KEMBARA DESTINASI

SUKA MENGEMBARA & JALAN-JALAN CARI MAKAN

Monday, 11 November 2013

BUKIT TINGGI TRIP KE 2 2012

Kali ke dua akan berkunjung ke Bukit Tinggi. Kali pertama dulu hanya berdua dengan mr hubby. Kali ini datang bersama-sama keluarga iaitu, emak dan ayahku, keluarga abang dan keluarga adikku. Kami berpakat untuk naik bergambar dan pusing-pusing kawasan situ dan terus balik ke KL.

Sebenarnya kami baru balik dari berkelah di Janda Baik. Masa masih awal, jadi kami terus menuju ke sini. Kesian emak dan ayahku pening dan letih. adikku pula muntah-muntah sedang preggy, jadi mood untuk bersantai lebih lama di sana telah terbantut.

Aku pun letih juga. Alang-alang dah sampai, teruskan bergambarlah. Muka pun malas nak senyum. Huhuhu..


Aku suka struktur binaan kat sini. Aku boleh berangan-angan duk oversea..Bilalah impian aku akan tercapai untuk menjejakkan kaki ke europe suatu hari nanti. Insha Allah ada rezeki, Allah akan bagi peluang juga. Aminnn...

Jom aku bawa korang meninjau kawasan Bukit Tinggi...





Si budak kecik inipun penat suruh dia berposing, tak mau gak..Ishhh tak sporting betul!!


Tak dapat jalan-jalan ke negara omputeh, kat sini pun bolehlah sebagai permulaan.

Amboi manjanya lentuk Qisya..

Famili adikku Gee Jaa..

Bye-bye Europe Malaysia..Nanti malaslah dah nak repeat kat sini kecuali ada orang bagi free tempat penginapan..Hihihi


No comments: