KEMBARA DESTINASI

SUKA MENGEMBARA & JALAN-JALAN CARI MAKAN

Monday 7 May 2012


SINGAPORE TRIP 2010



TRIP DAYTRIP
Tengok bas ni tentu trip aku kali ni ke luar negara.Tetapi bukanlah London,tetapi hanya jiran negara kita iaitu Singapura.Namun,bas ini tak sempat aku menaikinya.Rasa terkilan la pulak.Padahal percuma sahaja sekiranya ingin meronda2 sekitar bandar dan tempat tumpuan pelancong.
Trip ke Singapore kali pertama ini hanya day trip.Sebenarnya aku bersama keluarga mr hubbyku hanya plan ke Johor Bharu sahaja.Tetapi alang2 dah sampai ke sini dan pasport pun ada,apalagi terus saje kami plan day trip ke Singapore.Kami berempat je yang pergi.Aku,Mr hubby,kakak ipar dan adik iparku.Sebelum itu,ada ada gak servey melalui blog tempat2 menarik yang patut dilawati ketika di Singapore.Sampai saje di perhentian teksi,kami bersarapan terlebih dahulu.Risau gak takut tak tau nak cari kedai muslim di sana.Selepas perut dah kenyang,kami menyewa sebuah teksi.Memang kami redah sunggoh.Kami meminta menghentikan kami di stesen MRT iaitu keretaapi di sana.Lebih mudah bergerak menggunakan MRT untuk ke destinasi yang menarik di Singapore.Destinasi pertamaku ialah Merlion Park.Aku dah lama berangan nak bergambar dengan patung singa...

Pertama kali nak membaca jadual MRT memeningkan kepala kami gak.Dengan bantuan seorang warganegaranya,alhamdulillah kami dah mula faham bagaimana nak mencari stesyen destinasi.Penat juga kaki ketika di stesyen MRT kerana kebanyakannya bertangga yang banyak.

Sebaik sahaja sampai ke stesyen yang ingin dituju,kami perlu berjalan kaki sedikit untuk ke Merlion Park.
Posing sekejab semasa dalam perjalanan ke Merlion Park.Aku suka tengok negaranya,sangat bersih negaranya.Sekiranya kita membuang sampah merata-rata nampaknya kena bayar samanlah.Kan bagus,kalu kat negara kita pun wat undang2 begini.Pasti bersih dan sifar sampah.

Tengah belajar camne nak cari stesyen yang nak dituju.

Inilah map MRT dan LRT.LRT untuk ke Pulau Sentosa.Kami plan ke Pulau Sentosa pada waktu tengah hari nanti.

Seingat aku,ini ialah Raffles.Sebaik kuar dari MRT,terus nampak bangunan yang tersegam indah.Wow!!Aku tak sempat masuk ke dalam shopping complex yang ada di situ,tetapi hanya meronda di luar sahaja.Kami terpaksa cepat kerana hendak menuju ke Pulau sentosa pula.Sempat juga aku membeli 2 botol perfume Estee Lauder.

Sambil jalan2,sambil bergambar.


Sungai yang sangat jernih dan bersih.

Kepala singa ni yang kecik.Aku mulanya ingatkan ada yang ini saje rupanya ada lai yang lebih besar.Tak sah kalu dtg ke sini tak bergambar ngan kepala singa.hua...hua..

Wah cantiknya hotel!!kat atas tu ada swimming pool.nampak gak dari jauh ada org mandi kat atas sana.Next time dtg,aku nak menginap kat sinilah.horey!!


Layan gambar kami yang pelbagai gaya kat dpn kepala singa yang besar dan kuar air dari mulutnya.Inilah Merlion Park.

Ish cantikkan!!Dalam 2 jam aku berada di sini,kami pun ke stesyen MRT untuk menuju ke Pulau Sentosa.Kami perlu mengambil LRT untuk ke sana.Kalu korang nak tau lebih lanjut berapa bayarannya,boleh serve internet ye coz dah lupa.Target nak masuk la juga ke Universal Studio.Yelah rugi bila dah mai sini,kalu tak masuk.Memandangkan masa suntuk coz kami hanya day trip tapi aku nak gak masuk.
Nampak tak signboard ke Universal Studio.Teruja jer aku nak g.Rupa2nya tiket dah hbis dijual di kaunter.Alahai frustnya!Kalu plan awal boleh beli melalui online lebih murah dan available.Nak kata apa lagi,hanya boleh berposing di luar USS sahaja ler nampaknya.Kamera pulak dah nak hbis bateri.Begitu juga ngan handphone kami banyak dah hbis bateri.Risau aku takut tak sempat nak snap gambar byk2 kat sini.

Nasib baik la sempat lai berposing di glob USS ini.Kalu tidak kempunan laa....Aku beli fridge magnet yang agak mahal harganya dan sedikit coklat.


No comments: