KEMBARA DESTINASI

SUKA MENGEMBARA & JALAN-JALAN CARI MAKAN

Thursday 1 March 2018

WEEKEND TERAPI MINDA

Kali ini,KD memilih Hot Spring Sungkai sebagai destinasi Weekend Terapi Minda.Bulan Februari 2018 tarikh pilihan KD hilangkan stress bekerja dengan membawa keluarga bercuti,jjcm sambil menggembirakan hati anak2 syurga.
Memang aktiviti mandi sangat menyeronokkan anak-anak,walaupun cuaca agak panas terik.Kami sampai tengah hari dan terus membeli tiket masuk.Kami menaiki tram masuk ke dalam Hot Spring.Rebus telur dulu di spot merebus telur untuk mengisi perut.Telur perlu dibeli di sana saje.Kemudian KD rendam kaki kat kolam air panas sekejab tetapi anak anak dah mula tak sabar nak mandi manda.Huhuhu...
Hampir 3 jam lebih berendam,kami beransur balik.

KD memilih untuk berjalan kaki sahaja untuk keluar dari Hot Spring.Jumpa pondok sauna di pertengahan jalan.

Rumusannya,Sungkai Hot Spring sesuai untuk membawa anak-anak mandi manda dan ibu bapa pula jadikan tempat santai menghilangkan stress bekerja..Ok bai..

No comments: