KEMBARA DESTINASI

SUKA MENGEMBARA & JALAN-JALAN CARI MAKAN

Saturday, 24 November 2012

KELANTAN 2012

KELANTAN - DAY 1

Agak lama juga aku tak ke Kota Bharu. Biasanya hanya lalu ikut Tanah Merah otw balik ke Trg dari Penang saje.Kali ini aku betul2 nak ronda Kota Bharu.Imbas kembali memori ketika belajar di Maktab perguruan Kota Bharu 15 thn yang lalu. Aku bercadang untuk bermalam hanya satu malam sahaja kerana kami terus akan balik ke Penang keesokan harinya. Kalu ikutkan hati, tak cukuplah hanya semalaman sahaja tetapi insya Allah aku akan datang lagi di Kelantan di masa akan datang. Fokus kami pada hari pertama ialah ke Pantai Cahaya Bulan. Telalu rindu untuk aku ke sana setelah berbelas tahun aku ke sana bersama teman2 kolej.


Wah!!Meriahnya Pantai Cahaya Bulan sekarang.Ada jualan layang-layang, gerai makanan dan macam-macam lagilah.


Sukanya budak dua orang ni, dah ready nak main layang-layang.


Dulu seingat aku, batu-batu ini belum ada lagi. Ini mungkin akibat dari hakisan pantai.

Jom posing....Senyum semua!Senyum seindah suria dan sedingin angin sepoi-sepoi!


Adoii!!Nampak tembamnya aku.Huhuhu..




Bersama kekasih hati ambe..Hihihi

Kami bermalam di hotel taraf 5 bintang di Kota Bharu. Saje jer kali ini nak menginap di hotel Grand Riverview. Sangat selesa bilik tidurnya dan begitu juga dengan makanan sarapannya.




Di antara menu bufet breakfast yang disediakan. Nasi dagang pun ada..

KELANTAN - DAY 2
Pagi-pagi lagi, kami menuju ke Pasar Siti Khatijah. Macam-macam dah dalam kepala aku untuk shopping. Lama sungguh aku tak datang ke Pasar ini. Budulah yang mula-mula aku serbu. Kak Milah pun tak ketinggalan membeli budu juga. Semua aku teringin nak membelinya.Hehehe...

Cuba korang tengok, pelbagai sayuran, ulaman, makanan, keropok, kuih-muih dll. Seronok sangat membeli di sini.Macam-macam ada..



Senyum manjang aku dapat membeli apa yang aku mau. Teringin sangat nak makan makanan tradisional Kelantan.


Pelbagai pilihan ada. Pilih jgn tak pilih!!Beli jgn tak beli!!


Banyak perubahan yang aku nampak berbanding waktu aku belajar kolej dulu. Dah banyak shopping mall.

Surau kenangan waktu muda belia dulu-dulu. Lepas ronda, tengok wayang, shopping, pasti surau ini aku akan singgah untuk solat. orang tersangatlah ramai kalau hujung minggu.

Di ruangan membeli makanan dan bahan basah di Pasar Siti Khatijah. Tak sabar nak makan makanan tradisional Kelantan. Jom shopping!!

Keropok lekor..Aku tak teringin pula nak membelinya memandangkan kat Terengganu aku masih lagi boleh makannya.

Etok-etok, makanan lama orang kelantan ini. Aku cuba makan tetapi dari dulu lagi aku tak boleh makan. Bab kata cannot go.

Suasana meriah di Pasar Siti Khatijah..



Sedang mimilih budu ni. Asam jawa jeruk dan bawang putih jeruk.

Telur penyu. Patutlan penyu semakin pupus, rupanya masih ada peniaga yang menjualnya.

Pilih yang mana pilihan kalbu, sutera batik. Aku tak bercadang hendak membelinya.

Jom makan Nasi Ulam Cikgu. Masa aku sampai, lauk banyak dah nak habis. Hanya tinggal ulaman dan ayam goreng jer. Orang punyalah ramai. Minuman dan makanan kena serve sendiri. Jadi penat sikit, dapat pulak meja jauh dari tempat ambik lauk pauk, jadi asyik berulang alik aku dan yang lain mengambilnya.

Kelantan Handycraft ini hanya sebelah saje dengan Nasi Ulam Cikgu.

Kaya rayalah cikgu ni ye..Restoren yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung untuk makan nasi lauk budu, ulam-ulaman, ikan singgang, ayam goreng dll. Makan kat sini seolah makan di rumah tau.



Selepas makan dah kenyang, bolehlah bersantai ronda di sekitar restoren ini.



Selepas itu, kami menuju ke Pengkalan Kubur untuk membeli belah apa yang patut. Sudah banyak tahun aku tak ke sana. Namun dah kurang seronok shopping di sana, memandangkan harga barangan yang dijual dah tak semurah dulu. Ermmmmm...

Sempat aku sambar periuk satu set dan coralle pula tak ada corak terbaru.

Baju-baju yang dijual..Tak banyak sangat aku beli. Hanya jalan-jalan cuci mata. kami teruskan perjalanan balik ke Penang konvoi bersama kak milah sefamili.
Panjang umur, pasti aku berkunjung ke sini lagi suatu hari nanti.

No comments: