yang dipamerkan. Tak mampuu haku!




Aksi KD yang semakin tergoda dengan pujuk rayu.. Kemain lagi si Shery tu tolong pakaikan KD gelang jade, rupanya dia pun dapat komisen atas pembelian kita orang. Masyukkk lah dia kan.


Ini tangkapan KD hari ini, seutas gelang tangan jade berwarna hijau. Mr Hubby pula membeli cincin. Ini yang KD menyampah dan sakit hati datang tempat-tempat begini, sudah tentu KD tak dapat menahan gelora yang membuak-buak untuk membeli. Nasib tak banyak yang KD berminat, kalu tak mau habis ribu riban pulak.


Jade Factory yang luas dan pelbagai pilihan rantai, gelang, cincin yang kesemuanya dari jade. KD membeli gelang dengan harga RM100, manakala cincin mr hubby pula RM50. Ada offer dengan pembelian 3 item dapat percuma satu cincin. Jadi pakat berkongsilah baru dapat harga murah.


Bergambar di luar Jade Factory..

Selepas itu, destinasi seterusnya yang ditunggu-tunggu ialah ke Tembok Besar @ Great Wall.


Ya Allah, bersyukur kepada Mu kerana memberi rezeki kepada KD untuk menyaksikan sendiri keunikan Great Wall yang menjadi salah satu dari 7 keajaiban dunia. Fuhh panjangnya Tembok Besar ini.


KD tengah berfikir larat dan sanggup ke KD nak memanjat ke semua anak tangga Tembok Besar ini. Cuaca tengah panas, ok juga berbanding jika hujan, lagilah sukar nak bergambar dan mendaki tangga-tangga itu.




Akhirnya KD membuat keputusan untuk naik tangga setakat termampu saje. KD memanjat hingga bahagian kedua sahaja. Ishhh melampau betul. Sebenarnya KD kurang sihat tau, jadi sangat tak larat nak panjat sampai bahagian teratas. Ini bukan alasan tau tapi betul-betul. Hihihi.. Mr Hubby berjaya mendaki sehingga ke puncak Tembok Besar.Bravo bebeh...



Jangan jeles tau! Ahahks.. KD bergaya dengan baju permaisuri ke puteri, lupa pulak. Sewa dan boleh pilih ada beberapa pilihan warna dan fesyen baju. Ada juga untuk maharaja tapi Mr Hubby tak mau pula nak memakainya. KD pun berposing soarang-sorang sambil berangan macam zaman Dinasti Ming.


Bergambar memakai baju permaisuri ialah RM25, sijil bukti pendakian pula RM20. Jumlah RM45 jer hasil pembelian KD kat sini. Oklah kan..


Kat sini juga ada gerai menjual pelbagai cenderamata. Yang paling menarik, ada dijual plate yang boleh ditulis nama dan tarikh kita sebagai bukti telah berjaya sampai ke Tembok Besar China. Harga lebih kurang RM 20 rate semasa itu.



Bergambar pula di sekitar Tembok Besar China. Menarik juga tempatnya. Jom KD bawa korang ronda..



Tamat sudah pengalaman KD ke Tembok Besar dari pukul 11.30 pagi hingga 1.00 petang. Walaupun hanya beberapa jam sahaja tetapi cukuplah menjadi pengalaman yang bermakna kerana sudah lama KD menanam impian untuk mengembara ke sini.


Destinasi seterusnya ialah ke pusat perubatan..Ini tempat wajib jika ikut travel agen. 



KD dah rasa tempat ini pun mesti kami kena 'pow'. KD layan jer dulu apa yang disampaikan.. Mula-mula mereka nak rendam kaki kami untuk mengesan penyakit. Seterusnya jeng-jeng-jeng..


KD sedang merendam kaki. Lega juga kerana dah penat naik Tembok Besar tadi. Sambil itu, adalah sorang doktor akan datang bersembang dengan kita untuk menerangkan kemungkinan penyakit yang kita ada. Depa pun sarankan apa ubat-ubat yang perlu kita beli. Ahahhh tengok suruh beli lagiii!! Ini semua strategi depa nak   kelentong kita. KD tak berminat dan cepat-cepat keluar dari situ selepas dah selesai rendam kaki.  

Aksi tengah tunggu famili Kak Tiah

Kami tengah melepak kat luar, duduk dalam nanti mesti ada babak merayu yang paling aku menciii..Kak Tiah satu keluarga masih ada di dalam kerana mereka berminat nak membeli ubat-ubat herba untuk penyakit depa. Mudahan mujarab lah ubat-ubat itu memandangkan harganya yang agak mahal.

Bird Nest Stadium
Fuh lega akhirnya kami boleh bergerak ke destinasi lain pula iaitu ke Bird Nest Stadium. Memang unik rekaan stadium tersebut. Memang nampak seperti sarang burung.


Beijing Olympic Park



Sporting lah depa ini..Bergambar sakan pun tapi tak marah walaupun kami tak bagi tips kat depa. Terima kasih ye kerana sudi bergambar dalam pelbagai aksi bersama KD dan mr hubby. Muahhh..


Jom makan..Tak kisahlah sedap atau pun tak, yang penting boleh mengisi perut KD yang dah mula minta diisi.



Seperti biasa, sayur-sayuran lah yang banyak. Rindunya kat menu makanan kat kg. Huahuah



Perut pun dah kenyang..Kami pun ke Place iaitu tempat yang ada skrin LED yang terbesar. Tergamam juga KD sekejab.




Berjumpa pula ke Beijing Part 4 iaitu entry yang terakhir pengembaraan KD ke Beijing. Sangat kelakar kerana trip ini adalah musim panas tahun lepas, tapi baru tahun ini KD dapat menyiapkannya. Adoiii


















5 comments:

zarul farhana said...

Tembok besar cina...bestnya dh smpai.

zarul farhana said...

Tembok besar cina...bestnya dh sampai sana

Jari Manis said...

kalau ke Beijing mmg perlu tahan dan kuat nafsu supaya tidak tergoda..jgn kat KD..time JM dulu pun tergoda dgn gelang JED tu...beli lah...balik pakai tak sampai sebulan pasntu ntah hilang kat mana..mis placed sbb lama x pakai..hangat2 tahi ayam je..pastu tergoda beli teh..minumnya tidak huhhu

Jari Manis said...

KD..lama menyepi..ke mana menghilang!

kembara destinasi said...

Memang lama KD menghilang dek kesibukan yg melanda diri KD.Ayat cover line.hehehe