KEMBARA DESTINASI

SUKA MENGEMBARA & JALAN-JALAN CARI MAKAN

Monday, 11 November 2013


Cameron Highlands - Hadiah birthday
Aku bercuti di Penang selama seminggu. Tuptap adikku menelefon minta aku dan mr hubby ke Cameron Highlands sebagai meraikan birthdayku pada tahun 2012 ini. Aku pun sepakat dengan mr hubby singgah ke Cameron ketika perjalanan pulang ke ibu kota.

Kami booking apartment dua bilik. Cukuplah untuk kami berlima. Qisya pun tengah demam, kesian si budak kecik ni.
Jom Melawat Taman Rama-Rama. Sebenarnya jarang aku ke sini walaupun kerap ke Cameron. Bawa si Qisya tengok sang rama-rama, tapi dia pulak yang menjerit-jerit ketakutan bila tengok rama-rama terbang.

Mari kita tengok rama-rama ye sahabatku..







Pilih jangan tak pilih. Aku kurang suka bunga kaktus. Beli sikit-sikit buat syarat datang Cameron jer.

Jom ikut aku ke Rose Valley pulak..

Suka sangat tengok dan hidu harumnya bau bunga-bunga mawar dan sebagainya. Tenang sangat jiwa rasanya.



















Terima kasih adikku belanja kakak mu sorang ni jalan-jalan ke Cameron. Panjang umur datang lagi kat sini. sejuk dan nyaman, paling aku suka minum aiskrim strawberi. Pergghhh...


Family Day - Melaka & Port Dickson

Hai Qisya !! Seronok budak ni boleh jalan-jalan ke Melaka kali ini. Aku telah merancang famili trip kali ini ialah ke Melaka. Kami menyewa homestay yang terletak tak berapa jauh sangat dari bandar Melaka. 

Selesa sangat rumah dua tingkat homestay ini. Terdapat 4 bilik, satu bilik kat bawah dan 3 bilik di tingkat atas. Setiap bilik ada bilik air, jadi selesa sangat dan tak perlu menunggu giliran masuk tandas.

Kami berehat bergambar beramai-ramai sebelum keluar jalan-jalan di bandar.

Keluargaku yang sikit jer. Moga Allah tambahkan lagi bilangan anggota keluarga kami. Aamiin..

Jom ronda-ronda bandar Melaka..



Dah penat ronda-ronda, kita minum cendol. Ada perisa durian dan juga cendol pulut. Sedapnya masuk dalam tekak ku, cuaca panas begini.


Kami makan tengah hari di restoren. Biasa jer makan kat sini. Aku merancang nak makan asam pedas yang terkenal di Melaka. Hari ini dah tak sempat, jadi esok pulak lah.

Kerap datang ke Melaka tetapi tidak pernah aku masuk ke Muzium Negeri. Jadi kali ini, aku teringin masuk. Seronok juga ambik gambar dalam muzium tersebut.





Nak jatuh betul-betul or posing jer ni! Hahaha


Ayahku memang sporting kalu ajak bergambar.



Wah best sangat2 bila naik cruise sambil mendengar lagu tradisional bersama ahli keluarga tersayang.


Tuesday, 29 January 2013

BUKIT GAMBANG PAHANG 2012

TRIP ROMBONGAN:

Trip ke Gambang Resort Pahang ini, aku anjurkan rombongan murid-murid sekolah pula. Sebuah bas yang terdiri dari 4 guru dan 35 murid. Trip selama 2 hari 1 malam pun dah mencukupi kerana budak-budak ini hanya nak fokus pada games kat Gambang Resort jer.

Trip kami singgah di Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah sebelum kami ke Gambang.Murid-murid diberi peluang untuk menonton show gajah diberi makan tetapi mereka dilarang untuk menunggang gajah ekoran isu terkini iaitu gajah sedang mengamuk. Aku sentiasa berdoa moga kami semua selamat dari amukan gajah.


Bergambar kenangan dengan guru-guru trip. Inilah pertama trip ke Kuala Gandah. Oklah dapat juga tambah pengalaman lagi.


Trip bebudak sekolah..hehehehe...Dalam debaran gak takut kalu gajah-gajah itu mengamuk, habislah kami.



Korang tengok muka aku yang paling penakut pegang ular sawa. Inipun setelah dipaksa oleh kawan-kawan cikgu ini. Sebenarnya aku bukan takut cuma geli rasa sejuk bebenor badan si ular sawa ini.


Ambil peluang bergambar bersama haiwan-haiwan peliharaan di Mini Zoo yang berhampiran dengan tempat gajah tadi.


Kami menginap di homestay berhampiran dengan taman tema gambang resort. Selesa juga kerana ada 3 bilik dan dua bilik air. Maaf, aku lupa nak ambik gambar homestay. Korang berminat nak no phone owner homestay tu, aku boleh bagi dengan gembiranya.

Bebudak tu dah ready nak masuk ke taman tema..Enjoy time!! Tiket aku dah menempahnya awal-awal lagi. Muka hepi jer bebudak ini.


Map Taman Tema Gambang..Korang tengok-tengoklah ye..Best juga kalu korang bawa anak-anak ke sama sekali sekala.


Permainan ombak rindu!hahaha..tempat mandi ini omabknya kuat sangat tolak badan kita sehinggakan badan aku lenguh-lenguh. Aku mandi kejab jer kerana tak suka mandi air klorin,nanti habis gatal-gatal badanku.


Korang berani boleh cuba naik ini. Aku hanya mampu tengok jer kerana sesunguhnya aku penakut orangnya. Teringin tapi masih trauma kejadian hampir lemas aku semasa aku masih kecil dulu.


Pilihlah yang mana korang minat dan suka..



Wei !!kecut perut tengok depa slide turun..Aku syok tengok gelagat cikgu dan bebudak tu main jer. Aku hanya merakam gambar depa jer. Aku bukan jenis orang yang suka permainan, sebab itulah pilihan destinasi aku yang terakhir dalam senarai ialah ke Hong Kong dan juga Gold Coast.