KEMBARA DESTINASI

SUKA MENGEMBARA & JALAN-JALAN CARI MAKAN

Tuesday 1 May 2012

VIETNAM TRIP 2011 

DAY 1 & DAY 2
Day 1 : VIETNAM-HOTEL-BEN TANH MARKET

Airport Ho Chi Minh City.Cantik dan luas gak airportnya.
Dah ready untuk mulakan trip..Aku melancong kali ni hanya dengan suamiku.Tak guna khidmat tour pun.First time main redah saje.Tapi sblum g,aku ada wat research gak tentang HCM or Saigon melalui blog2.Tq kepada blogger yg banyak membantu aku mengumpul info utk lancarkan lagi trip aku kali ni.
Dulu namanya Saigon,now Ho Chi Minh City.Tempat syurga membeli belah bagi kaum spesies ngan aku ni.Suka sangat shopping dan shopping...

HCM bagi aku byk gak bangunan2 yg agak tinggi dan moden.Ye la walaupun ia negara yg baru hbis perang tetapi dah dpt membangunkan negara dgn cepat gak.,Agaknya org negara kita ramai g sana dan secara tak langsung telah memberi income kpd mereka.
Cuba tengok kerusi..rendahkan!Rasa cam pelik lak tengok depa mkn camtu.
Nama hotel aku selama 4H3M ialah Hoang Hai Long 2.Biliknya sangat selesa,sgt bersih walaupun agak kecil.Cuba korang tengok gambar mcm 5 star kan..Hotel yang aku menginap ni sgt dkt ngan Ben Tanh Market tempat famous org bershopping.Dlm 3 min jln kaki dah pun sampai.Night market pun lai dekat.Pendek kata sesiapa yg plan g HCM bolehla stay kat hotel ni.Harga RM110 pernight.Termasuk mkn tetapi aku tak berani la nak mkn.Almaklumlah ye...Yang paling utama kat dpn hotel ada kedai mkn muslim.So mudah la nak cari makan.
Tengok bilik mandinya.Ada kelasss gitu...Cantik dan bersih sangattt!!Pelapik tandas setiap hari diganti dan tak de la rasa segan nak gunanya.Syampu dan mandian pun ada disediakan.Towel pun ada.Cuma ubat gigi was2 nak guna takut tak halal.

Inilah rupa mata wang vietnam iaitu Dong.Tetapi dollar pun digunakan gak.Aku guna kedua2nya...Lai mudah dan bershopping.
Teksi Vinasun ni boleh dipercayai dan tak tipu costumer.Aku recomment sgt guna servisnya.Kat dpn hotel pun dah ada teksi menunggu.Aku jarang guna teksi tetapi byk berjalan kaki.Rasa tak takut coz ramai orang kita gak.Jalan sini jumpa,jln situ pun jumpa org kita.Org bisness baju or kain lagi la selalu depa mai sini.Aku nak berkongsi pengalaman sikit ..Sebaik aku sampai kat airport,aku mencari2 gak teksi vinasun coz dah dpt info ttg servis keta ni bagus.Tetapi dah malas nak menunggu dan mencari terus naik teksi yg lain.Apalai kena GETAH la aku.Sepatutnya harga dalam RM15 jer ke hotel tetapi kena bayar RM45!!Ruginya aku...Moral valuenya mesti cuba cari teksi ni gak kalu nak murah!!

Basiroh ialah kedai kecil yg ada dpn hotel aku.Walaupun kecil tetapi sgt dicari oleh pelancong muslim.Yg duk hotel jauh pun kena mai kedai ni gak.Pemiliknya ialah orang vietnam muslim.Kat kedai ni boleh beli baju kurung siap,kain telekung dan paling utama ada gak dijual makanan nasi lemak,nasi goreng dan nasi berlauk.Aku suka mkn lauknya coz sedap mcm kat kedai negara kita jer.Contohnya ada lauk ayam sambal,ikan bercili dll.Harga tak usah cakaplah..MAHAL!!Tapi masih murah berbanding restoran muslim yg lain.Biasa aku mkn sorang RM10 termasuk minum,nasi putih,lauk ikan dan telur.
Basiroh ni ada gudang kain dan baju kebaya,kurung moden serta blouse,tetapi jauh sikit dari sini.Kat gudang tu boleh beli dgn harga borong.Murah dan cantik2..ada yang berlabuci dan bermanik2...
Yang bestnya,pekerja kedai ni akan tolong kita cari teksi dan terus hantar ke gudang kain borongnya.Harga teksi ketika pergi PERCUMA sahaja.Balik jer kita bayar.Banyak gak aku shopping kat situ,adalah dalam 3 - 4 ratus.Rambang mata engko...semua baju dan telekung cantek2...
Basiroh ni pun ada sediakan servis trip ke Cu Chi Tunnel dan Sungai Mekong.Tetapi dalam grouping 5 keatas jer dia terima.So aku tak de la join group ni coz aku berdua saje.Eeehhh!!Panjangnya story aku ttg Basiroh ni.Next time aku kena minta diskaun byk2 coz dah banyak wat kempen utk depa.
Contoh baju yg dijual di Ben Thanh Market.Aku tak byk membeli blouse or dress coz semuanya saiz  xs dan s.Almaklumlah saiz badan wanita2 vietnam semuanya kecil,slim dan kurus-kurus.Depa negara susah hidup,aku tengok depa hirup sup ajer.Tak mcm aku yg suka mkn benda bergoreng dan berminyak,sebab tu ler saiz aku m,kekadang l dan now agaknya dah xl.hehehe....
Kat sini mcm2 dijual.Pendek kata SEMUA ADA...Sediakan duit byk2 dan kita laburkan di sini.Nasib baik la dkt ngan hotel,so setiap hari,tak kira pagi,ptg atau mlm mesti datang ke sini.ada saje benda yg nak dibeli.Tak habis-habis...
View dpn Ben Thanh Market.Lintas jer jln ni terus ada deret kedai jual baju dan telekung..ada hotel Tan Hai Long,hotel aku dan sebelah hotel aku adalah Saigon Hotel.Saigon kecik sikit dr hotel yg aku duk.Korang kena berani nak melintas jalan ye...Motor punyalah byk ttp mereka respect kita dan beri laluan waktu kita melintas.Kalu nak tunggu habis motor or keta memang tak melintas sampai ke mlm la.Lintas ajer dan angkat tangan skit.Yg aku salute tak pernah aku nampak motor terjatuh or accident sepanjang aku kat sana.Penunggang motosikalnya sangat berhati2.Tak mcm kat negara kita.Kalu aku melintas mcm tu nampaknya ada org mati katak.huhuhu...
Layan gambar2 sekitar bandar Ho Chi Minh hokey...
Cuba tengok building tuu..mcm kupernah tengok jer.Depa ambik idea negara kita gak kot.
Bandar yang sentiasa sibuk dengan kenderaan.Majoriti rakyatnya bermotosikal.Pelancong Malaysia ramai sgt2..Org kita dah byk duit agaknya,tak lai g shopping rantau panjang or Padang Besar.

Hah tulah hotel yg aku menginap.sebelah saigon pink 2.Nampak dari luar sgt kecik tetapi bila dah masuk jer kat lobby,WOW!!!

Tengok semuanya bermotosikal.Habis citer aku ttg hari pertama trip.

DAY 2 : VIETNAM - CU CHI TUNNEL
Hari ke dua, aku follow day trip ke Cu Chi Tunnel.Aku guna servis hotel dan pihak hotel call agen yg incharge day trip ni.Bas mula ambik aku dan suami kul 8 pagi.Perjalanan dlm 2 jam lebih kurang.Guna highway gak.Dlm bas tu,semuanya mat2 or minah2 saleh aje.Cuma aku 2 orang saje melayu.Rasa cam international sgt!!kekekeh...


Kedai pasu dan frame ni aku singgah ketika dlm perjln.Singgah jab ajer,dlm setengah jam kot.Tengok memang cantik2 tp aku tak belipun coz mahal wei..Boleh tengok cara mereka proses.
Ni ahli rombongan aku.Mcm2 bangsa,gaya dan stail.
Bas Tuan Travel ni la yg aku naik.Cam nama melayu je kan.
Huhh...Baru nampak signboard.so dah sampai ler.Cu Chi Tunnel ialah tempat sejarah zaman peperangan vietnam.Kat bwh nanti byk lai aku cerita.Sabar...
Ini ialah pameran senjata yg mereka guna dulu.ada pelbagai jenis.Tapi aku tak tau jenisnya apa coz dah lupa dan tak berapa minat.

kan betul aku jer yang bertudung dan melayu..
Senjata api yg dipamerkan.Byk mana la agaknya dia bunuh or tembak orang nii.
Tour guide yg aku dah lupa namanya bw kami ronda kwn ni.Rasa cam nak g perang sama.masuk hutan...masuk terowong...Tapi aku tengok cantik jer tmpt ni.Tetapi sebaliknya betapa ramai yg mati terbunuh ketika perang dulu.
Lubang geng2 tentera vietnam sembunyi dan lindungi diri ketika perang.Kalu korang berani boleh try masuk ke dalamnya.
Bergambar bersama sang baju hijau...silap haribulan bergerak depa tu, habis la aku.Rasa mcm real.
Kenangan bersama kereta kebal ..

Kat sini ada diterangkan ttg bhn2 sejarah perang depa la.
Mula2 rasa nak beli lps tu tak jd lak.Nampak lama jer.
Tour guide bkn tentera betul ni. Kalu nak mencuba masuk terowong pun boleh ttp mesti org yg tak fobia ngan gelap dan sempit.Nasib baik aku tak masuk!!
Kami diberi minum teh halia dan ubi kayu.Seolah-olah kita juga berada dlm suasana perang.Ubi kayu depa sedap dan siap ada cicah ngan apa ntah...tapi aku tak cicah pun.
Ada dr scotland,hawai,australia..tapi mereka memang friendly dan jenis tak sombong lah.
Lepas hbis jelajah tempat perang mereka,aku dan suami suruh bas drop km kat area muzium perang pulak.Mai tengok sajelah gambar2 yg aku snap sepanjang kat sana.Dah penat nak menaip ni..










Gambar ni peluru dan bom yg betul dan digunakan oleh tentera.Kesian gak kat mereka,teruk dan derita sgt ketika di dalam peperangan.Sebab itulah rakyat negaranya sangat rajin bekerja untuk mencari duit.
Background restoran Nyonya..Restoran pemilik org kita.
Aku order tom yam campur...
Telur dadar besar sgt.dah la order 2.Kalu kat sini kecik sajekan.Aku siap bawa balik ke hotel lai.
Sup yg namanya aku lupa...Semuanya rm60,300,000 dong.Overall makanannya tak adalah sedap sgt dan harganya mahal.tetapi dah kurang choice terpaksalah...

No comments: