KEMBARA DESTINASI

SUKA MENGEMBARA & JALAN-JALAN CARI MAKAN

Friday, 5 August 2016

FAMILY DAY -KRABI 4HR3MLM 2015


Lama bebenor KD tak update blog...Adoiyya
Citer pasal kembara KD ke Eropah tahun lepas masih belum sempat KD kongsi. Emmm KD buka citer pengembaraan KD ke Krabi,Phuket dan Hatyai 2015 terlebih dahulu.Kalu nak tunggu story europe mau pending lagilah blog KD ni..

2015 sebenarnya ada trip yang KD terpaksa korbankan ribu riban. Trip ke Jepun sepatutnya bulan mac,terpaksa KD batalkan ekoran kesihatan KD yang tak mengizinkan KD travel bersama2 rakan kaki jalan.Sedihnya...huhuhu
Namun mungkin,ada hikmahnya yang tersembunyi.Bilalah KD dpt ke Jepun pulak.Moga tak kempunanlah KD.Aamiin ada rezeki KD,insha allah tanah Jepun KD akan pijak jua.

Pada cuti sekolah hujung bulan Mei, KD bersama keluarga serta famili Penang telah bersedia ke Krabi kali ini.Sebenarnya dah lama kami plan,baru kali ini jer yang menjadi.

KD,En Hubby dan hero kecik KD,Ammar satu kereta. Kak Milah satu keluarga,maksu dan Paksu,Tasha dan anaknya Hana. Kawan KD, Mek Za dan famili pun join sekali.Wahh syoknya leh bercuti ramai2 camni.Alhamdulillah...

Sakan budak-budak ini berendam.Bapak budak pun tak ketinggalan.Cuma mak mak budak malas nak terjun, duk santai atas kerusi sambil berposing saje.



Ronda dengan sewa motosikal..syoknya bak hang..

Bersedia untuk island hopping..jomm ikut KD


Panas lit lit pun terpaksa tahan. Orang pun ramai sangat. Nak posing cari angle menarik pun terpaksa beratur.Huhuhu

Hahaha kami tengah berposing pun, masih ada orang lain turut sama. Kalu nak tunggu tak ada orang mau sampai malam kena tunggu.

Selama 3hr2mlm kami semua bercuti di Krabi, KD teruskan pengembaraan ke Phuket pula untuk satu malam saje. Alang dah sampai, baik lajak terus. Famili yang lain balik ke Penang kerana tuntutan kerja sedang menanti.

Jangan lupa ke Hard Rock Phuket,banyak juga pilihan baju koleksi HRC.

Pantai Phuket dikenali sebagai Patong Beach..happening sungguh kat sini.





No comments: