KEMBARA DESTINASI

SUKA MENGEMBARA & JALAN-JALAN CARI MAKAN

Monday, 14 May 2012


FAMILY TRIP 2012 : MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

Dah lama rasanya aku tak rancang aktiviti Hari Keluarga. Jadi, tahun ini destinasi Melaka Bandaraya Bersejarah menjadi pilihan kembara destinasi aku dan keluarga. Kali ini, aku telah menempah homestay yang behampiran dengan Medan Ikan Bakar Umbai. Mudah sedikit untuk kami makan malam ikan bakar malam nanti. Aku sememangnya penggemar ikan bakar dan seafood. Umbai!!Tunggu aku serang...


Selesa sangat homestay ini. Kami menginap selama dua malam di sini. Rumah teres dua tingkat, di kawasan perumahan Cina. Tingkat bawah terdapat satu ruang tamu yang luas, dapur,meja makan dan satu bilik dengan bilik air sekali. Tingkat atas ada 3 bilik yang masing-masing mempunyai bilik air. Bagi aku sangat selesa dan yang penting tank perlu beratur nak masuk giliran bilik air.hihihihi....


Foto kenangan trip keluarga kali ini hanya seramai 10 sahaja. Yang lain semuanya ada urusan kerja masing-masing.

 Jalan-jalan di Menara Jam dan tengah Bandar Kota Melaka. Lupa nak snap gambar aku minum cendol. Pergggghh...sedapnya cendol durian!!


Tak ketinggalan aku masuk ke muzium bersejarah Melaka. Seronok juga. Banyak gambar-gambar menarik yang boleh diambil di sini.



Inilah tempat aku minum cendol pulut dan cendol durian. Tepi jalan saje....



Aku suka bawa ayah dan emakku berjalan-jalan. Tetapi mereka suka memilih destinasi dekat-dekat dalam negara jer, tak suka ke luar negara. Penat kata mereka.


Dalam muzium Tldm ni rasanya..



Di hadapan kapal nakhoda. Nak bawa mereka masuk ke dalam, mereka tak berminat. Jadi, bergambar di hadapan kapal jadilah...



Selepas dah habis program kami di Melaka, aku bercadang ke Port Dickson pula. Tidur satu malam di Glory Beach Resort. Kurang seronok dan selesa kerana pada hari cuti umum, terlalu ramai pengunjung dan tetamu di Port Dickson ini. Nak mandi swimming pool pun tak boleh kerana sentiasa penuh dengan orang. Lagipun, rasa gelilah pulak nak mandi dalam pool yang macam2 orang dan ragam serta warna kulit. Kalu ada kudis or penyakit kulit, cmne ye??


Pemandangan waktu senja dari hotel..Sejuk dan tenang mata memandang.



Inilah gambaran hotel Glory Beach Resort dari jauh iaitu dari tepian pantai. Lain kali, ada rezeki aku akan datang lagi ke Port Dickson tetapi hotel lain pula menjadi pilihanku. Hotel ini dah buruk dan banyak kerosakan kerana seringkali rombongan sekolah memilih menginap di hotel ini.

No comments: