KEMBARA DESTINASI

SUKA MENGEMBARA & JALAN-JALAN CARI MAKAN

Monday 7 May 2012

CAMERON HIGHLANDS 2010

FAMILY GATHERING-
CAMERON HIGHLANDS 2010

Trip Cameron Highlands kali ini merupakan trip Hari Keluarga. Telefon ke sana ke sini, booking hotel, tetapkan tarikh trip, akhirnya berjaya juga aku mengumpul 13 orang ahli keluarga dan saudara maraku. Aku bersama Mr Hubby, adikku yang sarat mengandung anak sulung bersama suaminya, keluarga mak saudaraku bersama sepupu-sepupuku. Seronok sangat boleh berkumpul macam ni...


Belum sampai lagi, singgah jab di Air Terjun Lata Iskandar. Berehat setengah jam sambil minum air dan makan pisang goreng.hihihi...


Berenti beli teh kat Bharat Tea. Minum teh secawan bagi sejukkan tekak. Aku suka sangat datang berehat dan bersantai di sini. Sejuk nyaman udara dan ditambahi minum aiskrim...Perghhhhh



Foto kenangan bersama keluarga. Susah nak kumpul sebegini ramai kerana biasanya masing-masing sibuk dengan urusan. Keluargaku kecik saje, beberapa kerat saje.... 



Kat kedai kaktus. Aku membeli kaktus dalam pasu kecik2 tu jer. Bolehlah dari balik tangan kosong.



Kamera biasa bukan kamera digital, mutu kualiti gambar tak cantik. Emakku sorang jer yang join trip ini, ayahku tak ikut kerana dia ada kat kampung. Ayahku bukan orang yang suka jalan-jalan makan angin.



Sebelum balik, ambik foto kenangan beramai-ramai dulu...senyum semua....


Kenapa senget gambar ini??hahahaha...anggaplah style jer.


Singgah lagi minum teh di Bharat.. Lain kali aku cuba aturkan aktiviti hari keluarga cmni tetapi di lain tempat dan destinasi.

No comments: