KEMBARA DESTINASI
SUKA MENGEMBARA & JALAN-JALAN CARI MAKAN
BEIJING PART 2 : Tiananmen Square-National Theater-Forbidden City-Jingshan Park-China Millennium Monument - Pearl Factory - Beihai Park - Hutong Tricyle Tour - Shenshahai Bar Street-Acrobatic show
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
28.05.2013
Entry kali ini dan seterusnya aku akan menukar panggilan namaku kepada KD aka Kembara Destinasi. Bukan aa-apa pun tapi KD rasa lebih manja dan rapat dengan sahabat-sahabat yang sudi membaca blog yang tak seberapa ini dan selalu bersawang. Hihihi...
Hari ke 2 trip Beijing..Banyak juga tempat-tempat yang perlu kami lawati sepanjang hari ini. Perlukan stamina dan tenaga yang tinggi supaya tidak letih. Destinasi pertama ialah ke Tiananmen Square. KD memang sukakan tempat ini. Dataran Tiananmen adalah tempat tumpuan ramai. Dataran ini merupakan tempat sejarah yang menjadi tempat pengistiharan negara China sebagai sebuah republik. Dataran ini juga merupakan dataran terbesar di dunia.
Sampai jer KD kat sini, hujan mulai turun. Sejuk tapi sangat best. Hihihi..
Papan iklan digital yang sangat panjang dan menarik. Pertama kali KD tengok papan iklan yang begitu panjang.
Bergambar kenangan di hadapan Potret Mao Zedong yang digantung di menara Tiananmen. Potret ini melambangkan simbol pemodenan kepada rakyat China. Seronok dapat berkenalan dengan keluarga Abang Khairil dan Kak Tiah yang tinggal di Taiping. Moga ukhwah kita akan berkekalan...
Dari Dataran Tiananmen, kami hanya berjalan kaki ke Kota Larangan atau Forbidden City. Forbidden City ini merupakan kediaman rasmi bagi maharaja China dari Dinasti Ming hingga Dinasti Qing. Dalam hujan semakin lebat pun, sangat ramai pengunjung yang datang ke sini.
Kebanyakannya berpayung dan berbaju hujan. KD pun dah mula berpayung. Sangat luas dan banyak sungguh bangunan yang serupa sahaja bentuk dan warnanya tapi nama dan fungsinya berbeza.
KD dah mula berangan nak jadi permaisuri dan memakai skarf bunga di atas kepala. Mr hubby pula pakai topi maharaja.
KD tak puas hati lah posing dan berfotografi kat sini kerana hujan masih tak berhenti. Kebanyakan gambar kelihatan payung jer.
National Theater - singgah bergambar saje di sini. Masa suntuk kerana masih banyak tempat yang perlu kami lawati.
Selepas itu, kami terus dibawa ke Silk Factory. Pada asal perancangan KD nak beli banyak juga kain sutera cina memandangkan sepupu KD pun telah mengirim supaya membelinya.
KD tertarik hanya 6 pasang sahaja..Bagi KD kain sutera cina selesa, tak perlu digosok dan kainnya juga tidak panas. Nak beli banyak lagi, tetapi corak bunganya terlalu besar pula. Nanti KD kelihatan gemuk pula bila memakainya. Huhuhuhu...
Kami juga diberi penerangan bagaimana sutera dihasilkan. KD dah kurang fokus untuk mendengarnya kerana tak sabar nak tinggalkan tempat ini dan nak ke tempat lain pula.
Destinasi seterusnya ialah ke Hutong Tricyle Tour. Kami berpeluang ronda-ronda dengan menaiki beca. Melaka tempat terakhir KD naik beca dulu tapi di Beijing seronoknya mestilah berganda-gandabila dapat naik beca.
Suasana kedai-kedai dan rumah kediaman penduduk setempat Hutong. Ermmmm kotor dan tidak selesa.
Selepas meronda satu pusingan di celah-celah bangunan Hutong tu, kami terus ke Acrobatic Show.
Perlukan tiket untuk menyaksikan show ini tetapi maaf KD dah lupa bayaran memandangkan ejen telah menguruskan semua bayaran tiket masuk. Bagi KD berbaloi masuk menyaksikan acrobatic show kerana ianya sangat menakjubkan dan AMAZING!
Korang tengok sendiri bagaimana aksi2 mereka..Banyak lagi sebenarnya gambar2 show ini tapi dah tak terlarat KD nak upload kesemuanya.
Seronokkan tengok aksinya. Betapa ramainya boleh dimuatkan dalam satu basikal. Kalu kita praktik begini, sangat menjimatkan kerana hanya beli satu basikal tapi boleh bawa muatan sehingga 7 orang!
KD lupa apa nama bangunan ini. Kami hanya berhenti di tepi jalan dan bergambar dari jauh sahaja. Posing jerlah kan bukan kena bayar pun. Kihkihkih..
J
ika tak salah KD nama tempat ini ialah Min City Wall Ruins Park..Maaf banyak2 jika ada tersalah info nama tempat kerana KD keliru memandangkan banyak sangat taman-taman yang telah KD lawati. Huahuahua...
Sebelum berakhirnya itinerary hari ke dua di Beijing, kami ke restoren untuk makan malam. Perutpun dah lapar kerana banyak betul tempat kami lawati hari ini. Kita bertemu lagi di entry seterusnya..
Beijing 2013-Trip Bersama Rakan Kerja
Pada 26.5.2013 hingga 31.5.2013, aku bersama mr hubby dan 4 rakan sekerja serta bersama seorang kanak-kanak perempuan telah pun selamat mengembara di Beijing. Ini merupakan kali ke tiga aku membawa rakan sekerjaku mengembara ke luar negara. Sebelum ini ke Bandung, Vietnam dan kali ini ke Beijing, China pula. Syukur alhamdulillah,tercapai untuk menjejakkan kaki ke Beijing yang merupakan salah satu negara impianku untuk aku mengembara.
Ada pengalaman pahit dan manis sepanjang pengembaraan kami selama 6hari 5 malam. Yang paling aku BENCI pun ada, tetapi korang perlu membaca entry aku sampai habis barulah korang akan tau apa yang aku paling MENCIII bila aku mengembara ke Beijing ini.
Sebelum korang ingin melancong ke Beijing, korang perlu membuat permohonan China Visa. Aku telah memilih travel ejen Mangga Travel Muslim, jadi urusan permohonan visa, mereka yang akan menguruskannya. Kami cuma perlu sediakan dokumen yang diminta oleh travel ejen. Hanya perlu bagi pasport dan sekeping gambar berlatarbelakangkan warna biru.Kalu korang rajin, boleh jer memohon sendiri visa,tapi bila dah ada orang yang menguruskannya, elok biarkanlah mereka yang buat, tak gitu!
Utk pengetahuan korang, aku memilih travel agent ini ketika Matta Fair di PWTC dengan harga pakej RM699.00 sahaja tidak termasuk tiket penerbangan. Murahlah weiii!! Tetapi rupanya ada udang sebalik mee dengan harga ground yang murah ini. Sabar ye, aku akan citer dalam entry seterusnya apa muslihat di sebaliknya.
Muka teruja nak ke Beijing tuu..Baru kat LCCT, dah terlebih excited pulak. Hihihi
Flight AirAsia X- D7 316, 1845/0050..Penerbangan yang mengambil masa lebih kurang 6 jam, alahai mesti penat duduk jer. Paling lama aku duduk dalam flight ialah semasa aku ke Mekah dulu, 8 jam lebih. Tidur jer lah sepanjang penerbangan. Lupa nak bawa novel, boleh juga layan membacanya.
Kami menginap di Xin Rundo Hotel. Bagi aku oklah, saiznya sederhana besar dan bersih biliknya. Persekitaran pun tenang. Maaf, terlupa ambil gambar dalam bilik. Berjalan kaki dalam masa beberapa minit pun dah sampai kat derek kedai-kedai baju, kedai kasut dan juga kedai makan.
27.05.2013 : Masa untuk makannnn...lapar sangat-sangat dah ni. Kami dah ready nak breafast.. Hari pertama excited nak tau menu apa. Hari-hari seterusnya mau tak lalu dan takde selera nak makan. Huhuhu
Di dalam mpv yang buat hari ini hanya memuatkan kami bertujuh sahaja. Mulai esok, akan tambah lagi satu keluarga seramai 4 orang lagi. Muka ceria yang tak sabar untuk mengembara ke destinasi pertama iaitu ke Qianmen Street untuk sesi bergambar. Pada jam 11 pagi, kami mula bertolak.
Bagi aku, Qianmen Street ini merupakan kawasan atau tempat membeli belah yang menarik. Aku suka akan design bangunan kedai-kedainya yang telah lama yang dibina sejak zaman dinasti Qing. Tempat ini happening, unik dan ramai pengunjung.
Terdapat kedai sutera, kedai teh, kasut dan juga pakaian. Kedai makan pun ada. Tetapi aku tidak mula lagi membeli belah, mungkin mood shopping belum datang. Hanya bergambar dan lepak perhatikan gelagat pengunjung.
Yang paling aku suka ialah ada trem yang boleh membawa penumpang untuk ke jarak yang dekat. Menarik untuk sesi bergambar. Tapi gambar trem tu tak jumpa pula aku mencarinya. Aduss..
Korang nak rasa ke?? Boleh jer. Hihihi..
Selepas puas bergambar di sekitar Qianmen Commercial Street, ejen telah membawa kami minum teh. Kalu dikutkan tak termasuk dalam itinerary. Ermmmm..dalam hati dah rasa mesti kami kena paksa beli sesuatu nanti. Kami terPAKSA mendengar penerangan amoi ini tentang khasiat teh dan cara pembuatan serta cara menyediakannya.
Amoi ini telah dilatih dengan baik supaya dapat berkomunikasi dan bertutur dalam bahasa melayu indon. Seronok juga dengar demonstrasinya. Biasalah kat Beijing ini, selepas mendapat sesuatu pasti kita perlu keluarkan sesuatu pulak, DUIT ler. Aku membeli juga akhirnya teh yang berpuluh-puluh tahun dulu setelah puas kami dan bosannya aku dipujuk rayu agar membelinya sebagai ole-ole. Huhuhuhu...
Tengok mata aku pun sampai terpejam tak larat nak dibuka. Di dalam paper beg itulah, slimming tea yang telah 15 tahun diperap dengan harga 200 yuan. Sampai sekarang ini pun, masih belum habis slimming tea. Patut pun aku masih tak slim-slim lagi.
Muka kepenatan di hadapan hotel. Kami nak keluar cari makan untuk dinner.