KEMBARA DESTINASI

SUKA MENGEMBARA & JALAN-JALAN CARI MAKAN

Wednesday, 17 December 2014

Assalamualaikum..

Entry kali ini aku nak berkongsi pengalaman aku menyertai konvoi ride motor bersama dengan suamiku dan juga kawan-kawan sesama hobi ini.

Biasalah, bila kami berkonvoi mestilah misi jalan-jalan cari makan. Setakat ini, aku hanya menyertai konvoi kumpulan kecil sahaja, paling ramai pun dalam 10 buah saje. Ride dalam kumpulan besar, en hubby aku belum pernah ajak lagi aku. Huhuhuhu...

1. Ride ke Pulau Pinang 2013


Pertama kali aku ikut suamiku untuk ride motor balik kampung Penang. Pelbagai perasaan ada, gementar dan takuttttt..Tapi teruja pun ado. Perlu tekadkan berani kali ini. Tapi pengalaman aku, pada mulanya sahaja rasa takut tapi bila dah rasa kesegaran angin dan enjoy, rasa sangat seronok berbanding dengan menaiki keeta. Jommmm balik kampunggg..


Kelakar betul tengok helmet aku sangat besar. Sepanjang perjalanan telingaku berdesing kuat dengan bunyi angin. Rasanya perlu tukar helmet baru untuk lebih selesa.


2. Ride ke Melaka 2013



Destinasi pertama kami singgah ialah di Kedai Hajjah Mona Asam Pedas. Tak sahlah kalu berkunjung ke Melaka tapi tak makan nasi berlaukkan asam pedas melaka. Kali ini, kedai Hajjah Mona menjadi pilihan kami untuk makan tengah hari. Makan berdua pun berselera juga kami.



Selepas dah kenyang, kami ronda sekejab di sekitar bandar Melaka.Best sangat bila ride kerana tak perlu lagi rempuh kesesakan jem. Hihihi..


Singgah minum air kelapa shake terbaik. Makan nasi lemak dan kuih-muih juga. Coconut shake yang bagi aku rasa kesedapannya. Alhamdulillah kenyang. Hanya aku dan suami aku saje kali ini memandangkan semua kawan ada hal masing-masing. Ok jer berdua pun, enjoy makan dan minum..

3. Ride ke Terengganu


Kali ini ride balik kampung tercintaku pula iaitu Dungun, Terengganu. Lenguh pinggangku bila ride melalui lebuh raya karak yang berbengkang bengkok tu. Adoiii..


Berhenti rehat seketika di tepi lebuh raya Gombak. Fuhh dahaga dan lenguh. Tapi bertabahlah hati. Hihihi

2 comments:

Jari Manis said...

JM belum pernah ada pengalaman ride moto besar camin kalau n k beli mmg tak mampu mahalllwoooo berpuluh ribu gak tu kan KD

kembara destinasi said...

JM mampu tew...lagi terror dr KD.Kalah Erra Fazira dan Linda Onn.Hihihi