Guangzhou,China
( 25.03.2013 - 28.03.2013 )
Alhamdulillah...Syukur pada Mu ya Allah kerana impian aku untuk mengembara ke Guangzhou akhirnya tertunai. Sebenarnya tahun ini aku mula berminat untuk berniaga kecil-kecilan. Setelah aku servey blog, ramai mengatakan trip borong ke Guangzhou bersama kumpulan En Shahabudin iaituAnzac Consultancy adalah yang terbaik. Sebelum ke sana, aku perlu menyertai kursus borong china berbayar, bukan percuma tau! Jadi dapatlah serba sedikit gambaran trip nanti. Tak sabar nak shopping dan berkenalan dengan rakan-rakan trip yang sama-sama ingin belajar borong dan berniaga.
Bayaran trip ini mahal sikit iaitu RM2600 seorang, jadi aku dan mr hubby Rm5200 untuk pskej lengkap termasuk tiket, makan, kenderaan di sana dan juga hotel. Terpaksa pejam mata jer lah kerana nak pergi mengembara sendiri tak mampu setelah membaca review blogger yang mengatakan memang susah nak berkomunikasi dengan rakyat sana. Ermmm...redha jer lah. Belum lagi duit belanja shopping. Nanti aku rambang mata, semua benda aku nak beli. Alahai, tabahkanlah hati aku sepanjang trip borong ini. Hihihi..
Jam 3.30 pagi Isnin, 25 Mac..Kami telah diarahkan untuk berkumpul di LCCT. Namun, kul 4 lebih baru aku sampai, dan rupanya dah ramai rakan-rakan trip yang sampai lebih awal. Kami berkumpul di Mcd untuk mengambil pasport dan juga iteneri sepanjang trip kami nanti. Sedikit penerangan disampaikan oleh tour guide kami. Jam 5.35 pagi, berlepas ke Guangzhou dengan penerbangan Air Asia.
Akhirnya, jam 10.00 pagi kami telah selamat sampai di Baiyun International Airport. Penerbangan mengambil masa hampir 4 jam. Waktu kita sama dengan waktu di Guangzhou. Jadi taklah pening sangat.
Abaikan muka moyok aku yang terlalu mengantuk. Pagi2 buta dah naik flight, lepas tu mata tak boleh pejam sepanjang penerbangan, terhasillah muka yang lesu begitu. Kami perlu berkumpul dulu untuk diberi penerangan lagi..Aku dah mula penat tapi hari pertama kena mula memborong. Tabahkan hati..
Sedang menunggu bas datang ambik kami untuk ke hotel penginapan. Ramai juga trip kali ini, penuh juga satu bas. Belum mula berkenalan, cuma senyum-senyum saje. Semua pakat mengantuk tak habis lagi.
Inilah tour guide kami sepanjang trip borong ini. Namanya ialah Mohamed Firdous iaitu adik kepada En Shahabudeen. Seramai empat orang yang jadi pemandu pelancong kami yang akan membimbing sepanjang trip ini. Muda lagi tetapi banyak juga pengalaman dia dalam memborong dan berniaga.
Kami meneruskan perjalanan dalam keletihan tetapi teruja ke hotel penginapan. Layan gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang perjalanan. Kesimpulannya, aku tengok kebanyakan bangunan adalah kedai membeli belah.Seronoknya tak sabar nak menjamu mata dan melabur duit ni.Hihihi...
Bilik hotel kami selesa juga. Yang penting tandas bersih dan tilam pun lembut. Lenalah aku tidur malam ni..
Pukul 1.42 petang, kami semua dah bersedia menunggu bas untuk ke destinasi pertama iaitu Plaza Barang Hiasan Dalaman dan Aksesori Wanita. Dalam otak aku, dah merancang nak beli apa tapi rasanya memborong belum lagi kot. Hari pertama servey dululah.
Bergambar kenangan di depan plaza. Tak banyak gambar dirakam kerana aku sibuk dan rambang mata tengok barang-barang. Sampaikan kamera pun tak nyempat ambik.
Selepas itu, kami terus makan malam di restoren muslim. Perut pun dah lapar ni. Tunggu nak ngap masuk mulut jer ni. Aku bukan seorang yang selalu makan menu chinese food, jadi aku rasa bolehlah makanan yang dihidang di sini. Yang penting perut kenyang. Ada pelbagai menu pilihan gak. Kredit kepada pihak penganjur kerana telah memilih restoren ini.
Adoii, nasi dan lauk belum sampai lagi lah..
Pukul 9.00 pagi,kami berkumpul di lobi hotel. Sarapan nasi dah pun makan. Hari ini rasa lebih bertenaga dan lebih bersedia untuk memborong dan membeli belah.
Destinasi hari ini ialah ke Makam Saad Abi Waqas. Rasa bersyukur kerana berpeluang menziarahi makam saudara nabi kita Muhammad S.A.W.
Inilah kenangan kami trip memborong di China. Masuk hari ke dua, kami semua telah berkenalan di antara satu sama lain dan mula mesra. Pelbagai negeri asal kami tetapi bertemu di sini untuk mengukuhkan ukhwah.
Rasa rindu kat korang semua..Seronok sangat dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru yang mempunyai minat yang sama iaitu belajar berniaga. Semoga kita semua berjaya dengan perniagaan masing-masing kelak.
Memborong ke Plaza Pakaian Moden ( Zhang Xi Lu ), Jam Tangan dan kasut. Aku telah berpakat bersama Akma dan suaminya dari Nilai serta keluarga Kak Zaleha dari Kulim untuk pergi sendiri memborong cadar ke kilang yang agak jauh sikit. Jadi kami telah menempah dua buah teksi ke sana. Suspen juga kerana hampir setengah jam pun belum sampai, takut juga kena kelentong. Korang perasan tak, tak banyak gambar aku rakam dalam plaza borong.Faham-faham jerlah ye...
Akhirnya kami pun sampai. Aku telah membuat keputusan untuk fokus pada memborong cadar. Banyak juga aku dan kawan memborong di kedai ini.
Kami bertolak pulang ke hotel dan berkumpul semula pukul 7 lebih untuk makan malam. Selera juga lah makanan kat sini. Perut dah kenyang jadi bolehlah teruskan lagi destinasi seterusnya.
Pukul 9.00 pagi, kami telah sampai di Shang Xia Jiu Lu. Santai sambil membeli belah. Happening kawasan ini dengan cuaca yang sejuk. Aku suka cuaca begini, akan datang pun aku akan memilih bulan Mac untuk repeat Guangzhou. Aku hanya membeli baju blouse sehelai dan kasut sepasang,. Bagi aku harga agak mahal dan lebih kurang dengan negara kita saje.
Mr hubby cuba jadi tour guide. Ada bakat tak?Hehehe..
Biar gambar saje berbicara..
Hari ke 3 : Trip borong Guangzho
Hari ke 3 ini kami bebas untuk ke mana-mana plaza yang dituju. Kami telah berbincang untuk menaiki teksi dan memilih plaza untuk memborong lagi. Aku dan mr hubby ingin ke plaza beg tangan, plaza pakaian kanak-kanak dan kain sutera.
Walaupun sukar untuk berkomunikasi dengan pemandu teksi di sana, tetapi jangan bimbang kita hanya perlukan nama-nama plaza dan alamatnya dalam bahasa Cina. Penganjur telah pun membantu kami dalam hal ini.
Sebelum kami membawa haluan masing-masing, kami bertolak ke Masjid Huaisheng terlebih dahulu.
Suasana di depan Masjid Huaisheng.
Belakang aku rupanya ada lagi yang tumpang posing. Budak Sabah ni..
Bersama rakan baruku. Dari kiri, Akma dari Nilai tetapi asal Terengganu. Sehingga sekarang aku masih berhubung dengan Akma berbincang tentang biznes dan juga tentang bikers. Minat kami serupa..Selepas aku, Kak Faridah dari Shah Alam juga. seronok berkenalan dengan dia seorang yang peramah dan slumber. Hujung sekali tu ialah Lin dari Melaka. Nice to meet you...
