KEMBARA DESTINASI

SUKA MENGEMBARA & JALAN-JALAN CARI MAKAN

Friday 19 December 2014

TAHUN BARU 2014-GENTING HIGHLANDS


Syukur alhamdulillah Allah kurniakan kesihatan yang baik kepada KD sekeluarga pada tahun baru 2014. Kami merancang Hari Keluarga di Genting Highlands pada tahun ini sempena Tahun Baru dan juga Ulangtahun kelahiran KD. Ini merupakan percutian pembuka tirai travel list KD 2014.

Sukanya Qaireen Suffiya naik kuda
Trip keluarga hanya terdiri dari KD, mr hubby, mak, ayah, dua anak sedara kesayangan KD, serta adik KD dan suaminya. Keluarga abang KD tidak dapat sertai kerana mereka bercuti di Langkawi.


Qisya happy sangat2 dapat meronda dan bermain dalam kesejukan.





Ini ialah ruangan rehat rumah apartment yang kami sewa untuk 3hari 2 mlm. Besar dan selesa..Terdapat 3 bilik yang sesuai untuk keluarga.


Bergambar di beranda apartment..


Ruang dapur..


Berkabus dan sangat sejuk. Sekali lagi kami menaiki kereta ke puncak Genting Highlands untuk merasai suasana siang hari pula. Semalam hanya untuk melihat pertunjukan bunga api tetapi kecewa rupanya tidak ada langsung percikan bunga api ditembak.





Semua kemudahan ada disediakan. Kami mencari kedai-kedai makan untuk breakfast.



QS ini tidur pulak!


Wahh kat genting pun ada Eiffel Tower uols..



Jom ronda naik kereta kabel..Nasib budak-budak ini tak takut. Ayah dan mak KD hanya duk di bawah saje.








Seronok KD dapat bercuti bersama keluarga tersayang. KD akan cuba juga merancang percutian keluarga sekurang-kurangnya satu kali setahun.


Mak dan ayah KD yang tiada penggantinya.  KD gembira bila dapat membawa mak ayah berjalan-jalan walaupun pada mulanya mereka tidak mahu ikut serta tetapi setelah dipujuk akhirnya mereka pasrah juga. Hihihi

Wednesday 17 December 2014

RIDE MERSING-JB




Aktiviti ride bersama suami kali ini adalah ke Mersing dan Johor Bharu Premium Outlet. Kami merancang untuk menziarahi keluarga di Mersing juga. Sudah bertahun-tahun KD tak ke Mersing, paling akhir ialah percutian KD bersama keluarga ke Pulau Tioman kira-kira 15 tahun yang lalu.


Berdebar-debar dan takut pun ada kerana inilah pengalaman pertama KD ride bersama suami ke Johor. Alhamdulillah semuanya di permudahkan oleh Allah sepanjang perjalanan kami berdua.


Sebelum ke kediaman sepupu KD, singgah menunaikan kewajipan sekejab. Inilah masjid Mersing yang dibina di atas bukit dengan view yang indah, di bawahnya ada pantai Mersing.





Sepupu KD membawa KD dan keluarga meronda sekitar kem tentera komando. Bergambar kenangan di hadapan pejabat Markas Gerup Gerak Khas.


Inilah kediaman sepupu KD..Kami bermalam selama 2mlm di sana.. Terima kasih kerana melayan kami dengan baik dan dijamu dengan hidangan yang lazat dan sedap semuanya.


Kami menziarahi keluarga ayah KD. Dah hampir lebih 10 tahun kami tak ke rumah mereka. Kebetulan pula mereka ingin menunaikan ibadah umrah, bolehlah kami bertemu muka sebelum mereka berangkat.

Pukul 3 ptg barulah KD dan Mr Hubby balik dan terus menuju ke JPO. Keluarga KD yang lain balik keesokan hari. Wahhh tak sabar ni KD nak shopping baju-baju yang sesuai untuk dibawa waktu travel ke Europe nanti. Hihihi..


Alhamdulillah akhirnya sampai di JPO pada pukul 5 lebih. Mr Hubby dah tak larat, jadi KD sorang-sorang jer yang meronda cari apa yang dihajati. 


Hbeg MK takde pula yang murah-murah dan yang bekenan di hati. Selamat duit KD. Hanya hbeg Coach saje yang KD sambar tapi tak sempat ambik gambar kerana ralit beratur panjang,Coach ada sales jadi ramailah yang rebut peluang shopping.




Bye-bye KD dah nak balik dan teruskan perjalanan ke Subang Jaya. Adoii penatnya. Jam 10 mlm baru bertolak balik. KD beli stokin,long john, sweater, kasut boot bonia dan sling beg coach saje. Ikut hati nak membeli lagi tapi tong motor dah tak muat. Huhuhu

Sampai ke Melaka, KD dah terlalu mengantuk dan kami membuat keputusan untuk stay tidur di hotel R&R Ayer Keroh. Nampak ngeri jer hotel tu tapi terpaksalah demi keselamatan kami. Keesokan hari barulah kami terus ride ke rumah. Pengalaman ride yang jauh tapi seronok.

Assalamualaikum..

Entry kali ini aku nak berkongsi pengalaman aku menyertai konvoi ride motor bersama dengan suamiku dan juga kawan-kawan sesama hobi ini.

Biasalah, bila kami berkonvoi mestilah misi jalan-jalan cari makan. Setakat ini, aku hanya menyertai konvoi kumpulan kecil sahaja, paling ramai pun dalam 10 buah saje. Ride dalam kumpulan besar, en hubby aku belum pernah ajak lagi aku. Huhuhuhu...

1. Ride ke Pulau Pinang 2013


Pertama kali aku ikut suamiku untuk ride motor balik kampung Penang. Pelbagai perasaan ada, gementar dan takuttttt..Tapi teruja pun ado. Perlu tekadkan berani kali ini. Tapi pengalaman aku, pada mulanya sahaja rasa takut tapi bila dah rasa kesegaran angin dan enjoy, rasa sangat seronok berbanding dengan menaiki keeta. Jommmm balik kampunggg..


Kelakar betul tengok helmet aku sangat besar. Sepanjang perjalanan telingaku berdesing kuat dengan bunyi angin. Rasanya perlu tukar helmet baru untuk lebih selesa.


2. Ride ke Melaka 2013



Destinasi pertama kami singgah ialah di Kedai Hajjah Mona Asam Pedas. Tak sahlah kalu berkunjung ke Melaka tapi tak makan nasi berlaukkan asam pedas melaka. Kali ini, kedai Hajjah Mona menjadi pilihan kami untuk makan tengah hari. Makan berdua pun berselera juga kami.



Selepas dah kenyang, kami ronda sekejab di sekitar bandar Melaka.Best sangat bila ride kerana tak perlu lagi rempuh kesesakan jem. Hihihi..


Singgah minum air kelapa shake terbaik. Makan nasi lemak dan kuih-muih juga. Coconut shake yang bagi aku rasa kesedapannya. Alhamdulillah kenyang. Hanya aku dan suami aku saje kali ini memandangkan semua kawan ada hal masing-masing. Ok jer berdua pun, enjoy makan dan minum..

3. Ride ke Terengganu


Kali ini ride balik kampung tercintaku pula iaitu Dungun, Terengganu. Lenguh pinggangku bila ride melalui lebuh raya karak yang berbengkang bengkok tu. Adoiii..


Berhenti rehat seketika di tepi lebuh raya Gombak. Fuhh dahaga dan lenguh. Tapi bertabahlah hati. Hihihi

Beijing Part 4 : Pearl factory - Soveniour - Tianjin - Balik KL
30.05.2013


Kenangan di depan lobi hotel. Bersama kawan rombongan dan juga keluarga Kak Tiah dan Abang Khairul. Gembira bersama kalian semua sepanjang trip ini. Kami sentiasa gelak sepanjang perjalanan. Ada-ada saje topik perbualan kami dan pakat gelak ramai-ramai.



Hari ini merupakan hari terakhir pengembaraan Beijing. Destinasi membeli belah soveniour dan ke shopping complex. Jika travel ikut ejen beginilah, shopping adalah agenda terakhir dan masa paling sedikit diperuntukkan. Banyak pergi ke tempat-tempat yang boleh agen dapat komisen sahaja. 



Sekali lagi kami lalu jalan depan Nest Stadium. Bye-bye ada rezeki datang lagi.


Kat pearl factory ini pun aku ada beli ribu riban..Semua terpedaya dengan sandiwara lakonan kononnya anak tauke dari Ipoh..Dari bacaan blogger lain, rupa2nya dah ramai pelancong Malaysia terkena dengan sandiwara dia orang tu. Tauke propa tu staf situ juga rupanya. Yang sakit hati yang mengaku anak tauke tu semuanya orang berlainan setiap kali pelancong kita ke sana.Eiiiiii gerammmmnya..


Awal-awal lagi depa kelentong..Bagi rantai dan cincin sebagai gift untuk tambat hati kami. Pandai betul lah depa ni ye..Ermmmm





Inilah rupa kononnya ANAK TAUKE! Bohonggggg weiiii...Ntah2 kuli jer ni. Mesti ramai teman2 yang baca ni ada yang terkena juga. Jadi korang berhati-hatilah kalu berkunjung di sini nanti ye. KD dah baca banyak banyak blog mengenai travel ke Beijing tapi takde pula terbaca mengenai pengalaman pelancong yang terkena dengan sandiwara mereka ni. Selepas dah pergi, barulah KD terbaca blog seorang blogger yang menceritakan dia pun kena tipu juga. Adoii takde rezeki nak selamatkan diri.


KD tak berani tanya kedai pearl kat sini samaada set barangan kemas yang KD beli itu betul2 pearl asli dan white gold ataupun hanya palsu sahaja. Huhuhu..



Selepas dah habis melabur kat kedai penipu itu, kami teruskan travel ke Tianjin. Lama juga perjalanannya.





Rupanya nak ke market ini jer. Adalah beberapa kedai yang KD masuk dan membeli kacang untuk dibuat buah tangan. Penat jauh perjalanan tapi takde apa pun bila dah sampai Tianjin. Tapi kalu naik train laju dari Beijing ke Tianjin baru berbaloi.





Dalam sejam lebih jer kami pun terus pulang. Kami terus mencari kedai untuk makan malam.


Kali ini kami makan sate dan daging bakar. Pakat pakai kopiah.Hahaha..



Dinner bbq kenangan yang sungguh rare. Hihihihi..


Tamatlah citer hasil dari pengalaman KD. Orang lain pula lain pengalamannya. Kalu ada rezeki kita bertemu lagi ye Beijing. Tapi rasanya tak lah kot, dah serik rasanya...