KEMBARA DESTINASI

SUKA MENGEMBARA & JALAN-JALAN CARI MAKAN

Monday, 14 May 2012

FAMILI TRIP KE KOTA KINABALU 2011


Pertama kali kami me,bawa ayah serta ummi berjalan-jalan jauh sedikit, perlu naik kapal terbang lagi. Sebenarnya memang kami sentiasa nak bawa mereka makan angin ke Indon or Thai tapi mereka berdua selalu tak berminat nak join. Penat kata mereka berjalan jauh-jauh..Ayah sedang menunggu flight penerbangan ke Kota Kinabalu dengan penuh senyuman.

Ummi serta adik dan Si Qisya budak motet!!


Posing dulu sambil menunggu..



Mutu gambar yang tak cantik kerana guna kamera murah.



Dah sampai di lapangan terbang Kota Kinabalu. Kecil sangat airport..

Sampai terus kami minta driver yang adikku booking membawa kami semua makan. Dah lapar nii..

Menu lauk kami pada malam pertama di Kota Kinabalu. Boleh tahan juga rasanya.

Sotong makanan laut kegemaranku. Tunggu update hari seterusnya kami di Kota Kinabalu bersama keluarga tersayang. Hanya keluarga abangku saje yang tak dapat join trip ini. Huhuhuhu

Monday, 7 May 2012

CAMERON HIGHLANDS 2010

FAMILY GATHERING-
CAMERON HIGHLANDS 2010

Trip Cameron Highlands kali ini merupakan trip Hari Keluarga. Telefon ke sana ke sini, booking hotel, tetapkan tarikh trip, akhirnya berjaya juga aku mengumpul 13 orang ahli keluarga dan saudara maraku. Aku bersama Mr Hubby, adikku yang sarat mengandung anak sulung bersama suaminya, keluarga mak saudaraku bersama sepupu-sepupuku. Seronok sangat boleh berkumpul macam ni...


Belum sampai lagi, singgah jab di Air Terjun Lata Iskandar. Berehat setengah jam sambil minum air dan makan pisang goreng.hihihi...


Berenti beli teh kat Bharat Tea. Minum teh secawan bagi sejukkan tekak. Aku suka sangat datang berehat dan bersantai di sini. Sejuk nyaman udara dan ditambahi minum aiskrim...Perghhhhh



Foto kenangan bersama keluarga. Susah nak kumpul sebegini ramai kerana biasanya masing-masing sibuk dengan urusan. Keluargaku kecik saje, beberapa kerat saje.... 



Kat kedai kaktus. Aku membeli kaktus dalam pasu kecik2 tu jer. Bolehlah dari balik tangan kosong.



Kamera biasa bukan kamera digital, mutu kualiti gambar tak cantik. Emakku sorang jer yang join trip ini, ayahku tak ikut kerana dia ada kat kampung. Ayahku bukan orang yang suka jalan-jalan makan angin.



Sebelum balik, ambik foto kenangan beramai-ramai dulu...senyum semua....


Kenapa senget gambar ini??hahahaha...anggaplah style jer.


Singgah lagi minum teh di Bharat.. Lain kali aku cuba aturkan aktiviti hari keluarga cmni tetapi di lain tempat dan destinasi.

FAMILY TRIP 2008 - MELAKA

Kali ini keluarga Penang ke Melaka sebagai acara hari keluarga kami. Aku dan mr hubby atas menara Taming Sari Melaka.


Wow!!Bas London ke tu?Berangan kat London jab ye..


Kami menginap di banglo A Famosa Resort. Apalagi, tanpa buang masa terjun ke kolam renang yang ada disediakan di banglo ini. Terjunnnn!!!!

Bergambar kenangan dulu sebelum balik.SENYUM !!!!!



SINGAPORE TRIP 2010



TRIP DAYTRIP
Tengok bas ni tentu trip aku kali ni ke luar negara.Tetapi bukanlah London,tetapi hanya jiran negara kita iaitu Singapura.Namun,bas ini tak sempat aku menaikinya.Rasa terkilan la pulak.Padahal percuma sahaja sekiranya ingin meronda2 sekitar bandar dan tempat tumpuan pelancong.
Trip ke Singapore kali pertama ini hanya day trip.Sebenarnya aku bersama keluarga mr hubbyku hanya plan ke Johor Bharu sahaja.Tetapi alang2 dah sampai ke sini dan pasport pun ada,apalagi terus saje kami plan day trip ke Singapore.Kami berempat je yang pergi.Aku,Mr hubby,kakak ipar dan adik iparku.Sebelum itu,ada ada gak servey melalui blog tempat2 menarik yang patut dilawati ketika di Singapore.Sampai saje di perhentian teksi,kami bersarapan terlebih dahulu.Risau gak takut tak tau nak cari kedai muslim di sana.Selepas perut dah kenyang,kami menyewa sebuah teksi.Memang kami redah sunggoh.Kami meminta menghentikan kami di stesen MRT iaitu keretaapi di sana.Lebih mudah bergerak menggunakan MRT untuk ke destinasi yang menarik di Singapore.Destinasi pertamaku ialah Merlion Park.Aku dah lama berangan nak bergambar dengan patung singa...

Pertama kali nak membaca jadual MRT memeningkan kepala kami gak.Dengan bantuan seorang warganegaranya,alhamdulillah kami dah mula faham bagaimana nak mencari stesyen destinasi.Penat juga kaki ketika di stesyen MRT kerana kebanyakannya bertangga yang banyak.

Sebaik sahaja sampai ke stesyen yang ingin dituju,kami perlu berjalan kaki sedikit untuk ke Merlion Park.
Posing sekejab semasa dalam perjalanan ke Merlion Park.Aku suka tengok negaranya,sangat bersih negaranya.Sekiranya kita membuang sampah merata-rata nampaknya kena bayar samanlah.Kan bagus,kalu kat negara kita pun wat undang2 begini.Pasti bersih dan sifar sampah.

Tengah belajar camne nak cari stesyen yang nak dituju.

Inilah map MRT dan LRT.LRT untuk ke Pulau Sentosa.Kami plan ke Pulau Sentosa pada waktu tengah hari nanti.

Seingat aku,ini ialah Raffles.Sebaik kuar dari MRT,terus nampak bangunan yang tersegam indah.Wow!!Aku tak sempat masuk ke dalam shopping complex yang ada di situ,tetapi hanya meronda di luar sahaja.Kami terpaksa cepat kerana hendak menuju ke Pulau sentosa pula.Sempat juga aku membeli 2 botol perfume Estee Lauder.

Sambil jalan2,sambil bergambar.


Sungai yang sangat jernih dan bersih.

Kepala singa ni yang kecik.Aku mulanya ingatkan ada yang ini saje rupanya ada lai yang lebih besar.Tak sah kalu dtg ke sini tak bergambar ngan kepala singa.hua...hua..

Wah cantiknya hotel!!kat atas tu ada swimming pool.nampak gak dari jauh ada org mandi kat atas sana.Next time dtg,aku nak menginap kat sinilah.horey!!


Layan gambar kami yang pelbagai gaya kat dpn kepala singa yang besar dan kuar air dari mulutnya.Inilah Merlion Park.

Ish cantikkan!!Dalam 2 jam aku berada di sini,kami pun ke stesyen MRT untuk menuju ke Pulau Sentosa.Kami perlu mengambil LRT untuk ke sana.Kalu korang nak tau lebih lanjut berapa bayarannya,boleh serve internet ye coz dah lupa.Target nak masuk la juga ke Universal Studio.Yelah rugi bila dah mai sini,kalu tak masuk.Memandangkan masa suntuk coz kami hanya day trip tapi aku nak gak masuk.
Nampak tak signboard ke Universal Studio.Teruja jer aku nak g.Rupa2nya tiket dah hbis dijual di kaunter.Alahai frustnya!Kalu plan awal boleh beli melalui online lebih murah dan available.Nak kata apa lagi,hanya boleh berposing di luar USS sahaja ler nampaknya.Kamera pulak dah nak hbis bateri.Begitu juga ngan handphone kami banyak dah hbis bateri.Risau aku takut tak sempat nak snap gambar byk2 kat sini.

Nasib baik la sempat lai berposing di glob USS ini.Kalu tidak kempunan laa....Aku beli fridge magnet yang agak mahal harganya dan sedikit coklat.


Wednesday, 2 May 2012


DAY 4 -LAST DAY TRIP
LAST DAY-HO CHI MINH

Depan Ben Tanh Market.Giler shopping!!!

Last shopping...habiskan duit2 yg ada.That girl sedang memproses kopi yg berbiji menjadi serbuk.Banyak gak aku beli sebagai ole-ole kepada sedara dan kwn2.Pakaian depa ni seksi2 dan ketat2.Sesuai la ngan body depa yg slim2 gitu.
Tengok kedai ni,teringat aku pengalaman pahit.Aku dan suami kena ketuk harga kaw-kaw punya.Aku beli kopi kat kdai ni RM18 untuk sebungkus.Tertarik dgn gred A dan kopi berkualiti dan pekedai kata hanya kedai dia saje yg jual kopi gred ni.Aku pun beli la sebungkus.Nasib baik sebungkus...Rupa2nya PENIPU!!Kat kedai lain aku boleh dapat 4 bungkus dengan harga sebanyak itu.Gred yg sama dan packing pun sama.Aku terus kembali ke kedai ni minta tambah lai 2 bungkus kopi,depa hanya gelak dan ketawa saje.Aku dengan geram terus snap gambar kedai dia dan siap kata nak publish kat internet,biar semua org tahu kedai ni cekik darah..Ehhh!!Geramnya.

Restoran halal yg hampir dengan hotel aku dan Ben Tanh Market.Aku order Fer soup,sebutannya bunyi cam itulah dan nasi putih.Harga boleh tahan mahal gak.Sup yg sedap dan unik.

Tamatlah entry aku tentang trip ke Vietnam selama 4H3M.



Kesimpulannya>>>>>>>>
1.Syurga membeli belah baju kurung moden,blouse,kainchiffon,kain telekung sembahyang,selipar yg bermanik2,beg2 pakaian dan aksesori wanita.Pendek kata,utk wanita yang suka shopping sgt sesuai datang ke sini.

2. Peniaga pakaian mesti suka datang memborong kat sini.Kalu jual kat Malaysia mesti laku kerana baju2 dan kain2 sangat cantik dan siap ada manik2 lai.

3.Membeli belah di Night Market lebih murah berbanding butik dan Ben Tanh Market.
4.Baju yg dah siap kurang banyak di Ben Tanh tetapi perlu mencari butik2 pakaian yg ada di sekitar  bandar.
5.Rakyat Vietnam sangat kuat bekerja walaupun masih kecil lai.
6.Perlu pandai tawar-menawar ketika membeli,kalu tidak terkena GETAH la.
7.Pekedai2 sana semuanya jenis pemarah dan siap halau kita kalu kita dah tawar harga tetapi tak jd membelinya.Sabo jer la...
8.Carilah hotel yg berdekatan ngan Ben Tanh,senang g shopping dan ke kedai makanan muslim.
9.Serabut sunggoh tengok motosikal2 yang berlambak tuu.
10.Melintas jalan dengan berani,jgn takut2 dan tak perlu tunggu habis motorsikal.
11.Naiklah teksi Vanasun dan bukan teksi lain.
12.Tak usahlah pegi China Town.Tak de apapun sgt.
13.Susah nak cari makanan halal waktu day trip.Order saje dr kedai Basiroh ye.
14. Restoran agak class tapi ada tikus....
15.Jalan kaki lai senang dalam bandar.
16.Hotel sempit tetapi bersih.
17.Tandas yang bersih.
18.Harga makanan halal mahal.
19.Ramai sangat org kita g jln2 kat sana.
20.Trip ke Cai Be dan sungai Mekong tak best sgt..Kalu tak g pun tak menyesal.
21.Trip ke cu Chi Tunnel dan Muzium perang sangat bermanfaat.Bagi kita pengetahuan dan pengalaman bermakna.Harap2 sesiapa yg nak ke Vietnam boleh dijadikan panduan dan info.


DAY 3 - VIETNAM-CAI BE

Hari ni aku ambik day trip ke Cai Be.Follow agent yang sama ke Cu Chi Tunnel.Singgah berenti rehat kejab,nak ke tandas pun boleh.Tandas kat tepi highway ni semua duduk mencangkung tetapi amat bersih.Pic ni nampak bebenor aku kat vietnam.

Dah sampai ke jeti utk ke Cai Be.Get ready utk menaiki bot dlm masa 2 jam.



Cuba tengok byk bot nelayan.Mereka ni pendapatannya menangkap ikan la kot.Mereka tdur di dalam bot dan sekali tu aku ternampak seorang budak sedang  'melepaskan hajat' terus direct ke dlm sungai.Live sunggoh!!
Rumah2 di tepi sungai...

Bot aku naik lai besar dr bot ni...
Berenti seketika di kawasan apa ntah namanya.Kami dihidangkan air teh halia.
Cina ni rupanya org Malaysia gak.Peramah orangnya.Dia sedang cuba buat makanan depa la.Lupa lai apa namanya.Ish!!banyak sunggoh lupa.
Rupa sebenar kuih tadi..Ni proses pengeringan lak.Depa bagi try mkn tapi tak beraniii la.
Jackie adalah tour guide aku.Dia perasaan mukanya mcm Jackie Chan.Tapi bila tengok betul2,ada gak irasnya.
Berehat jab ye..Kalu nak minum teh pun boleh.
Aku tak beli apapun produk yg dijual di sini.Bagi aku,tempat ni sgt kotor dan byk anjing berkeliaran.Lagipun,perasaan was2 ada...
Ada berani???Suami aku berani pegang ular sawa tu.Aku??Faham-faham aje lah ye...
Signboard kat pulau.

Korang tengok cmne dia ni buat kuih or kerepek td.Ada selera ke nak mkn?Seronok tengok dia tunjuk bagaimana cara pop corn dibuat.Meletup2 bunyinya.

Bagi aku,view ni sgt cantek.
Berminat nak menginap kat homestay ni,bolehla contact ..
Nampak sedapkan ikan nii!Tapi aku dan suami tak makan coz was2 minyak menggorengnya adalah tidak halal.Terpaksa mkn roti dan pisang yg dibekal sahaja.Tengok depa mkn makin main berselera.Depa pakat tanya kami kenapa tak mkn..Aku hanya senyum sahaja dan kata dah kenyang.Lapar giler waktu trip ni coz makanan halal memang tak de langsung.Mkn pagi td pun hanya roti  dan sampai ke mlm barulah jumpa nasi kat muslim restoran.Next time,bungkus aje dan order ngan Basiroh yg aku citer kat entry lalu.
Nasi dan sup untuk vegetarian.Ni pun aku tak makan.Tahan jer la perut.Siap offer kat org lain.
Sebenannya Jackie ni minat sangat kat kasut suami aku.Jadi dia telek dan teliti coz dia nak tempah gak.Depa org vietnam ni trendy gak dlm berfesyen dan berteknologi.Waktu ni depa cukup teruja tengok Galaksi Note.Semua pakat tanya harga dan nak dtg Malaysia utk membelinya.
shazima76@blogspot