KEMBARA DESTINASI

SUKA MENGEMBARA & JALAN-JALAN CARI MAKAN

Monday 11 November 2013

MELAKA - KENDURI & SANTAI

Boleh dikatakan setiap tahun aku ke Melaka. Mungkin dekat sangat kot dari KL. Kali ini pegi bersama-sama famili Penang untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara kakak iparku. 

Awat Kak Milah tak bermaya sangat muka tu? Hahaha..Penat makan banyak ke?

Lepas dah selesai majlis, kami terus check in Banglo D Paro A Famosa Resort. Aku memang suka menyewa di banglo ini kerana harganya yang rendah berbanding menempah direct dengan pihak A Famosa Resort. Aku kenal dengan owner banglo ini sendiri, jadi dapatlah dia bagi special rate. Kalu korang berminat nak booking banglo ini juga, bolehlah email or tinggalkan komen korang ye..

Hahhaha!!No rumah 930. Terdapat 4 bilik dan memang happening kalu pergi beramai-ramai. Bawalah kelengkapan memasak, baru tak lapar. Makan maggi pun tersangat lazat sambil mandi di kolam renang.

Budak-budak lelaki semua ambil tempat tidur kat luar ruang tamu. Hanya yang ada famili jer duk dalam bilik. Ruang tamu pun luas, bawa bantal dan toto, pakat tidurlah ramai-ramai.

Aktiviti berposing bersama pokok pisang dan buah pisang. Ahaks!!

Amboi!!Posing tak hingat dunia..Aku bersama ipar-iparku..Angkat kaki cepat!!


Hepi sokmo tagline kami ye..

Tiga beradik posing di depan banglo. Gambar mandi di kola renang tak dapat di upload kerana memandangkan kesemuanya tidak menutup aurat selengkapnya.Hahaha..

No comments: