KEMBARA DESTINASI

SUKA MENGEMBARA & JALAN-JALAN CARI MAKAN

Friday, 2 March 2018

DUNGUN,TERENGGANU 2017

Alhamdulillah,pada bulan Disember 2017,sekali lagi famili Penang datang berkunjung ke rumah mak ayah KD.Sambil berjalan makan angin,datang untuk memeriahkan majlis kenduri kesyukuran.

KD bawa famili ke Pantai Batu Buruk.Seronok anak-anak syurga naik kuda,main permainan dan layang-layang.


Berani hero cilik ini naik kuda.Mamanya yang masih takut naik kuda..hihihi

Anak-anak syurga seronok,kami pun tumpang gembira.

Sekitar jamuan kesyukuran..

Mama berani pegang jer sambil menemani hero cilik.

GENTING HIGHLANDS 2018

KD dah lama tak ke Genting Highlands.Kalu tak silap KD last ke Genting pada tahun 2012 kot..Sejak ada GPO,dah lama KD ajak en hubby pergi tetapi tak sampai-sampai,padahal dekat jer pun dari rumah KD.
Pada sabtu hujung minggu bulan Januari,akhirnya tertunai hajat KD nak repeat jalan jalan Genting.Yang utama KD nak cuci mata kot ada baju dan hbeg yang murah-murah.

Dulu KD pergi,belum ada lagi point bergambar ini.Jom posing bersama KD.


Sebelum masuk cuci mata,kita berposing puas-puas dulu.Ramai juga orang datang berkunjung ke GHPO ini.


Coach takde lak harga murah bawah rm1k,rata-rata harga lebih rm1k++.

Naik ke atas puncak Genting sekejab sebelum turun ke KL..Panjang umur KD repeat lagi ke sini..Ok Bai

Thursday, 1 March 2018

WEEKEND TERAPI MINDA

Kali ini,KD memilih Hot Spring Sungkai sebagai destinasi Weekend Terapi Minda.Bulan Februari 2018 tarikh pilihan KD hilangkan stress bekerja dengan membawa keluarga bercuti,jjcm sambil menggembirakan hati anak2 syurga.
Memang aktiviti mandi sangat menyeronokkan anak-anak,walaupun cuaca agak panas terik.Kami sampai tengah hari dan terus membeli tiket masuk.Kami menaiki tram masuk ke dalam Hot Spring.Rebus telur dulu di spot merebus telur untuk mengisi perut.Telur perlu dibeli di sana saje.Kemudian KD rendam kaki kat kolam air panas sekejab tetapi anak anak dah mula tak sabar nak mandi manda.Huhuhu...
Hampir 3 jam lebih berendam,kami beransur balik.

KD memilih untuk berjalan kaki sahaja untuk keluar dari Hot Spring.Jumpa pondok sauna di pertengahan jalan.

Rumusannya,Sungkai Hot Spring sesuai untuk membawa anak-anak mandi manda dan ibu bapa pula jadikan tempat santai menghilangkan stress bekerja..Ok bai..

Wednesday, 28 February 2018

 Assalamualaikum..Pembuka bicara di blog bersarang ini bagi tahun 2018.Alhamdulillah KD dipanjangkan umur dan diberi peluang lagi dapat menyambut hari kelahiran KD yang ke ... pada 02.01.2018.Terima kasih ya Allah..

 Kali ini,en hubby KD belanja makan dinner di Restoren Chef Zubir di Shah Alam.
Ada kejutan nyanyian happy birthday dari staf restoren untuk KD..So suwittt
Terima kasih my laling en hubby.

 Hujung minggu famili mami Jaa datang ke rumah KD untuk celebrate birthday KD.Thanks mami jaa bagi kek yang sgt sedap,Buskin Roobin.

 Seronok betul anak2 syurga nyanyi lagu,komfius sekejab birthday siapa pun tak tau..hahaha

 Muka inilah yang sentiasa sibuk nak tiup lilin setiap kali celebrate birthday.

Moga KD dikurniakan kesihatan yang lebih baik,dipanjangkan usia untuk terus tingkatkan amalan bekalan akhirat,dipermudahkan segala urusan KD dan sentiasa dikelilingi oleh suami,anak dan keluarga yang sentiasa menyayangi dan menyokong KD dalam apa jua urusan..Aamiin...

Hai uolls...Pertama kali KD jejak kaki di air port Dubai untuk transit selama 3 jam sebelum perjalanan diteruskan ke London..Jom layan gambar untuk dijadikan kenangan.






Wednesday, 5 October 2016

HARI RAYA AIDILFITRI 2016 - TERENGGANU




Alhamdulillah syukur kepada Allah...Pada tahun ini, dipanjangkan umur KD menyambut hari raya aidilfitri bersama keluarga tersayang. Gambar kat atas itu, kami posing di Nami Island, UITM Dungun...hahaha


Pandai Si Hero Kecik ini selpie. Kami bertiga memakai warna sedondon pada kali ini iaitu royal blue.



Bonda dan Hero di pagi syawal.. Susah betul nak ambik gambar Si Hero..Aduss


Nampaknya kami jerlah berposing kerana adik dan abang sekeluarga semuanya beraya di rumah mertua masing-masing.


KD hantar gambar ini ke peraduan aidilfitri sedondon di laman web Bank Muamalat , tapi keputusannya KD tak ada rezeki untuk menang.


Bersyukur KD masih berpeluang bersalaman, berpelukan dan bergambar bersama-sama ayah dan bonda KD.



Aksi kamera kandid hero bersama neneknya.

Hari raya ke 4, baru ada peluang berjumpa dan bergambar dengan keluarga Mami Jaa.


Raya ke 4, KD berposing sekali lagi di nami island tetapi upgrade sikit guna motor klasik..hahaha



Ini sahaja celoteh KD beraya bersama keluarga tersayang..Moga Allah panjangkan umur kami semua bertemu lagi Ramadhan Kareem dan Aidilfitri pada tahun depan.