BANDUNG TRIP KE 2 2012
Alhamdulillah..kali ke dua dapat aku menjejakkan kaki ke Bandung tempat syurga membeli belah.Trip kali ini aku pergi bersama-sama dengan teman kerjaku.En hubby tak ikut aku kali ini. Sebenarnya,trip kali ini tak dirancang awalpun tetapi tiba2 jer kawan-kawan aku ajak pegi shopping. Hajat hati tak mau lai ke tempat2 lain,hanya shopping semata-mata tetapi kwn2ku yg lain belum pegi,jadi aku perlu bawa mereka kenal tempat pelancongan Bandung gak.
Percutian 3hari 2mlm ini hanya ke Bandung,tidak lai ke Jakarta.Pada mulanya teringin juga ke Jakarta tetapi kwn2ku hanya nak ke Bandung saje kali ini. Seperti biasa,flight AA jadi pilihanku. Hotel penginapan aku kali ini ialah Hotel Kenangan,kira hotel bajet juga kot. Pengangkutan bersama pemandu juga aku telah menenmpahnya awal2 lai.Ada pengangkutan,senang shopping banyak.Kalu tidak kena naik teksi dengan beg2 shopping lai,bagi aku leceh sikitlah.
Ayat pada kerusi flight dlm bahasa indon.Luculah pulok!Hehehehe
Menu nasi padang merupakan menu hari pertama aku sampai. Perlu isi perut kenyang2 dulu barulah seronok membeli belah.Aku dah susun tentatif program..Makan malam terlebih dahulu kemudian shopping.
Masing-masing berselera mengisi perut. Laparlah...Pakat makan sikit sorang anhirnya licin pinggan!!
Inilah ahli rombongan aku,seramai 7 orang. Tiga rakan sekerja,dan juga ahli keluarga salah seorang rakan sekerjaku. Best semuanya satu kepala jer iaitu suka shopping dan suka makan!!
Restoran Simpang Raya ialah restoran pertama kami makan pada hari pertama trip. Makanannya sedap2 dan harganya berpatutan.
Acara wajib,bergambar lepas kekenyangan...Gelap sikit pic coz dah malam rupanya.
Selepas itu, ke Jalan Dago,banyak outlet2 untuk melontar duit anda di sini.hihihi..Jom layan gambar2 jer.
Tempat jual kasut-kasut terutamanya kasut kulit. Tetapi kecewa,kali ini aku langsung tak minat untuk membeli kasut di sini. Kebanyakannya, tak menepati citarasa aku. Trip dulu aku pergi,belilah juga dua pasang kasut tetapi hanya sekali saje aku pakainya.Kulitnya keras dan tak selesa.So bagi aku tak perlulah lagi aku membeli kasut di sini.
Pilihan kasut yang ada. Korang tengok sendiri camne designnya. Kalu minat,korang bolehlah beli.
Posing time!!
Shopping mall yang ada di sini. Trip ini,aku kurang berminat nak shopping,hanya fokus hendak bawa kwn2 aku jalan2 jer.Heran jugak, biasanya akulah hantu shopping.dah insaf ke?kuikuikui..
kedai terakhir aku pegi utk mlm pertama di hari pertama..Mata dah mengantuk,balik hotel kita rehat puas2 coz esok banyak lai tempat nak berjalan2 dan membeli belah.
Boleh tahanlah bilik hotel yang aku tempah dan sesuai ngan harganya.Aku bertiga hanya dalam satu bilik.Dua bilik lai utk kawan aku dan keluarganya.Tetapi sedihnya, wifi takde lah dalam bilik ni.Turun kat lobi hotel pun takde..huhuhuhu
Ada tv kecik, takdelah besar sangat biliknya. Aku tak fokus bilik mahal2, bukannya duduk lama dalam bilik,hanya balik malam utk tidor dan pagi2 buta dah kuar ronda2.
Wah, rasa segarnya..Pagi hari ke dua di Bandung.Sarapan nasi goreng di hotel. Boleh tahan sedap gak lah. Makan ye kenyang-kenyang,nanti tak kelaparan kita.
Nasi goreng dan telur bungkus..Syukur alhamdulillah,kenyang..
Hotel aku menginap selama 3 hari 2 malam..Dekat jer ngan Pasar Bharu,jalan kaki pun boleh.
Pengangkutan kami selama berlibur di Bandung. Yang segak berbaju jaket tu ialah supir kami, Pak Asep.Baik orangnya,ikut jer karenah kami semua.
Hari ke dua, tentatif ke Tangkuban Perahu,kali ke dua lah aku ke sini..Kali ini berbeza,cuaca dan suhu tidaklah sesejuk ketika aku berkunjung ke sini pada tahun 2008. Panas adalah dan berangin pun sikit saje. Dulu, sejuknya sehingga ke tulang dan menggigil aku. Banyak gak perubahan dari yg sebelum ini.
Sign board ini tidak berubah sejak dari kunjungan pertama. Trade mark yang mesti diambil utk menujukkan kita telah menjejak kaki di Tangkubang Perahu Bandung.
Kawah gunung berapi Tangkuban Perahu..Ya Allah,sungguh hebat ciptaanMu.
Tataplah gambar pemandangan di gunung berapi..Sejuk dan nyaman sungguh cuacanya.Tapi tak boleh lama2 duk kat sini,gunung berapi ini bila2 masa boleh meletus dan meletop bila sampai masanya.Aku berdoa moga aku dijauhkan dari malapetaka dan bencana ketika berada di negara orang.Amin....
Kedai-kedai yang berhampiran. Aku dahaga tetapi malas nak membeli di sini.
Syukur alhamdulillah..Dapat menikmati ciptaan Allah Maha Agung..Terima kasih Ya Allah dapat memberi aku peluang menjejaki lagi di sini untuk kali ke dua.
Bergambar kenangan bersama rombongan Cik Kiah yang semuanya pompuan..Harap kita dapat bersama-sama dalam satu trip lagi untuk ke destinasi yang lain pula.
Berposing di pohon yang kekeringan..cantikkan!Unik sangat2 bergambar berlatarbelakangkan pepohon kekeringan.
Selepas hampir 2 jam lebih berada di Tangkuban Perahu,kami terus menuju ke Restoren Kampung Daun. Sangat cantik landskapnya,dan dapat mendengar bunyi air terjun buatan di belakang pondok kami makan.
Wah!Best dan seronoknya sambil menunggu makanan yang kami order sampai,kami boleh berehat dan tidur pun boleh. Kunjungan pertama aku dulu tak datang ke restoren ini.Kaki dan badan pun boleh berehat setelah penat dalam perjalanan tadi.
Aku dah lupa nama menu ini.Memang best masakannya. Nasi putih, ayam bakar,sambal belacan,keropok yang aku order. Tak sabar nak ngap masuk mulut dan perutku yang dah lama minta diisi.
Menu di atas adalah makanan yang diorder oleh kawan-kawanku yang lain. Ada tempe tu..Yang inipun sedap. Bagi aku kalu korang suka enjoy makan sambil melancong, Bandunglah destinasi yang wajib jadi pilihan korang.
Wadus sedapnya!!Sambal belacan Bandung memang mebeles...
Sup buntut merupakan sup yang wajib aku order kalu ke Bandung..Sungguh puas hati boleh hirup sup buntut!Sedapnya dan nyummyyyy...
Ikan Gurame ialah ikan feveret aku kalu berkunjung ke Indon.Tapi kalu kat Malaysia, mana pernah aku makan ikan kaloi!Tapi kalu ke Bandung, menu wajib aku gak tu.
Perut kami dah kenyang, apalagi teruskan jalan-jalan habiskan duit pulak.Shopping time!! Toko Tas merupakan destinasi shopping kami. Korang tengoklah sendiri pelbagai pilihan handbeg ada di sini.
Aku hairan betullah kenapa trip aku kali ini, tak banyak yang aku shopping. Satu beg tangan pun aku takde yang berminat walaupun cantik-cantik juga designnya.
Hari ke dua di Bandung :
Fokus beli kerepek/keropok/jajan sebagai ole-ole untuk keluarga dan kawan-kawan.Aku tercari-cari kerepek belinjo pedas manis yang aku pernah beli di Sabah dulu. Pisang Kerepek yang paling aku suka juga banyak aku dan kawan-kawanku memborong. Hasilnya, berkotak-kotak jugalah ole-ole yang kami beli.
Pelbagai pilihan boleh dipilih. Semuanya rangup dan sedap. Roti tu pedas giler, so korang hati-hati kalu nak makannya. Belinjo tu pun yang keras dan tebal je yang ada. Ala terkilanlah, tak sama ngan kat Sabah dulu.
Kami sedang menunggu Pak Supir ni..Lambatnya dia datang...Dia call kami, susah nak keluar dari parking kerana banyak kereta waktu kemuncak Pasar Baru ditutup. Banyak gambar ketika di Pasar Baru aku tak ambil kerana terlalu asyik dengan aktiviti menyopping sehingga lupa keluarkan kamera untuk merakam aktiviti kami sepanjang di Pasar Baru.Pak Supir kata group kami yang paling lama shopping di Pasar Baru bermula dari kul 8 (Pecah Telur) sehingga kul 5 tutup kedai.
