KEMBARA DESTINASI

SUKA MENGEMBARA & JALAN-JALAN CARI MAKAN

Sunday 9 August 2015


HARI RAYA AIDIFITRI 2014



Alhamdulillah,raya kali ini di kampung KD,Dungun Terengganu.
Pagi raya,selepas solat raya terus minta ampun ngan mr hubby jika ada salah silap,terkasar,terguris dll terrrr..huahua


Adik dan anak2 buah kesayangan KD..Syoklah dapat duit raya banyak ye.


Tema baju raya tahun 2014..Hehehe


Beraya rumah Tok Long.


Wah Suffiya dapat duit raya dr moyang yeh


Kenangan raya bersama jiran-jiran dan kenalan.

Memori raya paling menyedihkan KD.
Nenek kesayangan yang KD panggil
 Tok Yoh telah meninggalkan kami untuk selama-lamanya. Pada 2 Syawal, kami mengiringi jenazah arwah hingga ke liang lahad.
Ya Allah,tempatkan Arwah Tok Yoh di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman. Aamiin dan alfatihah.


Alfatihah..


Pada malamnya,kenduri tahlil telah diadakan. Jiran tetangga dan saudara mara dijemput hadir.

Sekian memori raya 2014 yang indah dan suram.

Saturday 11 July 2015


RIDE CAMERON HIGHLANDS 2014


Konvoi ride bersama kawan-kawan kerja KD kali ini ialah ke Cameron Highlands. Awal2 pagi lagi kami bertolak dr Usj.Singgah breakfast di R&R Sungai Buluh. KD hanya makan nasi lemak panas2..Sodapp


Penat panjat bukit,jom menjamu selera..Sakit pinggang KD,rasa cam malas dah nak ride ke sini lagi untuk next trip.Ermmm....



Inilah dia geng motor tmpt aku kerja..Aku sorang jer perempuan. Hihihihu




Posing time...

Menghijau sungguh teh di belakang kami. Rasa seolah2 tak mau balik jer. Syok duk santai..


Adoii mataku terpejamlah sudah!


Hero2 yg menyertai ride kali ini.


Ada sorang heroin jer, KD lah tu..Wat selamba jer.Hihihu




Hampir 2 jam kami berehat, semua dah penat,jom kita balik. KD rasa malasnya,mau sakit pinggang lagi.


RIDE BERSAMA SUAMI KE MELAKA



Destinasi jjcm pertama KD ialah minum coconut shake yg femes di Klebang. Jom pekena bagi hilang penat.


Perghhh sedap berkrim masuk ke dalam tekak. Hilang dahaga...


Inilah rupanya kedai Klebang Original Coconut Shake. Highly recommended.


Dah selesai misi minum, KD ronda dulu..


Makan malam KD di tempat terkenal.ikan bakar. Jemput makan semua..



RIDE IKAN PATIN TEMPOYAK TEMERLOH


Alhamdulillah,ride kali ini hanya 3 buah motor saje. Dah lama KD nak makan ikan patin temerloh yang meletopp ini.


Inilah sign board kedai Go Bang Patin Temerloh.


Sedapnya..Tak sabar KD nak rasa kelazatannya.


Ikan patin yang sangat mabeles..Kuahnya sedap,ikannya berlemak. Hahaha



Fuhhh sedap hingga licin pinggan kami semua.



RIDE KETAM LEMBUT(SOFT CRAB)




Ride kali ini memang banyak buah motor yang join..Sekali lagi KD seorang saje heroin, yang lain semua hero.


Pertama kali makan ketam lembut,memang sangat melazatkan. Kita tak perlu susah2 nak kopek kulit hingga luka jari,terus buka mulut ngap.


Kedai kat Kuala Gula ini memang femes di kalangan geng motor. Nanti KD nak datang lagilah ke sini. Tak puas lagi rasa nikmatnya ketam lembut.