Famili Trip : Kota Kinabalu Day 2
Berhenti di point untuk merakam gambar berlatarbelakangkan Gunung Kota Kinabalu. Sejuk mata memandang dan suhu yang sejuk pun amat mendamaikan.
Kami sekeluarga berbelakangkan view gunung kinabalu dari kejauhan.
Syukur alhamdulillah kami sekeluarga dapat berkumpul di negeri di bawah bayu pada tahun ini.
Keluarga bahagia adikku Gee Jaa..
Mpv Exora yang kami naiki sepanjang kami berada di Kota Kinabalu. Lupa pulak aku nama drivernya.
Kami telah selamat sampai di Gunung Kinabalu. Hanya bercadang bergambar sahaja bukannya untuk mendaki hingga ke puncak. Sekadar posing2 dah ler..
Posing gediksss aku bersama adikku.
Ummi kalu pasal posing bergambar, sporting sungguh dia.
Rindukan saiz badanku waktu ini. Ketika aku menulis entri yang dah lama bersarang ini, saiz badanku telah berubah dari M ke XL. Huahuahua..
Terkilan kerana kami semua tidak dapat ke Poring kerana ada kejadian tanah runtuh berlaku. Kereta bersusun jem. Ayahku pun tak sanggup dah duduk lama-lama di dalam kereta. Driver pun kata perlu patah balik memandangkan akan tersangkut dalam kesesakan berjam-jam jika mau ke Poring juga. Kami pun sepakat untuk berpatah balik ke bandar Kota Kinabalu saje.
Berhenti di gerai jualan untuk membeli kerepek dan buah-buahan sebagai bekalan makanan sepanjang perjalanan nanti.
Kami makan tengah hari di Intan's Restoran. Lapar weiii..
Ada chicken wing bermadu sedap kat restoren ini. Lauk pauk pun ok sedaplah juga.
No comments:
Post a Comment