Walaupun berjam kami habiskan masa di Pasar Baru, tetapi bagi aku untuk trip akan datang, aku akan berulang alik ke Pasar Baru selama dua hari. Masih banyak barangan yang tak sempat aku beli kali ini. Aku menghabiskan masa dengan mencari salah seorang kawan aku yang telah terpisah dari kumpulan kami. Dahlah masing-masing tak top up handphone, susahlah nak mencarinya.
Aku terpaksa menggunkan khidmat kaunter pelanggan di Pasar Baru agar mereka dapat menyampaikan pesanan kepada kawanku supaya menunggu kami di tempat parking kereta. Setelah berjam, masih lagi tak bertemu dengan kawanku itu. Aku dah mula cemas takut berlaku perkara yang tak diingini kepadanya.
Aku membuat keputusan untuk mencarinya di bazar makan di tingkat paling atas tak salah aku. Lega..rupa2nya kawanku itu ada sedang makan sorang-sorang. Dia kata dah tak tahan perut dan terus ke bazar makanan sendiri. Dia tak perasan yang kami telah mencarinya hampir dua jam lebih. Aku pun terus join sekali makan kerana perut aku pun dah sangat lapar...
Seterusnya dari Pasar Baru, kami ke Rumah Mode. Ala..tempat shopping yang selalu menjadi tumpuan pelancong. Seperti biasa, posing dulu...
Kat sini pun aku takde membeli apapun hanya beli kasut sandal sepasang jer. Baju t shirt tak minat, blouse pun tak minat. Akhirnya aku berehat saje sambil menunggu ahli tripku sedang shopping. Walaupun sehari suntuk keluar tapi kami tetap senyum ceria.
Sayang sungguh, gambar ni gelap kerana aku hanya menggunakan kamera digital biasa saje. Aku tak bawa kamera D90 kerana tak sanggup nak pikul beratnya,lainlah kalu mr hubby aku pun join trip ini,bolehlah dia tolong bawa kamera ke hulu hilir.
Wow!! Time makan lagi..Trip kali ke dua ini, aku memilih restoren yang berbeza semuanya agar kawan-kawanku dapat merasa kelainan landskap dan rasa makanannya.
Minuman yang paling aku suka order ialah sirsak. Tak terkata betapa sedap dan lazatnya sirsak ini.
Jangan lupa order ikan gurame masak masam manis ye!!
Ada kawanku order minuman kuini, masa minum memang lazat tetapi bila dah balik ke hotel, dia muntah dan pening kepala. Bagi aku kuini memang angin kepada orang yang tak boleh ambik minuman dari buah yang berangin. Nasib baik aku tak minum, kalu tidak dengan aku sekali muntah-muntah.
Posing dengan muka kepenatan tapi puas hati dapat menggembirakan kawan-kawanku. Shopping pun dah selesai, makan pun dah kenyang...Jom balik ke hotel untuk beradu. Pagi-pagi esok kami akan bertolak balik ke Kuala Lumpur. Trip 3hari 2 malam bolehlah untuk fokus pada aktiviti shopping tetapi jika nak lebih puas hati, perlulah ambik trip 4hari or 5hari..
Hasil tangkapan aku trip ke dua ini. Banyak beli beg saje. Ada fridge magnet gak..Next trip, aku tak nak lagi beli beg-beg yang murag harganya kerana memang tak berkualiti langsung!Baru pakai sekali dah terputus talinya.huhuhuhu...
Kain telekung sembahyang untuk diri sendiri dan juga keluargaku. Kain pasang bersulam untuk diriku dan adikku.T shirt untuk aku dan rakan serta keluargaku.
Sandal wedges color purple tu yang aku beli kat Rumah Mode memang sangat selesa dipakai.Telekung yang kecik itu ialah untuk travel tapi mutu kualiti kainnya takdelah lembut dan selessa sangat.
Yang ini pula, hasil beli belah kawan-kawanku..Banyak juga ahli rombongan cik kiah kami melontar duit di Bandung ini. Aku rasa enjoy sangat dapat mengaturkan trip jejalan ngan kawan-kawan kerjaku berbanding dengan trip pertamaku dulu yang ikut ejen pelancongan. Langsung tak puas dan mesti ikut timing...Ishh tak enjoy langsung.
Korang kalu ada yang nak aku tolong bawa korang g trip ke Bandung, dengan senang hatinya aku sanggup..hihihihi...Harganya pun lagi murah dan tak perlu ikut tentatif program depa, yang selalu ambik masa shopping sikit sangat di tempat femes..Mereka akan bawa kita ke toko butik yang mahal-mahal supaya depa dapat komisen dari tauke.Tapi aku hanya boleh arrange trip masa cuti umum dan cuti sekolah saje.
Terima kasih kat korang yang sanggup baca cite aku yang biasa-biasa ni...maklumlah blogger baru nak belajar memblogging. Kita jupa seterusnya di destinasi kembara yang lain pula.....
No comments:
Post a Comment