BUKIT GAMBANG PAHANG 2012
TRIP ROMBONGAN:
Trip ke Gambang Resort Pahang ini, aku anjurkan rombongan murid-murid sekolah pula. Sebuah bas yang terdiri dari 4 guru dan 35 murid. Trip selama 2 hari 1 malam pun dah mencukupi kerana budak-budak ini hanya nak fokus pada games kat Gambang Resort jer.
Trip kami singgah di Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah sebelum kami ke Gambang.Murid-murid diberi peluang untuk menonton show gajah diberi makan tetapi mereka dilarang untuk menunggang gajah ekoran isu terkini iaitu gajah sedang mengamuk. Aku sentiasa berdoa moga kami semua selamat dari amukan gajah.
Bergambar kenangan dengan guru-guru trip. Inilah pertama trip ke Kuala Gandah. Oklah dapat juga tambah pengalaman lagi.
Trip bebudak sekolah..hehehehe...Dalam debaran gak takut kalu gajah-gajah itu mengamuk, habislah kami.
Korang tengok muka aku yang paling penakut pegang ular sawa. Inipun setelah dipaksa oleh kawan-kawan cikgu ini. Sebenarnya aku bukan takut cuma geli rasa sejuk bebenor badan si ular sawa ini.
Ambil peluang bergambar bersama haiwan-haiwan peliharaan di Mini Zoo yang berhampiran dengan tempat gajah tadi.
Kami menginap di homestay berhampiran dengan taman tema gambang resort. Selesa juga kerana ada 3 bilik dan dua bilik air. Maaf, aku lupa nak ambik gambar homestay. Korang berminat nak no phone owner homestay tu, aku boleh bagi dengan gembiranya.
Bebudak tu dah ready nak masuk ke taman tema..Enjoy time!! Tiket aku dah menempahnya awal-awal lagi. Muka hepi jer bebudak ini.
Map Taman Tema Gambang..Korang tengok-tengoklah ye..Best juga kalu korang bawa anak-anak ke sama sekali sekala.
Permainan ombak rindu!hahaha..tempat mandi ini omabknya kuat sangat tolak badan kita sehinggakan badan aku lenguh-lenguh. Aku mandi kejab jer kerana tak suka mandi air klorin,nanti habis gatal-gatal badanku.
Korang berani boleh cuba naik ini. Aku hanya mampu tengok jer kerana sesunguhnya aku penakut orangnya. Teringin tapi masih trauma kejadian hampir lemas aku semasa aku masih kecil dulu.
Pilihlah yang mana korang minat dan suka..
Wei !!kecut perut tengok depa slide turun..Aku syok tengok gelagat cikgu dan bebudak tu main jer. Aku hanya merakam gambar depa jer. Aku bukan jenis orang yang suka permainan, sebab itulah pilihan destinasi aku yang terakhir dalam senarai ialah ke Hong Kong dan juga Gold Coast.
2 comments:
Salam kenal Azima dari nekcik..lawatan balas ni ye..oh suka travel ye..macam nekcik lah tu..tengoklah teratak 66 tu..mungkin ada yg boleh digunapakai untuk travel dengan budget seciput
terima kasih nekcik..saya baru jer dalam memblogging ni.saya hanya sempat letak gambar jer tp tak siap2 bercerita.hihihi
Post a Comment