KEMBARA DESTINASI

SUKA MENGEMBARA & JALAN-JALAN CARI MAKAN

Monday, 14 May 2012


Hari Terakhir Di Kota Kinabalu


Bangun pagi-pagi, terus kami merancang untuk ke pasar basah untuk membeli sotong, udang dan makanan laut yang lain yang perlu dibawa balik.

Marina Court Resort Condominium menjadi tempat penginapan kami selama 3hari 2 malam. Bagi aku sangat selesa untuk kami bertujuh ini.

Jom jenguk apa yang segar dan menarik yang boleh dibeli. Sotong segarlah juga dan kami pun ada membelinya sedikit.

Udang pun dibawa balik juga. Jangan lebih berat kilo sudahlah, nanti kena bayar lagi banyaklah.

Flight kami lewat petang. Aku dan suami pun merancang ke Pulau Manukan untuk 2 atau 3 jam sahaja. Semua yang lain tak nak ikut kami, penat..

Perlu ke jeti terlebih dahulu untuk menaiki bot ke Pulau Manukan. Sekejab saje masa yang diambil untuk ke sana.

Mr hubby sedang membeli tiket bot. Jom...Tak sabar dah nak naik bot.Hihihi...

Pemandangan dari atas bot. Bergoyang kuat juga bot kerana ombak agak besar juga.

Aku suka bersantai di pulau kerana aku suka lihat kebiruan air lautnya. Tenang sangat jiwa dan fikiran apabila dapat melihat keindahan ciptaan Allah.

Sungguh nyaman angin yang bertiup di kala ini. I likeeeee !!!ngeh ngeh ngeh..


Dah sampai kat jeti Pulau Manukan.. Jom tengok makhluk yang ada di pulau ini.

Ikan-ikan ini lebih kurang dengan ikan yang ada di pulau payar Langkawi. Suka tengok pelbagai warna dan belang-belang yang ada di badannya. Tapi AWAS jangan letak ikan di tapak tangan. Mr hubby telah digigit oleh salah seekor ikan dan menyebabkan jarinya berdenyut dan bengkak serta merta. Cemas aku, terus memanggil pengawal di sana untuk membantu. Pengawal sana telah menyembur jari mr hubby dengan ubat semburan. Tak berapa lama lepas itu, barulah denyutan semakin berkurang. Korang hati-hati ye bila bermain dengan ikan-ikan ini tau.

Pintu gerbang ke Pulau Manukan.

Banyak sangat ikan yang berwarna warni dan berbelang-belang..



Apabila dah puas mandi dan main dengan ikan, masa untuk posing pulak.

Jom aku bawa ronda sekitar Pulau Manukan...



Walaupun mentari hangat membara, aku tetap gigih bergambar untuk dibuat kenangan. Aku bukannya seorang yang suka repeat tempat yang sama untuk bercuti kecuali ada tempat shopping yang betul2 menarik seperti Bandung dan Vietnam.

Bergambar kenangan sebelum balik ke hotel. Bye Kota Kinabalu. Ada rezeki datang ke sini lagi, sampailah aku kat sini bila2 nanti.

FAMILY TRIP-KOTA KINABALU 2011

DAY 1 :
Tamparuli ada lagukan...Aku minta driver berenti jab untuk berposing.Rugi lak dah sampai tp tak bergambar.
Pada mulanya aku gayat gak nak naik jambatan gantung ni.Lama-kelamaan seronok lak.

Ni hah sign board jambatan Tamparuli.Kita akan melalui jln ini sekiranya pulang dr Kandusang.


Kat Monsopiad.Tak masuk ke dalam,cuma ambik gambar kat luar saje.Tak sempat masa dah coz nak balik ke Kota Kinabalu.
View Bandar Kota Kinabalu.dari Signal Hill Observatory Tower Kota Kinabalu...
Ummi dan ayahku berehatkan diri..Penat la kot.


Bergambar bersama ahli keluargaku 7 orang.
View dari Marina Court..


Jangan lupa membeli kerepek2..Aku suka sangat kerepek melinja yg pedas.Kuih cincin juga banyak yang aku beli.
Ikan bakar kat pasar malam Pasar Filipina.Tak beli coz tak ada selera lak.Takut yang lama ker...harga pun dalam rm10 ke atas.
Kat depan kedai2 menjual mutiara dan kraf tangan.
Sotong banyak dijual.Beli saje berapa yang nak kemudian minta dibungkus di dalam kotak.Ikan bilis dan ikan kering juga banyak dijual.
Seorang pekerja sedang membungkus sotong kering yang aku beli.Selamat dan mudah untuk dibawa naik kapal terbang.

Famili Trip : Kota Kinabalu Day 2

Hari ke dua, kami menuju ke Gunung Kinabalu dan Poring. Kesian ayahku penat kerana perjalanan ini memakan masa yang lama, hampir 2 jam lebih dari Kota Kinabalu.




Berhenti di point untuk merakam gambar berlatarbelakangkan Gunung Kota Kinabalu. Sejuk mata memandang dan suhu yang sejuk pun amat mendamaikan.



Kami sekeluarga berbelakangkan view gunung kinabalu dari kejauhan.


Syukur alhamdulillah kami sekeluarga dapat berkumpul di negeri di bawah bayu pada tahun ini.


Keluarga bahagia adikku Gee Jaa..


Mpv Exora yang kami naiki sepanjang kami berada di Kota Kinabalu. Lupa pulak aku nama drivernya.



Kami telah selamat sampai di Gunung Kinabalu. Hanya bercadang bergambar sahaja bukannya untuk mendaki hingga ke puncak. Sekadar posing2 dah ler..

Kelihatan mat-mat salleh sedang bersedia untuk mendaki. Aku hanya mampu melihat sahaja. Huhuhu

Posing gediksss aku bersama adikku.

Ummi kalu pasal posing bergambar, sporting sungguh dia.




Rindukan saiz badanku waktu ini. Ketika aku menulis entri yang dah lama bersarang ini, saiz badanku telah berubah dari M ke XL. Huahuahua..

Terkilan kerana kami semua tidak dapat ke Poring kerana ada kejadian tanah runtuh berlaku. Kereta bersusun jem. Ayahku pun tak sanggup dah duduk lama-lama di dalam kereta. Driver pun kata perlu patah balik memandangkan akan tersangkut dalam kesesakan berjam-jam jika mau ke Poring juga. Kami pun sepakat untuk berpatah balik ke bandar Kota Kinabalu saje.

Berhenti di gerai jualan untuk membeli kerepek dan buah-buahan sebagai bekalan makanan sepanjang perjalanan nanti.




Kami makan tengah hari di Intan's Restoran. Lapar weiii..

Ada chicken wing bermadu sedap kat restoren ini. Lauk pauk pun ok sedaplah juga.