KEMBARA DESTINASI

SUKA MENGEMBARA & JALAN-JALAN CARI MAKAN

Wednesday 17 December 2014

RIDE MERSING-JB




Aktiviti ride bersama suami kali ini adalah ke Mersing dan Johor Bharu Premium Outlet. Kami merancang untuk menziarahi keluarga di Mersing juga. Sudah bertahun-tahun KD tak ke Mersing, paling akhir ialah percutian KD bersama keluarga ke Pulau Tioman kira-kira 15 tahun yang lalu.


Berdebar-debar dan takut pun ada kerana inilah pengalaman pertama KD ride bersama suami ke Johor. Alhamdulillah semuanya di permudahkan oleh Allah sepanjang perjalanan kami berdua.


Sebelum ke kediaman sepupu KD, singgah menunaikan kewajipan sekejab. Inilah masjid Mersing yang dibina di atas bukit dengan view yang indah, di bawahnya ada pantai Mersing.





Sepupu KD membawa KD dan keluarga meronda sekitar kem tentera komando. Bergambar kenangan di hadapan pejabat Markas Gerup Gerak Khas.


Inilah kediaman sepupu KD..Kami bermalam selama 2mlm di sana.. Terima kasih kerana melayan kami dengan baik dan dijamu dengan hidangan yang lazat dan sedap semuanya.


Kami menziarahi keluarga ayah KD. Dah hampir lebih 10 tahun kami tak ke rumah mereka. Kebetulan pula mereka ingin menunaikan ibadah umrah, bolehlah kami bertemu muka sebelum mereka berangkat.

Pukul 3 ptg barulah KD dan Mr Hubby balik dan terus menuju ke JPO. Keluarga KD yang lain balik keesokan hari. Wahhh tak sabar ni KD nak shopping baju-baju yang sesuai untuk dibawa waktu travel ke Europe nanti. Hihihi..


Alhamdulillah akhirnya sampai di JPO pada pukul 5 lebih. Mr Hubby dah tak larat, jadi KD sorang-sorang jer yang meronda cari apa yang dihajati. 


Hbeg MK takde pula yang murah-murah dan yang bekenan di hati. Selamat duit KD. Hanya hbeg Coach saje yang KD sambar tapi tak sempat ambik gambar kerana ralit beratur panjang,Coach ada sales jadi ramailah yang rebut peluang shopping.




Bye-bye KD dah nak balik dan teruskan perjalanan ke Subang Jaya. Adoii penatnya. Jam 10 mlm baru bertolak balik. KD beli stokin,long john, sweater, kasut boot bonia dan sling beg coach saje. Ikut hati nak membeli lagi tapi tong motor dah tak muat. Huhuhu

Sampai ke Melaka, KD dah terlalu mengantuk dan kami membuat keputusan untuk stay tidur di hotel R&R Ayer Keroh. Nampak ngeri jer hotel tu tapi terpaksalah demi keselamatan kami. Keesokan hari barulah kami terus ride ke rumah. Pengalaman ride yang jauh tapi seronok.

2 comments:

Jari Manis said...

ride motosikal BESAR bersama suami tersyg...bESTnya..itulah salah satu impian JM tapi belum tercapai huhuh

kembara destinasi said...

KD doakan JM dpt tunaikan impian ni tak lama lagi.