KEMBARA DESTINASI

SUKA MENGEMBARA & JALAN-JALAN CARI MAKAN

Tuesday 1 May 2012


KEMBARA UMRAH 2008

Alhamdulillah...Pengalaman yang amat bermakna dalam hidupku iaitu Kembara Umrah bersama suamiku & keluargaku.Terima kasih ya Allah...
Foto ni mak aku yang ambik.nasib baik la dia tau gak.kalu tidak tak de foto kenangan la aku di hadapan kaabah. Dalam takut2 akhirnya mak aku berjaya snap gak.
Bersama suamiku di bawah pohon kurma..tapi buah belum masak lai. Sambil nyanyi lagu arabian..
Seramai 10 orang ahli keluargaku tetapi yg sorang lai jd tukang ambik gambo la. Dari kiri belakang ialah bapaku,abangku,pakcikku,sepupuku,suamiku,makcikku,ummiku,aku dan anak sedaraku.yg tak de dlm gambo ialah kakak iparku.Terima kasih Ya Allah keranaMu kami dapat berhimpun di tanah suci ini...

Di Jabal Uhud ramai peniaga yang menjual ubat2..ada ubat mudah bersalin la dan juga buah zuriat untuk pasangan yang belum ada rezeki anak lagi.
Nasi Mandi yang masih kekal di ingatan.Sedap sangat dan fresh serta manis isi ikannya.Syukur walaupun di tanah pasir camni pun dpt mkn ikan fresh.

Suasana Masjidil Haram pada waktu malam.
Sedang bersaie,berenti sekejab minum air zam-zam.Minta ummiku mengambil gambo aku kejab.Nampaknya dah terror ummiku ambik gambo.

Maaf la susunan gambar tidak tersusun baik.Baru tengah belajar wat blog,macam nilah rupanya.Bersama ahli rombongan umrah di KLIA airport.

Baru turun dari Saudi Airline...Berdebar-debar rasanya untuk menimba pengalaman umrah pada kali pertama ini.
Ziarah ke kebun kurma.Minum air teh kurma panas.Best!!
Kenangan di bawah pepohon kurma.Tapi ketika ini buah2 kurma kecik dan masih hijau.

Beli jangan tak beli....

Kilang mencetak al-quran.Wanita tak dibenarkan masuk ketika ini dan aku hanya tunggu dalam bas saje.
Payung ni terpaksa aku tinggalkan di hotel coz tak boleh dibawa balik naik flight.huhuhu...

Suasana di perkarangan Masjid Nabawi di waktu siang.Ada kenangan paling manis aku ketika menziarahi Raudah tp biarlah ia terpahat kukuh diingatanku...



Aku dan ummiku sedang membelek2 jubah yang hendak dibeli.Cantik-cantik belaka.Akhirnya aku beli 2 helai jubah di kedai ini.

Kuar ronda2 kedai berhampiran masjid dan juga hotel.

Dah ready nak naik bas untuk ke Mekah.Sedih sangat untuk tinggalkan Madinah.InsyaAllah ada rezeki aku akan menziarahiMu lagi.



Suasana malam di perkarangan Masjidil Haram.Tenang dan rasa aman sekali menatap gambar2 ini.

Di dalam Masjidil Haram.Sembunyi2 ambik gambo takut kena rampas.

Di Jabal Rahmah...Aku mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan rumahtanggaku aman,bahagia dan kekal sepanjang hayat kami berdua.Amin....


Ramaikan para jemaah umrah ketika mengerjakan tawaf.Malam Jumaat paling ramai berbanding malam yang lain.Aku cuba untuk solat sunat di hadapan kaabah langsung tak dibenarkan oleh pengawal.Padahal pada waktu lain,agak mudah untuk bersolat berhampiran kaabah maupun makam Nabi Ibrahim.Tips untuk lebih mudah masuk ke Hijir Ismail ataupun dapat berdoa dekat ngan pintu kaabah ataupun Multazam ialah lakukan tawaf umrah ataupun sunat pada waktu tengah hari sblum zohor.tetapi kena tahan panas sikit la..
Laluan bersaie...Penat boleh berhenti minum air zam-zam.

Di depan Masjid Nabawi..Di sinilah terdapat Raudah iaitu Taman Syurga.Syukur dipermudahkan Allah untuk masuk ke dlmnya yang sentiasa penuh dengan umat seluruh dunia.
Ni waktu tengah hari..banyak sgt burung menambahkan lai keunikan masjidil haram.
Naik unta comey di Jabal Rahmah bersama my habibi...
Tengah nak shopping kurma dan coklat kurma..
Bersama ummiku di hotel ketika di Madinah..Selesa sgt hotel ni.
Tengah bersiap nak naik bas ke Mekah..
Di Jabal Rahmah jgn lupa berdoa untuk kesejahteraan hidup kita ye..
Menunaikan umrah di waktu mlm lak..tengah badan sihat dan ada rezeki pergilah menunaikan ibadah umrah.InsyaAllah nanti  dijemput Illahi aku dan suamiku akan menunaikan haji pulak.

KEMBARA UMRAH 2008

No comments: