KEMBARA DESTINASI

SUKA MENGEMBARA & JALAN-JALAN CARI MAKAN

Wednesday 17 December 2014

Beijing Part 4 : Pearl factory - Soveniour - Tianjin - Balik KL
30.05.2013


Kenangan di depan lobi hotel. Bersama kawan rombongan dan juga keluarga Kak Tiah dan Abang Khairul. Gembira bersama kalian semua sepanjang trip ini. Kami sentiasa gelak sepanjang perjalanan. Ada-ada saje topik perbualan kami dan pakat gelak ramai-ramai.



Hari ini merupakan hari terakhir pengembaraan Beijing. Destinasi membeli belah soveniour dan ke shopping complex. Jika travel ikut ejen beginilah, shopping adalah agenda terakhir dan masa paling sedikit diperuntukkan. Banyak pergi ke tempat-tempat yang boleh agen dapat komisen sahaja. 



Sekali lagi kami lalu jalan depan Nest Stadium. Bye-bye ada rezeki datang lagi.


Kat pearl factory ini pun aku ada beli ribu riban..Semua terpedaya dengan sandiwara lakonan kononnya anak tauke dari Ipoh..Dari bacaan blogger lain, rupa2nya dah ramai pelancong Malaysia terkena dengan sandiwara dia orang tu. Tauke propa tu staf situ juga rupanya. Yang sakit hati yang mengaku anak tauke tu semuanya orang berlainan setiap kali pelancong kita ke sana.Eiiiiii gerammmmnya..


Awal-awal lagi depa kelentong..Bagi rantai dan cincin sebagai gift untuk tambat hati kami. Pandai betul lah depa ni ye..Ermmmm





Inilah rupa kononnya ANAK TAUKE! Bohonggggg weiiii...Ntah2 kuli jer ni. Mesti ramai teman2 yang baca ni ada yang terkena juga. Jadi korang berhati-hatilah kalu berkunjung di sini nanti ye. KD dah baca banyak banyak blog mengenai travel ke Beijing tapi takde pula terbaca mengenai pengalaman pelancong yang terkena dengan sandiwara mereka ni. Selepas dah pergi, barulah KD terbaca blog seorang blogger yang menceritakan dia pun kena tipu juga. Adoii takde rezeki nak selamatkan diri.


KD tak berani tanya kedai pearl kat sini samaada set barangan kemas yang KD beli itu betul2 pearl asli dan white gold ataupun hanya palsu sahaja. Huhuhu..



Selepas dah habis melabur kat kedai penipu itu, kami teruskan travel ke Tianjin. Lama juga perjalanannya.





Rupanya nak ke market ini jer. Adalah beberapa kedai yang KD masuk dan membeli kacang untuk dibuat buah tangan. Penat jauh perjalanan tapi takde apa pun bila dah sampai Tianjin. Tapi kalu naik train laju dari Beijing ke Tianjin baru berbaloi.





Dalam sejam lebih jer kami pun terus pulang. Kami terus mencari kedai untuk makan malam.


Kali ini kami makan sate dan daging bakar. Pakat pakai kopiah.Hahaha..



Dinner bbq kenangan yang sungguh rare. Hihihihi..


Tamatlah citer hasil dari pengalaman KD. Orang lain pula lain pengalamannya. Kalu ada rezeki kita bertemu lagi ye Beijing. Tapi rasanya tak lah kot, dah serik rasanya...


No comments: