PULAU PERHENTIAN TRIP 2012
Posing dulu sebelum naik bot...
|
Lambatnya bot nii!!
|
Ramai juga orang sedang menunggu naik bot.Cuti sekolah memang pulau menjadi tempat pilihan pelancongan.
|
Inilah rupa speed bot ke pulau perhentian.Masa perjalanan dalam 30 minit.Ombak agak besar disebabkan waktu kami bertolak pun dah agak lewat.Target bertolak kul 8 tapi dah tak sempat.
|
Hehehe...dah naik bot.Lama gak tunggu ni.
|
Teruja nak tengok scenery Pulau Perhentian ini. Adakah lagi cantik dari Pulau Redang yang pernah aku pergi dulu.
|
Hampir 45 minit, baru kelihatan sekolah. Mesti tenang jer guru2 yang mengajar kat sini maupun murid2nya.Jangan ada yang terjun masuk laut sewaktu cikgu takde dalam kelas sudahlah...
Cmne pendapat korang?Seronok tak kalu hari2 tinggal di sini.Bagi aku lebih suka datang bersantai jerlah,untuk menetap tu fikir banyak kali gak lah.
Dah sampai kat jeti Pulau Perhentian.Bagi aku jeti ni lagi cantik dari jeti Pulau Redang.Ombak kuat gak waktu nak turun dari bot untuk naik tangga jeti.Suspens kejab..
Biarlah gambar berbicara...Layan...
Aku suka sangat view ini.Sebelum ni,tengok kat blog orang lain jer.Sekarang aku lak nak posing berlatarbelakang view yang sungguh mempersona ini.Ermmmmm....
Lagi depan jeti..Laut biru saujana mata memandang..Jangan sangka Terengganu takde pulau yang cantik ye..
Ready nak check in hotel setelah puas bergambar kenangan di depan jeti tadi. Rupanya tak boleh masuk hotel lai coz belum pukul 2 ptg. So aku tinggalkan beg untuk disimpan,lalu aku dan mr hubby meronda-ronda dululah ye. Mahal juga rate hotel di Pulau Perhentian ini.Selama 3 hr 2 mlm,lebih dari RM300 jugaklah.Mungkin aku menempah hotel terlalu lewat,susah nak dapat harga yang murah.
Sesiapa yang berminat nak snorkeling,scuba dll bolehlah rujuk harga kat pic bawah ini.Yang di atas ini,peraturan yang perlu dipatuhi oleh pelancong.
Cuaca dah mula panas terik.Bertopi besarlah aku.Berbahang betul rasanya kat pulau ini.
Mau hitam kulit aku lepas balik ni.
Dari sudut tempat yang tinggi.Kelihatan pemandangan yang begitu indah sekali.
Ada juga tempat urut tetapi untuk lelaki..
Di sini tempat menyewa peralatan untuk scuba. Aku takde lesen so jangan beranganlah okey.
Chalet2 yang boleh disewa sepanjang berada di sini.comey2 jer bentuk dan saiznya.
Waktu ini memang betul-betul panas. Namun rela berpanas untuk merakamkan gambar yang aku hajati. Pada waktu begini, semua orang lebih senang bersantai di bawah pokok sambil makan dan minum. Nak tidur pun boleh juga.
Amboi tengah panas terik pun bergambar.Nak buat cmne coz tak boleh masuk check in hotel lagi.
Ambik lah seberapa byk gambar yang boleh dirakam.
Waktu lawatan ke Pulau Perhentian Kecil. Waduhh panasnya!Perlu naik bot kecil untuk datang ke sini.
Inilah famili Kak Milah..Budak2 tu enjoy sakan mandi laut.
Masa untuk snorkeling yang ditunggu-tunggu pun tiba. Bebudak tu kemain lagi tak sabar nak tengok penyu dan ikan-ikan yang colourful dalam laut.
Aksi mr hubby bersnorkling..Sejuknya air....
Korang mesti geram tengok cantiknya ikan-ikan ini. Jom ke Pulau Perhentian jika korang nak pengalaman yang menarik dan terbaik ini.
Sedekahkan sikit roti kepada ikan-ikan ini lagi seronok tengok aksi ikan-ikan itu berebut nak cari makanan. Silap haribulan jari kena gigitlah.Setelah hampir 2 jam lebih, kami pun pulang ke hotel.Memang aku paling suka aktiviti snorkling setiap kali ke pulau-pulau.
Badan pun dah penat. Apalagi masa untuk berehat dan tidur sekejab. Selesa sangat-sangat bilik hotel ini tp bagi aku harganya agak mahal iaitu RM 100++ untuk semalaman. Korang tengok kat Agoda.com utk rate yang sebenarnya ye...
Aktiviti malam kami..Suluh dalam air untuk tengok apa yang boleh dijumpai. Sajer lah tu nak isi masa terluang.Perut kenyang lepas makan malam, sebelum tidur rendam kaki dalam air sejuk sekejab.hihihi
Keesokannya,kami telah membuat lawatan ke pulau berhampiran. Ronda-ronda kampung di pulau, kalau ada rezeki dapat berjumpa orang yang menjual ikan kering, sotong kering atau ikan bilis,bolehlah aku membelinya nanti.
Di hadapan balai polis Pulau Perhentian..
Adoi!!Panasnya waktu ini. Mula terbayang air kelapa, cendol pulut, lai chee kang dan air batu campur..
Sekiranya ada rezeki dan peluang lagi, insya Allah aku akan datang lagi ke sini. Tapi untuk trip ulangan masa terdekat ini, aku akan rancang ke Pulau Redang.
Sudah beberapa tahun aku telah ke sana, mungkin dah banyak perubahan dan semakin indah agaknya. Aku akan cuba menjadikan Hari Keluarga di Pulau Redang suatu kenyataan pada tahun 2014 nanti..
No comments:
Post a Comment