KEMBARA DESTINASI

SUKA MENGEMBARA & JALAN-JALAN CARI MAKAN

Wednesday, 2 May 2012


DAY 4 -LAST DAY TRIP
LAST DAY-HO CHI MINH

Depan Ben Tanh Market.Giler shopping!!!

Last shopping...habiskan duit2 yg ada.That girl sedang memproses kopi yg berbiji menjadi serbuk.Banyak gak aku beli sebagai ole-ole kepada sedara dan kwn2.Pakaian depa ni seksi2 dan ketat2.Sesuai la ngan body depa yg slim2 gitu.
Tengok kedai ni,teringat aku pengalaman pahit.Aku dan suami kena ketuk harga kaw-kaw punya.Aku beli kopi kat kdai ni RM18 untuk sebungkus.Tertarik dgn gred A dan kopi berkualiti dan pekedai kata hanya kedai dia saje yg jual kopi gred ni.Aku pun beli la sebungkus.Nasib baik sebungkus...Rupa2nya PENIPU!!Kat kedai lain aku boleh dapat 4 bungkus dengan harga sebanyak itu.Gred yg sama dan packing pun sama.Aku terus kembali ke kedai ni minta tambah lai 2 bungkus kopi,depa hanya gelak dan ketawa saje.Aku dengan geram terus snap gambar kedai dia dan siap kata nak publish kat internet,biar semua org tahu kedai ni cekik darah..Ehhh!!Geramnya.

Restoran halal yg hampir dengan hotel aku dan Ben Tanh Market.Aku order Fer soup,sebutannya bunyi cam itulah dan nasi putih.Harga boleh tahan mahal gak.Sup yg sedap dan unik.

Tamatlah entry aku tentang trip ke Vietnam selama 4H3M.



Kesimpulannya>>>>>>>>
1.Syurga membeli belah baju kurung moden,blouse,kainchiffon,kain telekung sembahyang,selipar yg bermanik2,beg2 pakaian dan aksesori wanita.Pendek kata,utk wanita yang suka shopping sgt sesuai datang ke sini.

2. Peniaga pakaian mesti suka datang memborong kat sini.Kalu jual kat Malaysia mesti laku kerana baju2 dan kain2 sangat cantik dan siap ada manik2 lai.

3.Membeli belah di Night Market lebih murah berbanding butik dan Ben Tanh Market.
4.Baju yg dah siap kurang banyak di Ben Tanh tetapi perlu mencari butik2 pakaian yg ada di sekitar  bandar.
5.Rakyat Vietnam sangat kuat bekerja walaupun masih kecil lai.
6.Perlu pandai tawar-menawar ketika membeli,kalu tidak terkena GETAH la.
7.Pekedai2 sana semuanya jenis pemarah dan siap halau kita kalu kita dah tawar harga tetapi tak jd membelinya.Sabo jer la...
8.Carilah hotel yg berdekatan ngan Ben Tanh,senang g shopping dan ke kedai makanan muslim.
9.Serabut sunggoh tengok motosikal2 yang berlambak tuu.
10.Melintas jalan dengan berani,jgn takut2 dan tak perlu tunggu habis motorsikal.
11.Naiklah teksi Vanasun dan bukan teksi lain.
12.Tak usahlah pegi China Town.Tak de apapun sgt.
13.Susah nak cari makanan halal waktu day trip.Order saje dr kedai Basiroh ye.
14. Restoran agak class tapi ada tikus....
15.Jalan kaki lai senang dalam bandar.
16.Hotel sempit tetapi bersih.
17.Tandas yang bersih.
18.Harga makanan halal mahal.
19.Ramai sangat org kita g jln2 kat sana.
20.Trip ke Cai Be dan sungai Mekong tak best sgt..Kalu tak g pun tak menyesal.
21.Trip ke cu Chi Tunnel dan Muzium perang sangat bermanfaat.Bagi kita pengetahuan dan pengalaman bermakna.Harap2 sesiapa yg nak ke Vietnam boleh dijadikan panduan dan info.

2 comments:

Basteng said...

Wow....bestnyaaa

azima said...

Memey ahhhh....