KEMBARA DESTINASI

SUKA MENGEMBARA & JALAN-JALAN CARI MAKAN

Sunday 17 August 2014

Beijing 2013-Trip Bersama Rakan Kerja


Pada 26.5.2013 hingga 31.5.2013, aku bersama mr hubby dan 4 rakan sekerja serta bersama seorang kanak-kanak perempuan telah pun selamat mengembara di Beijing. Ini merupakan kali ke tiga aku membawa rakan sekerjaku mengembara ke luar negara. Sebelum ini ke Bandung, Vietnam dan kali ini ke Beijing, China pula. Syukur alhamdulillah,tercapai untuk menjejakkan kaki ke Beijing yang merupakan salah satu negara impianku untuk aku mengembara.

Ada pengalaman pahit dan manis sepanjang pengembaraan kami selama 6hari 5 malam. Yang paling aku BENCI pun ada, tetapi korang perlu membaca entry aku sampai habis barulah korang akan tau apa yang aku paling MENCIII bila aku mengembara ke Beijing ini.

Sebelum korang ingin melancong ke Beijing, korang perlu membuat permohonan China Visa. Aku telah memilih travel ejen Mangga Travel Muslim, jadi urusan permohonan visa, mereka yang akan menguruskannya. Kami cuma perlu sediakan dokumen yang diminta oleh travel ejen. Hanya perlu bagi pasport dan sekeping gambar berlatarbelakangkan warna biru.Kalu korang rajin, boleh jer memohon sendiri visa,tapi bila dah ada orang yang menguruskannya, elok biarkanlah mereka yang buat, tak gitu!

 Utk pengetahuan korang, aku memilih travel agent ini ketika Matta Fair di PWTC dengan harga pakej RM699.00 sahaja tidak termasuk tiket penerbangan. Murahlah weiii!! Tetapi rupanya ada udang sebalik mee dengan harga ground yang murah ini. Sabar ye, aku akan citer dalam entry seterusnya apa muslihat di sebaliknya.


Muka teruja nak ke Beijing tuu..Baru kat LCCT, dah terlebih excited pulak. Hihihi


Flight AirAsia X- D7 316, 1845/0050..Penerbangan yang mengambil masa lebih kurang 6 jam, alahai mesti penat duduk jer. Paling lama aku duduk dalam flight ialah semasa aku ke Mekah dulu, 8 jam lebih. Tidur jer lah sepanjang penerbangan. Lupa nak bawa novel, boleh juga layan membacanya.

Kami menginap di Xin Rundo Hotel. Bagi aku oklah, saiznya sederhana besar dan bersih biliknya. Persekitaran pun tenang. Maaf, terlupa ambil gambar dalam bilik. Berjalan kaki dalam masa beberapa minit pun dah sampai kat derek kedai-kedai baju, kedai kasut dan juga kedai makan.


27.05.2013 : Masa untuk makannnn...lapar sangat-sangat dah ni. Kami dah ready nak breafast.. Hari pertama excited nak tau menu apa. Hari-hari seterusnya mau tak lalu dan takde selera nak makan. Huhuhu




Di dalam mpv yang buat hari ini hanya memuatkan kami bertujuh sahaja. Mulai esok, akan tambah lagi satu keluarga seramai 4 orang lagi. Muka ceria yang tak sabar untuk mengembara ke destinasi pertama iaitu ke Qianmen Street untuk sesi bergambar. Pada jam 11 pagi, kami mula bertolak.


Bagi aku, Qianmen Street ini merupakan kawasan atau tempat membeli belah yang menarik. Aku suka akan design bangunan kedai-kedainya yang telah lama yang dibina sejak zaman dinasti Qing. Tempat ini happening, unik dan ramai pengunjung.







Terdapat kedai sutera, kedai teh, kasut dan juga pakaian. Kedai makan pun ada. Tetapi aku tidak mula lagi membeli belah, mungkin mood shopping belum datang. Hanya bergambar dan lepak perhatikan gelagat pengunjung. 



Yang paling aku suka ialah ada trem yang boleh membawa penumpang untuk ke jarak yang dekat. Menarik untuk sesi bergambar. Tapi gambar trem tu tak jumpa pula aku mencarinya. Aduss..





Korang nak rasa ke?? Boleh jer. Hihihi..




Selepas puas bergambar di sekitar Qianmen Commercial Street, ejen telah membawa kami minum teh. Kalu dikutkan tak termasuk dalam itinerary. Ermmmm..dalam hati dah rasa mesti kami kena paksa beli sesuatu nanti. Kami terPAKSA mendengar penerangan amoi ini tentang khasiat teh dan cara pembuatan serta cara menyediakannya.


Amoi ini telah dilatih dengan baik supaya dapat berkomunikasi dan bertutur dalam bahasa melayu indon. Seronok juga dengar demonstrasinya. Biasalah kat Beijing ini, selepas mendapat sesuatu pasti kita perlu keluarkan sesuatu pulak, DUIT ler. Aku membeli juga akhirnya teh yang berpuluh-puluh tahun dulu setelah puas kami dan bosannya aku dipujuk rayu agar membelinya sebagai ole-ole. Huhuhuhu...


Tengok mata aku pun sampai terpejam tak larat nak dibuka. Di dalam paper beg itulah, slimming tea yang telah 15 tahun diperap dengan harga 200 yuan. Sampai sekarang ini pun, masih belum habis slimming tea. Patut pun aku masih tak slim-slim lagi.



Muka kepenatan di hadapan hotel. Kami nak keluar cari makan untuk dinner. 




Saturday 16 August 2014

Vietnam : Trip Kekawan 2013

Trip kali ke dua tahun 2013 ini, aku membawa rakan-rakan sekerjaku pula untuk membeli belah dan jalan-jalan ke Ho Chi Minh. Trip pertama aku pada tahun ini ialah bulan april yang lalu, trip aku bersama kakak-kakak iparku untuk tujuan perniagaan yang baru aku ceburi.

Aku masih memilih Hotel Hoang Hai Long 2. Kawan-kawanku memuji langkah aku memilih hotel ini kerana lokasinya yang paling strategik. Hanya turun tangga hotel, terus terdapat kedai makan Hajjah Basiroh, kedai makan halal yang lain, kedai baju2 dan sebagainya. Pendek kata, hotel yang terbaik untuk dijadikan pilihan.

Aku sedang memesan nasi lemak Hajjah Basiroh sebagai alas perutku pada pagi ini. Menu yang ada dijual di sini ialah nasi goreng, nasi puteh,sayur,ikan bersambal,ayam goreng,udang,ikan goreng,kuih-muih,kopi ais yang spesial,phur sup dan banyak lagi lah. Bagi aku sedap juga dan agak menyelerakan juga makanan yang ada di kedai ini. Harganya tidak semahal di kedai halal yang lain.

Kedai Basiroh ini sempit saje tetapi lebih besar dan selesa berbanding waktu kunjungan aku dulu. Sentiasa penuh dengan orang Malaysia kita. Boleh juga memesan makanan dan minta dihantar ke hotel pun boleh. Boleh juga order ketika lawatan ke chu chi tunnel ataupun ke Sungai Mekong.

Ini dia rupa murtabak mini yang sentiasa menjadi kegemaranku setiap kali aku berkunjung ke Ho Chi Minh. Bagi aku sangat sedap sehingga aku membelinya untuk dibawa balik ke tanah air. Hahaha..

Apabila perut kenyang, kami pun ambik teksi untuk ke War Museum. Ini merupakan kali kedua aku ke sini.




Jom aku bawa korang tengok apa yang menarik yang ada di dalam War Museum ini.






Cuba korang tengok apa yang ada di dalam kotak peti. Itulah mayat bayi mangsa perang yang telah diawet. sedih sangat membaca dan melihat pengalaman Vietnam sepanjang penderitaan mereka di dalam peperangan.

Rupanya tu gereja. Tapi rekaan binaannya menarik. Kami berjalan kaki saje dari War Muzium. Kadang tu ada bertanya juga orang takut tersasar jauh,nanti buat penat saje tp tak jumpa pulak tempat yang nak dituju.

Kawasan ini banyak bangunan yang rekaan dan binaannya mengikut zaman pemerintahan Perancis.



Inilah pejabat pos yang menjadi tumpuan pelancong kerana binaannya yang menarik.

Jom posing sekejabbb....Dalam ini ada juga gerai jualan sovenier tapi aku tak membeli apa pun. Sekadar masuk bergambar sahaja.


Hadapan hotel yang selalu aku tempah sekiranya berkunjung ke Ho Chi Minh. Sangat selesa dan dekat serta lengkap dengan kemudahan kedai makan muslim dan tempat shopping.

Kedai makan sebelah Kedai Hajjah Basiroh. Aku tak pernah pun mencuba untuk makan di situ. Aku dah selesa dengan selera kedai hajjah Basiroh.

Hari ini shopping time..Aku terjah ke Ben Tanh Market dulu. Asalnya nak ke Ben Tay tp rasa jauh sangat nak pergi,rasa kemalasan pulak.

Jom aku bawa korang ronda di dalam Ben Tanh. Ada kain cotton yang banyak,baju kurung ready made, blouse,baju kanak-kanak dll. Dalam entry yang lalu dah ada aku citer bab shopping dalam pasar Ben Tanh ini.


View luar pasar Ben Tanh..


Berminat bolehlah korang membelinya sebagai tanda kenangan atau ole-ole kepada saudara mara.


