KEMBARA DESTINASI

SUKA MENGEMBARA & JALAN-JALAN CARI MAKAN

Tuesday 1 May 2012


HATYAI - SONGKHLA 2010
TRIP HATYAI SONGKLA

Kat sini tentulah nak kena cop pasport.First time masuk Hatyai walaupun dah lama plan nak ke sini.
Trip ni aku bersama suamiku,adik ipar dan seorang kawannya.Dah nampak signboard Thailand..Sepatah haram tak faham apa yang ditulis.Terus menuju ke hotel yang telah dibooking awal2 lai.Redah dan percayakan Garmin saje kami ni.

Kedai kasut ni terletak di sebelah hotel aku.Sempat gak beli sepasang kasut berwarna merah kilat2 lai.

Berhenti cari tandas sekejab.Ni kat stesyen minyak tp tak isi minyak coz dah isi penuh2 kat kedah td.
Dah dekat nak sampai hotel.Berpusing2 gak nak cari hotel.
Hotel ni sebelah hotel yang aku menginap.Ketika aku menulis entry ini,hotel ni telah dibom dan agak ramai juga yang meninggal.Syukur ketika aku ke sana tidak ada perkara yang tak diingini berlaku.

Samila Beach di Songkhla.

Kami berempat saje yang pegi.Bagi aku,datang ke sini menarik gak.Tapi tak sempat naik feri coz dah nak balik ke Penang lak.
Apa simbolik tikus dan kucing ni ngan sejarah Samila Beach ni aku pun tak tau.Biasanya kucing ngan tikus menggambarkan permusuhan dan perkelahian.
Bazar Hatyai menjual banyak baju dan kain2.Tapi aku beli t shirt sehelai jer kot coz tak berapa berminat.T shirt banyak aku beli kat pasar dpn hotel je.


Mermaid di Samila Beach.Kalu dah dtg sini tak sah tak bergambar ngan si ikan duyung ini.Siap peluk2 lagi.Lepas ambik gambar baru terasa geli coz dah tentu ramai mana manusia yg dah pegang dan peluk.Eiiii

Kalu rajin silalah baca sejarah Songkhla ini.
Sakan bergambar,laparlah pulak.So carilah kedai2 muslim utk mengisi perut kami.akhirnya pilih kedai Fatihah.Kami order tom yam,sup dan nasi putih.Sedap la jugak.
Di hadapan Universiti Srivijaya.Kalu ada yg berminat boleh dtg rejister sini.
Nampak banyak perahu tu menunjukkan kat sini ialah Floating Market.Dari hotel kami menaiki tut-tut untuk datang ke sini.Tengok dari jauh nampak ramai penjual makanan dari atas perahu.Perahu tu tak bergerakpun.
Apa-apa pun mesti berposing dulu.Tengok dari atas,ramainya orang sedang membeli.


Menariknya makanan yang dijual di sini ialah ada berbagai bentuk,saiz dan warna.Bagi aku depa ni seorang yang kreatif.Byk kuih-muih yang aku tak pernah jumpa ada dijual di sini.
Ada mee hoon,ada laksa,kuih apam,nasi goreng,air buah,cendol dan banyak lai la.
Sotong bakar yang paling sedap!!Di dalamnya pula ada pulut.Sampai le ni aku masih teringat kesedapannya.Dah la murah RM2.00 saje.Tarikan utama untuk aku datang lagi ke sini pada masa akan datang.

Jagung rebus ni aku tak beli coz tak berapa suka sangat makan jagung.
Selain makanan,baju dan cenderahati juga ada dijual.Aku tak teringin untuk membeli apa2 baju kat sini.Hanya nak makan sajer.
Tengok atap macam ni teringat kat kg masa aku kecik2 dulu.
Comel2 sungguh kuih ini.Berbagai bentuk dan warna-warni.Tak berani nak makan takut non muslim.Yang menjualnya pulak cantik berkebaya.
Pada mulanya aku sampai kat sini,rasa was2 gak nak membeli makanan.Tapi bila nampak ramai yang pakai tudung dan ada signboard halal,so aku decide untuk membeli dan memakannya tanpa was-was.Sekiranya depa tu menipu,hanya Tuhan yang akan membalasnya nanti.
Kuih ni berwarna-warni.Namanya aku tak tau.Yang pasti diperbuat daripada tepung pulut dan ada inti kacang di dalamnya.Semua sedap-sedap dan murah-murah sunggoh makanan dan kuih di sini.
Minuman RM2.00 boleh dibeli di dalam bekas yang cantik ini.Kreatifkan mereka ni.Sampai lo ni aku masih menyimpan bekas minuman ini wat sebagai hiasan.
Mr hubby aku makan mee hoon sup di dalam mangkuk diperbuat dari tanah liat.Bekas inipun aku wat balik ke rumah.

Cara nak membelinya begini.Penjual akan menghulurkan bekas cam raga kat kita guna kayu yang panjang,kemudian kita letakkan duit ke dalamnya.Lepas tu makanan akan diletakkan ke dalam bekas ni gak.Yang kelakarnya,ketika pertama kali aku membeli,aku terambil makanan ngan bekas2 sekali.Apalagi penjual itupun memanggil2 aku agar pulangkan kembali bekas dia.Aku pun kata sorry...Depa tau gak berbahasa Inggeris sikit-sikit.
Sotong dan udang yang paling meletup dan sedap bangat!!
Agaknya yang ditulis di sighboard tu ialah "tandas di sebelah kiri anda".

Di laluan untuk ke Floating Market terdapat beberapa deret kedai non muslim.Ada yang menjual katak goreng,ulat goreng dan binatang yg geli2 belaka.tak sanggup nak letak pic kat sini.
Inilah rupa tut-tut.Harga dlm RM3 sorang kot.Dah tak berapa ingat.
Pasar malam berhampiran dengan hotel.Memang patut aku menginap di sini coz dekat ngan pasar malam dan deretan kedai.

Pulut mangga yang paling lembut,berlemak dan manis berkrim yang tak pernah aku makan.Di sini memang ada kedai kelantan yang menjualnya tapi tak sama dengan yang ini.PALING SEDAP!!Kalu aku datang lai ke Hatyai sebab pulut mangga inilah.

InsyaAllah aku akan datang lagi ke sini tetapi terus akan ke Krabi pula.Habislah entry aku mengenai trip Hatyai-Songkhla kali pertama ini.


No comments: