KEMBARA DESTINASI

SUKA MENGEMBARA & JALAN-JALAN CARI MAKAN

Tuesday, 1 May 2012


HATYAI - SONGKHLA 2010
TRIP HATYAI SONGKLA

Kat sini tentulah nak kena cop pasport.First time masuk Hatyai walaupun dah lama plan nak ke sini.
Trip ni aku bersama suamiku,adik ipar dan seorang kawannya.Dah nampak signboard Thailand..Sepatah haram tak faham apa yang ditulis.Terus menuju ke hotel yang telah dibooking awal2 lai.Redah dan percayakan Garmin saje kami ni.

Kedai kasut ni terletak di sebelah hotel aku.Sempat gak beli sepasang kasut berwarna merah kilat2 lai.

Berhenti cari tandas sekejab.Ni kat stesyen minyak tp tak isi minyak coz dah isi penuh2 kat kedah td.
Dah dekat nak sampai hotel.Berpusing2 gak nak cari hotel.
Hotel ni sebelah hotel yang aku menginap.Ketika aku menulis entry ini,hotel ni telah dibom dan agak ramai juga yang meninggal.Syukur ketika aku ke sana tidak ada perkara yang tak diingini berlaku.

Samila Beach di Songkhla.

Kami berempat saje yang pegi.Bagi aku,datang ke sini menarik gak.Tapi tak sempat naik feri coz dah nak balik ke Penang lak.
Apa simbolik tikus dan kucing ni ngan sejarah Samila Beach ni aku pun tak tau.Biasanya kucing ngan tikus menggambarkan permusuhan dan perkelahian.
Bazar Hatyai menjual banyak baju dan kain2.Tapi aku beli t shirt sehelai jer kot coz tak berapa berminat.T shirt banyak aku beli kat pasar dpn hotel je.


Mermaid di Samila Beach.Kalu dah dtg sini tak sah tak bergambar ngan si ikan duyung ini.Siap peluk2 lagi.Lepas ambik gambar baru terasa geli coz dah tentu ramai mana manusia yg dah pegang dan peluk.Eiiii

Kalu rajin silalah baca sejarah Songkhla ini.
Sakan bergambar,laparlah pulak.So carilah kedai2 muslim utk mengisi perut kami.akhirnya pilih kedai Fatihah.Kami order tom yam,sup dan nasi putih.Sedap la jugak.
Di hadapan Universiti Srivijaya.Kalu ada yg berminat boleh dtg rejister sini.
Nampak banyak perahu tu menunjukkan kat sini ialah Floating Market.Dari hotel kami menaiki tut-tut untuk datang ke sini.Tengok dari jauh nampak ramai penjual makanan dari atas perahu.Perahu tu tak bergerakpun.
Apa-apa pun mesti berposing dulu.Tengok dari atas,ramainya orang sedang membeli.


Menariknya makanan yang dijual di sini ialah ada berbagai bentuk,saiz dan warna.Bagi aku depa ni seorang yang kreatif.Byk kuih-muih yang aku tak pernah jumpa ada dijual di sini.
Ada mee hoon,ada laksa,kuih apam,nasi goreng,air buah,cendol dan banyak lai la.
Sotong bakar yang paling sedap!!Di dalamnya pula ada pulut.Sampai le ni aku masih teringat kesedapannya.Dah la murah RM2.00 saje.Tarikan utama untuk aku datang lagi ke sini pada masa akan datang.

Jagung rebus ni aku tak beli coz tak berapa suka sangat makan jagung.
Selain makanan,baju dan cenderahati juga ada dijual.Aku tak teringin untuk membeli apa2 baju kat sini.Hanya nak makan sajer.
Tengok atap macam ni teringat kat kg masa aku kecik2 dulu.
Comel2 sungguh kuih ini.Berbagai bentuk dan warna-warni.Tak berani nak makan takut non muslim.Yang menjualnya pulak cantik berkebaya.
Pada mulanya aku sampai kat sini,rasa was2 gak nak membeli makanan.Tapi bila nampak ramai yang pakai tudung dan ada signboard halal,so aku decide untuk membeli dan memakannya tanpa was-was.Sekiranya depa tu menipu,hanya Tuhan yang akan membalasnya nanti.
Kuih ni berwarna-warni.Namanya aku tak tau.Yang pasti diperbuat daripada tepung pulut dan ada inti kacang di dalamnya.Semua sedap-sedap dan murah-murah sunggoh makanan dan kuih di sini.
Minuman RM2.00 boleh dibeli di dalam bekas yang cantik ini.Kreatifkan mereka ni.Sampai lo ni aku masih menyimpan bekas minuman ini wat sebagai hiasan.
Mr hubby aku makan mee hoon sup di dalam mangkuk diperbuat dari tanah liat.Bekas inipun aku wat balik ke rumah.

Cara nak membelinya begini.Penjual akan menghulurkan bekas cam raga kat kita guna kayu yang panjang,kemudian kita letakkan duit ke dalamnya.Lepas tu makanan akan diletakkan ke dalam bekas ni gak.Yang kelakarnya,ketika pertama kali aku membeli,aku terambil makanan ngan bekas2 sekali.Apalagi penjual itupun memanggil2 aku agar pulangkan kembali bekas dia.Aku pun kata sorry...Depa tau gak berbahasa Inggeris sikit-sikit.
Sotong dan udang yang paling meletup dan sedap bangat!!
Agaknya yang ditulis di sighboard tu ialah "tandas di sebelah kiri anda".

Di laluan untuk ke Floating Market terdapat beberapa deret kedai non muslim.Ada yang menjual katak goreng,ulat goreng dan binatang yg geli2 belaka.tak sanggup nak letak pic kat sini.
Inilah rupa tut-tut.Harga dlm RM3 sorang kot.Dah tak berapa ingat.
Pasar malam berhampiran dengan hotel.Memang patut aku menginap di sini coz dekat ngan pasar malam dan deretan kedai.

Pulut mangga yang paling lembut,berlemak dan manis berkrim yang tak pernah aku makan.Di sini memang ada kedai kelantan yang menjualnya tapi tak sama dengan yang ini.PALING SEDAP!!Kalu aku datang lai ke Hatyai sebab pulut mangga inilah.

InsyaAllah aku akan datang lagi ke sini tetapi terus akan ke Krabi pula.Habislah entry aku mengenai trip Hatyai-Songkhla kali pertama ini.



TRIP MEDAN-LAKE TOBA-BERASTAGI 2009

Flight ke Medan..Family trip utk tahun ni selama 3H2M.Bermula dari Medan-Lake Toba-Pulau Samosir-Berastagi-Medan.Aku bersama suami dan keluarga abangku.
Datang jalan2 ke Indonesia mesti suka pasal makan.Korang tau tak sebenarnya kami bukan makan bersila tetapi kaki berjungtai kat bawah meja.Bawah meja tu sebenarnya berlubang.Ok la idea ni,jadi tak de la masalah lenguh dan kebas2 kaki...
Uhhh...Teringat lai betapa nikmatnya makan di sini.
Jom tenangkan fikiran dengan melihat gambar2 pemandangan di sepanjang jalan di Medan-Lake Toba.

Muka penat...Jauh gak perjalanan dari Medan ke Lake Toba.Mau 3 jam gak.Jalan dah la tak elok sgt.Sakit badan aku sepanjang naik bas.
Pusing Tasik Toba ngan bot.Life jacket punyalah buruk.Tapi tak pe la asalkan ada ciri2 keselamatan.Tasik ni betul2 menghadap hotel yang aku menginap.Terjun dari tingkap terus masuk dalam tasik.hehehe....
View dari bot.Lake Toba ni sesiapa yang suka akan pemandangan yang tenang,sejuk ngan pokok2 bolehla dtg ke sini.
Nama hotel selama menginap di Lake Toba.Ok gak hotel ni tak de la buruk.aku bagi 3 star.

Waktu pagi,kami ronda2 cari breakfast.Masih sejuk sebab tu aku pakai jaket lai.
View dari atas hotel..
Trip ke Pulau Samosir.Tempat perkampungan kaum Batak.Pada mulanya takut gak dengar Batak!Ye la aku pernah citer kaum ni suka makan daging orang..eiii.
Ada free show kat atas bot ni.Perjalanan dalam 1 jam kot ke Pulau Samosir.Agak2 aku laa.Lagu yang sedang dinyanyikan oleh adik2 ni ialah Cari Jodoh dari Wali Band.Ketika ini lagu tu sedang terhangat di Malaysia.Merdu suara adik2 ni..

Amboi cantik spek anak sedaraku tu.Angin menghembus2 ketika ini.Nyamannya....
Dah sampai...Tertanya-tanya apa la yang spesial kat sini.
Suamiku jadi mangsa model pancung kepala.Tak takut lak dia.Dah le batu tu memang tempat Batak pancung kepala orang.Kalu aku la mau tak boleh tidur mlm.Asyik mengigau saje.
Begini caranya pancung.Macam tu la kata2 yg dipetik dari Tour Guide kami.Dia ketawa sakan,suami aku gak berpeluh..
Tengok2 baju yang dijual di situ.Tapi tak belipun coz tak berapa berkenan.Aku beli gitar yang diperbuat daripada kayu saje.Lepas tu baru teringat takut2 gak dia baca apa2 mantera kat kayu tu.Kes naya aku nanti.
Tgh dengar penerangan tentang cara pengebumian kaum Batak/Tomok.Tomok tu cam nama penyanyika. Agaknya dia pun asal dari kaum ni agaknya.Perasaan tak kami pakai kain selendang atas bahu.Itu adalah adat mereka kalu kita nak masuk kws perkuburan.Ni semua KUBUR!Beraninya aku!!!
Ketika nak balik ke Lake Toba lak.Ok la buat pengalaman tengok cara kaum Batak hidup di Pulau Samosir.
Layan gambar2 pemandangan yang cantik bangat.Kalu aku guna kamera canggih lai cantik mutu gambar aku kan.Nanti nak beli gak kamera canggih niii










Singgah minum air teh halia dan goreng pisang.Dah lupa org sana panggil apa utuk air teh halia.Bandrek kot...Kedai ni kat tepi jalan nak ke Berastagi.Perjalanan 3 jam rasanya dengan jln bengkang-bengkok.Kalu kat negara kita kira macam jalan ke Cameron Highland la.

Sejuk dan nyaman sekali udara di tempat ini.Lagi sejuk dari Cameron Highland.Tu yang ambik gambo rapat semacam jer ngan cik abang aku.


Cewah....Cewah..