Di hadapan masjid ini terdapat kedai Halal untuk aku membeli maggi yang telah dipesan oleh rakan mr hubby. Dia kata sedap sangat dan berbeza dengan maggi di negara kita.
Dah selesai membeli. Lupa nak tunjuk gambar rupa maggi itu.
Dari lawatan ke masjid, kami semua ke plaza untuk memborong cadar.
Beli banyak lagi murah dan menguntungkan. Hanya cakap kat depa yang jual camni"many-many,cheap-cheap"..Tak perlu cakap banyak-banyak kerana mereka pun tak faham. Buat penat kita bercakap jer. Korang boleh hafal ayat tu jer. Hahaha..
Malam ini kami ke Beijing Lu. Tempat ini bagi aku kedai yang agak mahal harganya. Hanya jalan-jalan saje lah. Dah malas nak shopping. Insaf ke aku??
Dingin hingga ke tulang rasanya. Nak demam pun ada. Tapi suhu begini memang amat selesa dan mendamaikan.
Bye-bye Guangzhoa.Ini merupakan malam terakhir aku berada di sini. Panjang umur dan ada rezeki lagi, aku akan datang lagi.
Salah satu bunkusan kotak untuk dipos menggunakan kontena. Kesemuanya 4 CBM merangkumi RM480.
Penat juga kami berdua membungkus kesemua hasil barangan borong kami. Ada baju budak gegirl, baju blouse, kasut, kain sutera, baju kemeja, t shirt, cadar dan juga gift untuk diberi kepada saudara mara dan rakan taulan. Aku dimaklumkan paling awal 3 minggu baru kami dapat terima barangan kontena ini. Lamanya..Aku bawa balik yang kecil dan penting kerana aku telah pun membeli luggage 50kg.
Kami dah bersedia nak kembali ke tanah air. Nanti ada kelapangan kita bertemu kembali ye wahai rakan-rakan baru ku.
Foto kenangan bersama rakan baru yang mesra dari Kelantan iaitu Fikri dan Tie. Juga Akmal dan suaminya Bro Arifin dari Nilai. Mereka inilah yang selalu kemana-mana sepanjang kami berada di sana.
TIPS SHOPPING DI GUANGZHAO
1.Perlu fokus barangan apa yang perlu dibeli. Nanti takut rambang mata, akhirnya satu barang pun tak dibeli.
2.Membeli secara borong amat menguntungkan dan murah.
3.Perlu teliti pakaian atau barangan yang dibeli,samaada saiz betul atau tidak, ada koyak tak dan juga tarikh luput. Maggi yang aku beli semuanya tak boleh dimakan kerana telah luput tarikh hampir 3 bulan.
4.Pastikan wang yang diterima dari penjual adalah asli bukannya duit palsu. Jika nak mudah, sediakan duit yang mencukupi dengan harga barangan yang dibeli.
5.Sekiranya ingin memborong pakaian kanak-kanak, hari pertama dah perlu ke plaza yang berkenaan untuk menempahnya. Sehari sebelum balik, pergi kembali ke plaza berkenaan untuk mengambil tempahan. Jangan lupa untuk meneliti kualiti pakaian.
6.Boleh juga menempah pakaian dan meminta mereka menghantarnya ke hotel.
7.Bulan Mac, bagi aku sesuai untuk melancong ke Guangzhao.
8.Pemandu teksi langsung tak tahu berbahasa inggeris, tapi jangan risau hanya perlu sediakan kad nama kedai, nama hotel dan juga alamat plaza borong.
9.Peniaga boleh juga berkomunikasi tetapi hanya menggunakan bahasa inggeris yang ringkas saje.
10.Perlu menawar harga sekurang-kurangnya separuh harga.
4 comments:
Log gambo je..tak citer pun :-)
ni ke guangzhou ehh
Alahai malunya..nak kata sibuk org lain pun sibuk gak..Dok dang or tak sempat nak mengarang lai.Yup trip guangzhou bersama trip bisness En Shahabudin.Baru nak belajar berblog.hihihi
wahh sonoknyer jalan jalann china tuu.,ehHHee
Seronok tp perlu repeat lagi,byk kedai tak sempat cover.Duk 10 hari baru cukup.Hihihi...
Post a Comment