Window shopping jer Saigon Square. Banyak juga pakaian branded kanak-kanak, kasut dan handbeg tetapi aku rasa tak tertarik pula untuk membelinya.

Bagi aku harga barangan di sini tak lah murah-murah sangat. Tapi kalu korang nak beli, takpe ok jer. Pakaian untuk bayi dan kanak-kanak cantik-cantik dan terkini.

Kedai Hajjah Basiroh ni baru lagi dibuka. Sebelum ini aku datang, kedai ini masih belum dibuka. Kedai yang lebih luas, kondusif dan sangat selesa untuk memilih-milih pakaian yang digemari. Baju kurung, jubah dan kain telekung sembahyang ada dijual, tetapi aku rasa kurang sedikit pilihannya. Kedai yang lama pun masih ada beroperasi dan begitu juga dengan kilang Hajjah Basiroh masih ada lagi. Jadi korang pilihlah yang mana menjadi pilihan korang ye...

Mari-mari pilih kain lace!! Adik aku telah awal-awal lagi pesan kat aku supaya membelikan kain lace untuknya sepasang. Harga dalam rm100-rm150 untuk 4 meter..

Aku banyak borong kain cotton di kedai ini..Cuba korang tengok penjualnya siap berdiri atas kain-kain yang banyak tu sambil tanya kami nak pilih yang mana. Kat kedai ini, ramai sangat orang melayu kita memborong kain cotton. Kenapa ramai yang suka membeli di sini? Bagi aku, sebab tarikannya, penjual-penjualnya boleh berbahasa melayu dengan lancar, jadi memudahkan proses jual beli. Sebab kedua, harganya murah dan berpatutan. Sebab ketiga, designnya cantik dengan warna-warna yang menarik serta kualiti kainnya yang lembut dan selesa.



Laluan sempit dan tidak selesa. Pilih tetap pilih dan borong tetap borong. Girl yang pakai tudung purple tu dulu kerja kat kedai makan hajjah Basiroh tetapi sekarang dah mula kerja kat kedai kain ini. Tetapi sekarang tak tau pulak aku dia kerja kat mana pula.

Aku nasihat korang supaya semak betul-betul resit dan harga yang korang deal waktu proses membeli tu. Aku terkena juga lah dengan anak tauke kedai si Lilian kot nama dia. Waktu berbagain harga, banyak juga dia bagi diskaun kat aku, tapi bila waktu aku membayarnya bila semak resit ditulisnya harga yang tak dioffer. Nampak!!Mereka ini saje nak kalentong kita agaknya. Bila dapat customer yang tak semak dah, untunglah depa nii. Aku cepat-cepat komplen dan dia terus bagi aku kat duit selebihnya dengan mengikut harga offer yang telah dijanji.Erkkkk....

Jom aku bawa korang meronda lagi..Kedai ini ada menawarkan pelbagai jenis beg travel, sling beg dan juga beg galas. Aku beli beg deuter dikedai ini tapi dah lupa pulak berapa harganya.

Setiap kali datang ke Saigon, pasti aku akan ke Mai Saigon. Kali ini kurang menarik baju-baju kurung ready made yang ada di kedai mai saigon. Jawapnya aku takde beli apa pun. Haahhh!!Cam tak caya jer!

Perut pun dah lapar. Isi perut dulu ye sebelum balik rehat kat hotel sekejab. Pic menu pun tak sempat snap coz perot dah laparrr..

Datang Saigon, tak boleh rehat lama-lama, rugi tau. Aku ke night market pula untuk last shopping baju-baju dll.


Seperti biasa Night Market Ben Tanh sentiasa penuh dengan orang ramai. Trip kali ini aku dah mula tau bagaimana hendak tawar menawar barangan yang aku berkenan. Hihihi tak sabar nak menyopping.


Mr hubby aku pasti cari seluar jean levis kalu ke sini. Kedai ini sebelah kedai Lina Levis. Kali ini mr hubby aku tak membeli di kedai Lina tetapi pilihannya di kedai ini. Lupa nama taukenya..



Ada yang berkenan ke?? Aku memang rambang mata, rasa semuanya aku nak beli dan sumbat dalam beg bawa balik. Sabar..sabar..

Hasil tangkapan trip aku kali ini. Huhhh...

Tudung fareedah ala fareeda pun banyak gak aku beli kali  ini. Wokeh, habis sudah entri vietnam aku bersama kawan-kawan sekerja pada tahun 2013 ini. Insha allah, ada rezeki aku akan datang lagi.

VIETNAM!!!TUNGGU AKU DATANG...

PERHATIAN :-
Jika ada kawan-kawan yang ingin ke Saigon/Vietnam, bolehlah contact aku. Aku tolong teman korang pergi sana dengan harga bajet jer. Wokehhhhh...Jupa di next entri.Muahhhh...