KEMBARA DESTINASI

SUKA MENGEMBARA & JALAN-JALAN CARI MAKAN

Monday, 11 November 2013

RONDA TERENGGANU 


BALIK KAMPUNG & JJCM:

Cuti Tahun Baru Cina kali ini, aku telah balik ke kampung tercintaku,Dungun Terengganu. Bertambah meriah lagi, adikku anak beranak pun ikut aku balik juga. Jom layan gambar aku bersama si kenik meneroka Pulau Warisan, Terengganu. Dah lama aku tak ronda-ronda Terengganu Darul Iman. Jom layannn....




Si Qisya ni, pasal posing serah kat dia lah..


Kat belakang tu adalah mini i city,ala-ala i city ler tapi kecik jer.

Hajat nak ronda naik bot tetapi nampak mendung jer, terus cancel. Acara posing-posing saje..



Dah selesai posing kat mini i city, aku terus ke Pantai Batu Buruk. Aku dan mr hubby dah janji nak jumpa kawan sekolej kami dulu.


Inilah kawan-kawan kolej MPKB 1993-1997. Walaupun dah lama berpisah, namun jumpa juga untuk kekalkan ukhwah.
Qisya buat perangai..beli layang-layang tapi taknak main. Dah bad mood.

Best Friend Forever...


Dulu takde pun kereta kuda kat pantai ini. Sekarang dah happening, best lepak kat sini.

Selepas makan malam, lagi sekali kawan aku bawa ke taman i city untuk naik Atv. Aku tak mau naik, so mr hubby sorang jer lah yang enjoy.

Qisya pun dah mengantuk, pukul 10 mlm kami pun balik ke rumah. Terima kasih kawan-kawanku kerana sudi menemani kami. Nanti kita jupa lagi.

No comments: