KEMBARA DESTINASI

SUKA MENGEMBARA & JALAN-JALAN CARI MAKAN

Wednesday 14 March 2018


 Rehat Minda- De Palma Resort Kuala Selangor

 As salam uols..Pada Sabtu 11.3.2018-Ahad 12.3.2018,KD telah check in resort De Palma satu malam.Tujuan asal ke kenduri rakan sejawat di Tanjung Karang dan lepas itu barulah ke De Palma.

 Harga rm145.00 satu malam,booking melalui De Palma Resort terus kerana melalui Agoda.com telah pun sold out.Jenis bilik superior,dua katil single..Tak berapa muat lah untuk kami berlima..hahaha

 Kolam renang untuk kanak-kanak dan dewasa.Takdelah besar sangat,bolehlah untuk menggembirakan anak-anak syurga.

 Seronoknya anak-anak syurga mandi manda dan berendam.

 Depan resort..Tenang dengan pohon menghijau.


Breakfast dengan menu yang boleh tahan sedap.Ada nasi lemak,mee goreng,roti dan lain-lain..Alhamdulillah

Friday 2 March 2018


SANTAI DI PANTAI RNR PENANG 2018

 Sempena cuti raya cina,KD sefamili balik ke Penang.Balik kampung kali ini tak banyak tempat jalan dan makan sempat pergi kerana hero cilik demam.huhuhu

 Santai lepak di pantai memang KD suka.Tengok matahari terbenam sangat mengindahkan.


 Anak syurga lepas angin bermain kereta kontrol,main kejar2..


Nanti KD datang lagi ke sini bila ada rezeki balik kampung.Bye bye
 AKTIVITI HERO CILIK-LC 2018
 Pada tahun ini,merupakan tahun ke 2,hero cilik KD belajar di LC.Moga anak syurga mama menuntut ilmu yang bermanfaat.


 Memori celebrate birthday Nov.Happy birthday sayang mama.Mama doakan anakanda mama cemerlang dunia akhirat.Aamiin....





DUNGUN,TERENGGANU 2017

Alhamdulillah,pada bulan Disember 2017,sekali lagi famili Penang datang berkunjung ke rumah mak ayah KD.Sambil berjalan makan angin,datang untuk memeriahkan majlis kenduri kesyukuran.

KD bawa famili ke Pantai Batu Buruk.Seronok anak-anak syurga naik kuda,main permainan dan layang-layang.


Berani hero cilik ini naik kuda.Mamanya yang masih takut naik kuda..hihihi

Anak-anak syurga seronok,kami pun tumpang gembira.

Sekitar jamuan kesyukuran..

Mama berani pegang jer sambil menemani hero cilik.

GENTING HIGHLANDS 2018

KD dah lama tak ke Genting Highlands.Kalu tak silap KD last ke Genting pada tahun 2012 kot..Sejak ada GPO,dah lama KD ajak en hubby pergi tetapi tak sampai-sampai,padahal dekat jer pun dari rumah KD.
Pada sabtu hujung minggu bulan Januari,akhirnya tertunai hajat KD nak repeat jalan jalan Genting.Yang utama KD nak cuci mata kot ada baju dan hbeg yang murah-murah.

Dulu KD pergi,belum ada lagi point bergambar ini.Jom posing bersama KD.


Sebelum masuk cuci mata,kita berposing puas-puas dulu.Ramai juga orang datang berkunjung ke GHPO ini.


Coach takde lak harga murah bawah rm1k,rata-rata harga lebih rm1k++.

Naik ke atas puncak Genting sekejab sebelum turun ke KL..Panjang umur KD repeat lagi ke sini..Ok Bai

Thursday 1 March 2018

WEEKEND TERAPI MINDA

Kali ini,KD memilih Hot Spring Sungkai sebagai destinasi Weekend Terapi Minda.Bulan Februari 2018 tarikh pilihan KD hilangkan stress bekerja dengan membawa keluarga bercuti,jjcm sambil menggembirakan hati anak2 syurga.
Memang aktiviti mandi sangat menyeronokkan anak-anak,walaupun cuaca agak panas terik.Kami sampai tengah hari dan terus membeli tiket masuk.Kami menaiki tram masuk ke dalam Hot Spring.Rebus telur dulu di spot merebus telur untuk mengisi perut.Telur perlu dibeli di sana saje.Kemudian KD rendam kaki kat kolam air panas sekejab tetapi anak anak dah mula tak sabar nak mandi manda.Huhuhu...
Hampir 3 jam lebih berendam,kami beransur balik.

KD memilih untuk berjalan kaki sahaja untuk keluar dari Hot Spring.Jumpa pondok sauna di pertengahan jalan.

Rumusannya,Sungkai Hot Spring sesuai untuk membawa anak-anak mandi manda dan ibu bapa pula jadikan tempat santai menghilangkan stress bekerja..Ok bai..