KEMBARA DESTINASI

SUKA MENGEMBARA & JALAN-JALAN CARI MAKAN

Monday, 14 May 2012


Hari Terakhir Di Kota Kinabalu


Bangun pagi-pagi, terus kami merancang untuk ke pasar basah untuk membeli sotong, udang dan makanan laut yang lain yang perlu dibawa balik.

Marina Court Resort Condominium menjadi tempat penginapan kami selama 3hari 2 malam. Bagi aku sangat selesa untuk kami bertujuh ini.

Jom jenguk apa yang segar dan menarik yang boleh dibeli. Sotong segarlah juga dan kami pun ada membelinya sedikit.

Udang pun dibawa balik juga. Jangan lebih berat kilo sudahlah, nanti kena bayar lagi banyaklah.

Flight kami lewat petang. Aku dan suami pun merancang ke Pulau Manukan untuk 2 atau 3 jam sahaja. Semua yang lain tak nak ikut kami, penat..

Perlu ke jeti terlebih dahulu untuk menaiki bot ke Pulau Manukan. Sekejab saje masa yang diambil untuk ke sana.

Mr hubby sedang membeli tiket bot. Jom...Tak sabar dah nak naik bot.Hihihi...

Pemandangan dari atas bot. Bergoyang kuat juga bot kerana ombak agak besar juga.

Aku suka bersantai di pulau kerana aku suka lihat kebiruan air lautnya. Tenang sangat jiwa dan fikiran apabila dapat melihat keindahan ciptaan Allah.

Sungguh nyaman angin yang bertiup di kala ini. I likeeeee !!!ngeh ngeh ngeh..


Dah sampai kat jeti Pulau Manukan.. Jom tengok makhluk yang ada di pulau ini.

Ikan-ikan ini lebih kurang dengan ikan yang ada di pulau payar Langkawi. Suka tengok pelbagai warna dan belang-belang yang ada di badannya. Tapi AWAS jangan letak ikan di tapak tangan. Mr hubby telah digigit oleh salah seekor ikan dan menyebabkan jarinya berdenyut dan bengkak serta merta. Cemas aku, terus memanggil pengawal di sana untuk membantu. Pengawal sana telah menyembur jari mr hubby dengan ubat semburan. Tak berapa lama lepas itu, barulah denyutan semakin berkurang. Korang hati-hati ye bila bermain dengan ikan-ikan ini tau.

Pintu gerbang ke Pulau Manukan.

Banyak sangat ikan yang berwarna warni dan berbelang-belang..



Apabila dah puas mandi dan main dengan ikan, masa untuk posing pulak.

Jom aku bawa ronda sekitar Pulau Manukan...



Walaupun mentari hangat membara, aku tetap gigih bergambar untuk dibuat kenangan. Aku bukannya seorang yang suka repeat tempat yang sama untuk bercuti kecuali ada tempat shopping yang betul2 menarik seperti Bandung dan Vietnam.

Bergambar kenangan sebelum balik ke hotel. Bye Kota Kinabalu. Ada rezeki datang ke sini lagi, sampailah aku kat sini bila2 nanti.

No comments: