KEMBARA DESTINASI

SUKA MENGEMBARA & JALAN-JALAN CARI MAKAN

Monday, 11 November 2013

SURABAYA (3Hari 2Mlm)

SURABAYA : AMAZING TRIP

Trip ke Surabaya ini bukanlah trip yang dirancang awal2 lagi. Aku terbaca di blog tentang Surabaya, jatuh cintalah pulak aku untuk meneroka sendiri bumi Surabaya ini. Kali ini, aku bersama mr hubby dan kak Ta bersama suaminya Joa. K Ta ialah kakak iparku a.k.a kakak mr hubby.hihihi...

23.01.2013-25.01.2013 merupakan trip pertama aku pada tahun 2013. Aku telah mengambil cuti tambahan dari boss aku sempena cuti Maulidul Rasul. Ikutnya nak pergi bercuti ni 4hr3mlm tapi mr hubby kata nanti bosan tak tau nak pergi ke mana lama-lama sangat. Kami bertolak petang dan jam 8 malam aku selamat sampai ke airport Surabaya. Aku telah merancang untuk terus ke Gunung Bromo yang gambarnya dr blogger itulah yang memikat hatiku untuk mengembara ke sana. Risau juga aku kerana banyak yang aku baca dr blogger mengatakan bukan selalu kita dapat naik ke Bromo ekoran gempa bumi ataupun letusan gunung berapi. Kami tawakkal kalu ada rezeki kami sampai ke sana, selamatlah kami dari bencana.

Aku telah menempah supir melalui Jack Tour & Travel selama 3h2mlm. Hotel aku telah menempahnya secara online Agoda dan booking.com. Sebaik kami sampai saje, dah ternampak namaku di signboard. Nama Pak supir ialah Pak Widowo. Lebih kurang 2 jam lebih dari airport ke Bromo. Perut pun dah lapar, jadi aku suruh Pak Widowo berhenti jer kat mana-mana restoren.


Pertama kali aku mencuba menu Nasi Rawon. Memang sungguh sedap..sampai sekarang aku masih teringat-ingat kesedapannya. Paling aku suka jika ke Indonesia tentulah air jusnya.Memang tersangat lazat dan rasa original jusnnya. Hahaha..gambar aku sedang teliti resit makan malam kami. Biasa jerlah, takdelah semahal makan di Vietnam.

Aku memilih hotel Bromo Permai 1 untuk bermalam hanya untuk satu malam saje. Baca review blogger mengatakan ok gak hotel ini. Jam 1.30 pagi,baru kami sampai. Dah rasa kesejukan bila berada di atas puncak. Mencabar juga nak boleh ke sampai ke sini, jalan bengkang bengkok mengalahkan jalan ke Cameron Highlands. Sepanjang jalan gelap sangat tanpa lampu jalan. Sehinggakan kereta yang kami naiki jatuh ke dalam lubang jalan. Nasib tak de perkara yang tak diingini berlaku, kalu rosak kat kawasan ini, haru sungguh!!

Pak Supir telah menolong kami menyewa jeep untuk ke Gunung Penanjakan dan Gunung Bromo keesokan pagi. Seawal pukul 3.30 pagi, kami akan dikejutkan. Alahai hanya 2 jam saje dapat aku tidur. Kami perlu bertolak awal2 pagi buta agar dapat melihat keindahan suasana matahari terbit. Jam 3.30 pagi kami dikejutkan oleh Pak Widowo. Dengan segera aku mandi dengan air yang tersangat sejuk.Menggigil aku,mandi kerbau dahlah. Bila aku dan mr hubby dah siap sedia, rupanya kak Ta dan Joa belum bangun dari tidur lagi. Adoii!! Tunggu dalam masa setengah jam, barulah kami bertolak dengan menaiki jeep. Kecil molek jeep, rasa tak boleh bernafas dengan tingkap yang kecik.

Perjalanan dalam masa setengah jam dengan jeep yang terhoyang-hayang,masuk lubang, redah bukit bukau,lopak dalam kegelapan dingin pagi. Memang gelap dan memeningkan kepala. Kalau ada yang tak tahan, mau mabuk dan muntah. Kami bertolak ke gunung Penanjakan untuk melihat matahari naik pun dah lewat, sekiranya tak dapat tengok sunrise, amatlah merugikan sangat2, datang dari jauh mesti tak boleh ketinggalan itinerari ini. Sampai jer kat kaki gunung,kami terus membonceng motosikal bertiga kerana takut tak sempat tengok view sunrise. Kelakar sangat kerana itulah pertama kali aku naik motosikal bertiga. Mat indon penunggang, aku kat tengah dan mr hubby kat belakang sekali. Nasib tak terbalik motosikal tersebut. Selain membonceng motosikal, kita juga boleh berjalan kaki. Akhirnya kami sempat juga menyaksikan keindahan matahari terbit dari view puncak gunung. Ya Allah, gembiranya aku. Walaupun sukar untuk mendapatkan sudut yang cantik ekoran terlalu ramai orang, tetapi bagiku cukuplah aku dapat menimba pengalaman sendiri.

Jom tengok gambar-gambar yang sempat kami rakam...



Dia ni betul2 bertuah dapat cantik punya angle,hinggakan menggangu kami nak merakam gambar yang menarik. Huhuhu...



Hari pun dah mula siang. Tetapi masih terasa kesejukannya. Semua orang masih memakai pakaian tebal.

Sebenarnya kat sini sesak dengan orang ramai dan juga berhabuk serta berbau belerang. Tapi kami berdua tetap ceria seindah suria yang sedang menjelma. Selama dua jam lebih, kami pun turun ke bawah dengan berjalan kaki sejauh 1 km lebih kurang. Kemudian kami teruskan kembara kami ke Mount Bromo.


Terdapat dua pilihan untuk menuju ke Mount Bromo, iaitu dengan berjalan kaki atau menunggang kuda. Rupanya jauh lagi untuk menuju ke tangga yang perlu didaki untuk berjaya ke kemuncak Mount Bromo. Sebenarnya gambar di atas nampak saya aku bukannya berani menunggang kuda. Cuba gagahkan diri selepas semua orang dah bersedia menunggang kuda masing-masing. TETAPI aku menjerit gayat apabila kuda dah mula bergerak. Aku minta maaf banyak-banyak kat mat indon tu kerana aku tak sanggup nak menunggangnya. Kesian mat indon tu terlepas rezeki dari aku. Malunya aku kerana aku tak dapat meneruskan misi naik kuda. Akhirnya aku berjalan kaki sambil ditemani oleh mr hubby.

Berasap-asap lahar gunung berapi..Syukur alhamdulillah, takde gegaran dan letusan yang berlaku sepanjang lawatan kami ke sana.

Bila dah duk tempat sejuk begini, perutpun cepat lapar jer. Maggi pun boleh menyelerakan..Aku pun tak ketinggalan order maggi panas-panas.

Minum teh tarik secawan..fuhhhh sedapnya!

View dari atas gunung yang tinggi..





Sekumpulan pelajar merakamkan kenangan setelah berjaya menawan Mount Bromo.

Jauhnya kena berjalan kaki..

Jeep inilah yang kami naiki dari hotel. 






..Sungguh cantik ciptaanNya..Seolah-olah hanya gambar lukisan semata-mata.

Tidak terkata dengan kata-kata. Hanya yang benar-benar berpeluang ke sana dapat melihat sendiri betapa berkuasanya Allah menciptakan kejadian ini.

Bagiku, inilah view yang paling mengagumkan berbanding dengan view di tempat-tempat lain yang pernah aku terokai.Inya Allah kalu ada diberi peluang dan rezeki dapat mengembara ke Eropah,pasti lagi banyak view yang menarik dan mengagumkan.


Di atas puncak penginapan kami di Bromo Permai 1..


Selamat tinggal Bromo.Kami akan meneruskan pengembaraan ke Batu, Malang. Apa yang menarik di sana??Tunggu aku cerita selepas ini..

Singgah seketika di kedai jual segala jenis kerepek yang tidak pernah aku beli dan jauh sekali aku pernah makannya. Ada kerepek dari nenas, dari epal, dari pelbagai buahan, sayuran seperti bayam, dari sapi iaitu anggota lembu. Aku hanya memilih yang sanggup aku makan, yang kerepek namanya pun aku ngeri dengar, tak berminat pulak aku nak cuba membelinya.

Pilih untuk diberi sebagai ole-ole kepada saudara mara dan sahabat handai..

Dua kotak hasil tangkapan aku di sini. Jangan risau, hancur atau rosak kerana mereka akan memasukkan semua kerepek ke dalam kotak yang perlu kita membelinya dan diseal dengan baik.


Pondok Jatim Park ialah penginapan aku sepanjang berada di Batu. Batu merupakan kawasan yang nyaman dan dingin suhunya. Banyak juga tempat-tempat yang boleh dilawati, tetapi kesuntukan masa, kami hanya ke ladang apel dan juga kampung bunga saje. Bilik kat sini takde aircond ye kerana memandangkan dah sejuk
Bilik ok, bersih dan selesa.

Sebelum kami ke ladang epal, singgah sebentar di perkampungan bunga. Rupanya, kesemua penduduk di sini ada menanam pokok bunga di rumah mereka. Jadi nampak cantik dan comel rumah-rumah di kawasan ini. Ada bunga ros dll.


Kembang hidung aku mencium bau kesegaran epal. Inilah pertama kali aku ke ladang epal. Buah-buah epal kecik dan comel-comel sangat. Boleh makan seberapa banyak yang kita larat nak makan waktu berada dalam kebun ini. Sekiranya kita perlu membawanya balik, kenalah bayar beli.
Aku guna servis ejen kat sana sebagai bayaran rp25 seorang untuk aktiviti memetik epal di wisata epal.




Teringin tak nak memetik apal sendiri? Jemputlah berkunjung ke Batu, Surabaya.

Destiansi terakhir pada hari ini ialah ke Air Terjun Coban Rondo. Tiket masuk ialah rp10 seorang. Perlu berjalan kaki masuk kerana kenderaan hanya parking di luar. Kurang lengkap sekiranya ke kota Batu, Malang tetapi tidak berkunjung di sini.

Air terjun ini begitu indah sangat. Percikan air hingga basah baju aku. Cobon Ronda berada pada ketinggian 1.135 m dari permukaan laut. Ada sejarah sebalik air terjun ini. 

Bermula dari cerita sepasang pengantin yang baru saja melangsungkan pernikahan. Mempelai wanita bernama Dewi Anjarwati dari Gunung Kawi, sedangkan mempelai pria bernama Raden Baron Kusumo dari Gunung Anjasmoro. Setelah usia pernikahan mereka menginjak usia 36 hari atau disebut dengan Selapan (bahasa jawa), Dewi Anjarwati mengajak suaminya berkunjung ke Gunung Anjasmoro, yang merupakan asal dari suami. Orang tua Anjarwati melarang kedua mempelai pergi karena usia pernikahan mereka baru berusia 36 hari atau disebut selapan. Namun kedua mempelai tersebut bersikeras pergi dengan risiko apapun yang terjadi di perjalanan.

Di tengah perjalanan keduanya dikejutkan dengan hadirnya Joko Lelono, seorang lelaki yang tidak jelas asal-usulnya. Nampaknya Joko Lelono terpikat dengan kecantikan Dewi Anjarwati dan berusaha merebutnya. Akibat ulah Joko Lelono tersebut, maka terjadilah perkelahian antara Raden Baron Kusumo dengan Joko Lelono.

Kepada para pembantunya atau disebut juga punokawan yang menyertai kedua mempelai tersebut, Raden Baron Kusumo berpesan agar Dewi Anjarwati disembunyikan di suatu tempat yang terdapat di Coban atau air terjun. Perkelahian antara Raden Baron Kusumo dengan Joko Lelono berlangsung keras dan mereka berdua gugur. Akibatnya Dewi Anjarwati menjadi seorang janda yang dalam bahasa jawa disebut Rondo. Sejak saat itulah Coban atau air terjun tempat bersembunyi Dewi Anjarwati dikenal dengan Coban Rondo. Konon di bawah air terjun terdapat gua tempat persembunyian Dewi Anjarwati dan batu besar di bawah air terjun merupakan tempat duduk sang putri yang merenungi nasibnya. Begitulah ceritanya...(Ihsan dr google)



Ramai orang tau, susah nak ambik angle takde orang kat belakang kita. Aku tunggu lama, semua orang dah beredar kerana hujan mulai turun, apalagi posing!!!!

4 comments:

Jari Manis said...

Dh byk baca blog kawan2 yg dah sampai ke Bromo Mount ni...nampak mcm best je..bila lah turn JM pulak :-)

kembara destinasi said...

Bagi saya memang best dan unik tempat2 di Surabaya..Nanti JM pegi jgn lupa makan nasi rawon ye..

Anonymous said...

Boleh email ke zarina7400@yahoo.com kalau nak tanya pasal kelana konvoi. Sorry kerana jawab kat sini. Blog ada problem sikit nak log in.

kembara destinasi said...

Ok terima kasih..